9

10 1 0
                                    

"Why? tak suka tengok aku kat sini? " Daniel cuba berlagak biasa walaupun jantung berdetak sangat laju apabila melihat Laura

Laura nampak sedikit berbeza... wajahnya sedikit pucat dan Laura juga kelihatan lebih kurus

Laura terus berdiri mengadap Daniel

"Bu-bukan.. ke-kenapa I mean apa awak buat dekat sini? " Laura tergagap akibat terkejut melihat figura dihadapannya

Dia tak percaya yang Daniel akan betul-betul datang

"Kan aku dah cakap aku mungkin akan datang.. so here I am" Kata Daniel kemudian berjalan ke arah Laura

"Sa-Saya ingat awak takkan datang" Laura bercakap dengan suara yang perlahan

"Kenapa kau tak datang U? " Tiba-tiba Daniel bertanya

"Aah sa-saya ada urusan peribadi sikit sebab tu lah" balas Laura sedikit cemas

Daniel tak berpuas hati dengan jawapan Laura tetapi dia abaikannya

Daniel terus menghulurkan beg kertas ke arah Laura membuatkan Laura sedikit pelik

"Untuk apa ni? "

"Happy Birthday"

Muka Laura kelihatan keliru

"Birthday? Harini birthday saya ke? bukan bulan depan ke? " Laura bertanya keliru

"Apa kau merepek ni.. harini kan 13 May betullah hari lahir kau" Daniel berkata pelik.. Laura tak pernah lupa hari lahirnya sendiri kenapa tiba-tiba dia boleh terlupa pula?

Laura terkejut.. dia terus tersenyum

Ya senyuman yang Daniel tak suka itu kembali.. senyuman yang menyembunyikan seribu makna yang sering membuatkan Daniel tertanya

"O-oh ye sa-saya busy sangat kut sampai terlupa hari... sebab tu lah.. awak beli apa untuk saya? " Laura terus mengambil beg kertas yang dihulurkan Daniel tadi

"Aku beli benda biasa je.. aku tak mampu beli benda mahal" Kata Daniel.. Laura masih tersenyum pada Daniel

Laura membuka beg kertas itu dan mengeluarkan kotak berwarna hitam.. di dalam kotak itu terdapat seutas gelang besi yang terukir namanya

"Ini...ini kan gelang yang saya mintak awak belikan masa kita sekolah menengah dulu? " Laura berkata gembira... Matanya sudah berlinangan air mata

Laura tak sangka Daniel ingat akan permintaannya yang sudah lama berlalu.. dulu dia minta gelang ni sebab nampak cantik tapi Daniel kata dia tak ada duit dan cakap dia malas beli untuknya

Laura tersentuh kerana Daniel masih lagi ingat padahal dia dah lama lupa..

"Eh kenapa kau nangis? Kau tak suka ke? " Daniel terkejut apabila melihat Laura mengalirkan air mata

"Tak... ni.. ni pertama kali saya rasa awak tak bencikan saya...saya gembira sangat" Kata Laura sambil mengelap air matanya.. dia menangis kegembiraan

Daniel terkedu mendengar kata-kata Laura

"Aku... tak pernah pun cakap aku bencikan kau" Daniel berkata sambil menundukkan wajahnya

Laura tersenyum melihat Daniel... Baru saja dia mahu bercakap tiba-tiba kepalanya terasa sakit yang teramat sangat..Laura memegang kepalanya

Badannya terasa panas...dia terasa sesuatu mengalir dari hidungnya

Laura terus memegang bibirnya apabila terasa ia mengalir di situ
'Darah?! '

"Laura!! kau-"

Laura terus jatuh dan tidak sedarkan diri









{Complete} Your Smile [short story]Where stories live. Discover now