"Yahh! " Marah jisoo

"Sakitlah!"

"Turun cepat!" Tegas lelaki itu lagi dari bawah. Jisoo sedang duduk dihujung bucu lori (Author takthu nak terangkan macam mana...)

"Aku tak boleh~" kata jisoo sambil memandang kakinya yang sakit.

"Apa yang tak bolehnya? Turun je lah, bukan tinggi pun."

Lelaki itupun langsung menarik tangan jisoo untuk turun.

"Yah!" Jisoo terkejut dan jatuh terduduk bersama lelaki itu di atas lantai.

"Adoi~sakitnya belakang aku... Eh, jisoo kau ok tak ni? Kenapa kau nangis?" Soal lelaki tersebut risau melihat jisoo menangis teresak esak sambil mengurut kakinya yang berdarah.

{+ JISOO POV +}

Aku menangis sebaik sahaja lelaki tak guna tu tarik tangan aku secara paksa untuk turun dari lori. Aku ingatkan laki ni baik... Lemah lembut... Rupa-rupanya, ganas!

Habis kaki aku berdarah sbb terseret dengan bucu lori ni time dia tarik aku. Dahlah kaki aku terseliuh pastu dia boleh pulak tarik aku.

Dia terkejut tengok aku nangis laju je dia pergi dekat aku lepastu tengok bahagian luka yang ada dekat kaki.

Aku nampak dia nak sentuh kaki aku tapi aku laju je pergi ketok tangan dia dari menyentuh kaki aku ni.

"Adoi, Aku nak tengok je lah bukan nak buat apa-apa pun" dia pandang aku dengan muka risau dia tu. Cute pun ada. HSHSHSH.

"Eh, korang ok tak ni?" Soal seseorang yang tiba-tiba muncul entah dari mana.

Lelaki tu pula pandang kaki aku. Kemudian laju je dia angkat aku pergi duduk di salah satu kerusi yang berhampiran kami.

"Lisa, kau pergi ambil peti kecemasan dekat dalam rumah" arah dia kepada lisa ?

"Tahan tau" Dia menuangkan air kosong kearah luka aku. Aku pulak tengah menahan sakit.

"Nah" Lisa menghulurkan peti kecemasan kepada lelaki tu.

Dia pun balut kaki aku dengan sempurna sekali.

++++++++++++++++++++

"Ok Done" kata lelaki tersebut.

"Kau ok tak?" Soal dia kepada aku sambil mengemas peralatan yang digunanya tadi.

"OK sikit lepas kau balutkan kaki aku. " Kata aku sambil memandang kearah kaki yang berbalut.

"Baguslah kalau macam tu." Kata dia sambil tersenyum. Wei! Stop lah senyum-senyum... Dah cair dah ni...

"Kau duduk kat sini kejap, aku nak simpan benda ni" kata dia

"Hm, Thank You" kata aku malu-malu.

Dia tersenyum.

Aaa! Helpme! I kennot ah!

"Kau ok tak ni?" Soal perempuan yang bernama lisa yang tiba-tiba muncul dari sebelah kanan aku.

Terkejut aku. Kau ni memang suka hilang pastu muncul tiba-tiba eh, lisa?

"Aku ok"

"Hurm.. baguslah kalau macam tu. Kau dah boleh balik. Kang kalau kau lama-lama kat sini lain pulak yang jadi" kata lisa yang membuatkan aku menjadi seram dengan kata-kata dia tu.

Dia pun pergi tinggalkan aku. Dia sambung mengangkat pasu-pasu bunga.

Kuat juga perempuan ni.

"Kau jangan pelik sangat, dia tu nampak je perempuan tapi perangai mengalahkan lelaki. Kuatpun mengalahkan lelaki." Kata lelaki tadi sambil mengambil tempat di sebelah aku.

∆Secret Behind The Truth∆ {^^KJS+ KTH+ JJK+ KDH^^}Where stories live. Discover now