Namjoon sedikit hairan, kenapa lokasi kali ini terlalu lama prosesnya?

"Kau jangan risau, sebab kau tak akan keseorangan dekat situ. Aku akan hantarkan peneman untuk kau." Jelas lelaki berusia itu lagi.

"Baiklah kalau begitu. So, apa yang aku perlu buat?" Soal namjoon mula serius.

"Simple... but perlukan ketelitian kau sepenuhnya sebab kalau kau tersilap langkah kau dalam bahaya and kalau kau dalam bahaya tak dapat nak cari jalan keluar... Bye bye." balas lelaki tersebut sambil melambai-lambaikan tangannya kearah namjoon.

Namjoon mula berasa tidak senang hati.

Seseorang masuk kedalam bilik tersebut.

"Oh, bagus tepat dalam masanya kau sampai. Memperkenalkan Ejen 7A0 'Kang DongHo'"

Namjoon memandang kearah Ejen 7A0 iaitu 'Kang DongHo'

_________________________

Jisoo tersedar dari pengsannya.

Sedar-sedar sahaja jisoo merasakan seperti ada seseorang yang berada di samping tangan kirinya. Jisoo terlihat ada seorang lelaki sedang tidur.

Jisoo cuba untuk duduk bersandar dengan perlahan-lahan supaya tidak mengejutkan lelaki tersebut. Tapi malangnya lelaki tersebut tersedar dari tidurnya.

"Eh, jisoo... Jangan bangun. Awak masih tak stabil lagi ni." Kata lelaki tersebut.

"J-jungkook?" Soal jisoo sambil memegang dahi nya.

"Ye saya. Awak ok tak ni jisoo?" Soal jungkook risau.

"Aku ok." Jisoo pun duduk bersandar.

Jungkook memandang tepat kearah mata jisoo membuatkan jisoo tidak senang duduk.

"Kau dah kenapa pandang aku macam tu?" Soal jisoo.

"Takda apa-apa, kau nak makan tak? Aku ada bawakan makanan untuk kau ni" jungkook mengeluarkan bekalan makanan yang dibawanya.

"Eh, it's ok. Aku tak lapar pun. Btw, aku masuk hospital ni sebab aku pengsan kan?" Teka jisoo

"Aah." Jawab jungkook sepatah.

"Hm... Siapa yang hantar aku dekat sini?" Soal jisoo.

"Aku lah. Eh bukan, maksud aku sodam. Yes, sodam." Kata jungkook sedikit gelabah.

"Oh, i see"

"Tapi, macam mana kau boleh ada dekat sini? Takkan sodam bagitahu pulak?" Soal jisoo lagi.

Jungkook terdiam seketika. Cuba mencari jawapan.

"Sebenarnya aku dengan sodam yang jumpa kau pengsan dekat depan bilik abang kau. Sebab time tu sebenarnya ktrng nak ajak kau pergi jalan-jalan kejap. Sodam pulak dia takde kat sini sebab dia kena balik. Adahal katanya." Jawab jungkook panjang lebar.

Jisoo bertambah curiga terhadap jungkook. Sebab setahunya time jisoo pengsan tidak sedarkan diri ketika itu sedang malam? Tak akan malam-malam nak pergi jalan-jalan?

"Oh ok..." jawab jisoo curiga.

'Tok tok tok' seseorang mengetuk pintu. Kemudian masuk kedalam.

"Oh, doctor Hyunbin." Jungkook langsung berdiri sebaik sahaja melihat doctor tersebut menghampiri mereka.

"Saya nak check jisoo sekejap manalah tahu mungkin esok atau lusa dia dah boleh discharge" kata doctor hyunbin sambil tersenyum.

"Kalau macam tu saya keluar dululah" jungkook pun terus keluar dari wad jisoo.

∆Secret Behind The Truth∆ {^^KJS+ KTH+ JJK+ KDH^^}Where stories live. Discover now