Jisoo teruskan dengan helaian seterusnya.

Kali ni tulisan biasa pula.

-Happy Birthday Cutie Girl-

Helaian seterusnya.

-Happy Birthday Budak Perampas-

'Apa benda ni? Buku birthday budak perempuan ke? Kenapa dorang bagi aku? Takkan birthday aku kot... Eh, aku mana ada ibubapa.' jisoo meletakkan semula buku itu dan mengambil telefon nya lalu menelefon nombor tadi.

"Maaf, nombor ini tiada dalam senarai perkhidmatan. Sila te--"

'Ish, asal tiba-tiba tak boleh nak call pulak? Ni mesti ada orang yang nak ganggu aku ni' omel jisoo.

Dia sambung membaca buku diary tersebut.

Isi helaian-helaian seterusnya hanya memaparkan lukisan kanak-kanak.

Jisoo bertambah hairan dengan helaian-helaian tersebut.

'Apa sebenarnya yang aku kena cari kat buku ni?' soal jisoo sendiri.

###

"Akupun taknak cakap banyak sebenarnya tapi perkara ni terlalu serius so, kau kena dengar betul-betul" kata Jeongyeon.

Jisoo hanya mendiamkan diri sepanjang Jeongyeon bercerita. Pelbagai riaksi yang terpapar di wajah jisoo sehinggalah Jeongyeon bercerita berkaitan ibubapanya.

"Kalau kau nak tahu, omma dan appa kau masih hidup" Jeongyeon membuat riak wajah sedih, matanya memandang ke lantai.

"Kau tipu! Abang aku cakap omma dan appa aku dah mati!" Jisoo cuba untuk menafikan pernyataan yang diberikan oleh Jeongyeon.

"Terpulanglah dekat kau nak percaya atau tidak, tugas aku hanya menyampaikan sahaja. Dan lagi satu. Omma dan appa kau sekarang dalam bahaya. Syarikat aku sedang dalam proses nak selamatkan orang tua kau tapi kitrang memerlukan bantuan kau untuk memudahkan kerja kami." Jelas jeongyeon.

Jisoo membulatkan matanya dia masih tidak percaya yang ibubapanya masih hidup.

"Macam mana aku nak percaya kau sedangkan abang aku sendiri cakap yang omma dan appa aku dah meninggal" jisoo cuba untuk mengawal emosi.

"Hm... Satu hari nanti kau akan tahu juga kebenarannya. Aku nak bagi tahu kau sesuatu, kau kena berhati-hati dengan abang kau. Aku rasa dia ada niat lain selain jaga kau." Jelas jeongyeon lagi dan cuba untuk tidak mencetuskan kemarahan jisoo kerana telah mengakibatkan nama abangnya pula.

"Kau ni siapa sebenarnya? Kenapa kau jumpa aku macam orang jahat lepas tu bagitahu aku semua benda ni. Tadi kau cakap pasal omma dan appa aku, kali ni oppa aku pula? Kau nak apa sebenarnya?!" Jisoo mula berasa dirinya tidak senang duduk.

"Ok, rilex ok? Aku bukan nak bagi keadaan semakin buruk. Aku tak kesah kalau kau nak percaya atau tak buat masa sekarang. Ye, aku tahu memang susah nak percaya semua benda ni. Satu hari nanti kau akan tahu juga,... Ok lah kalau macam tu. Kau balik rumah dulu. Take your time, rilex, bawa bertenang... Kau fikir-fikirkan balik apa yang aku bagitahu kau tadi tapi kau tak boleh nak ambil masa terlalu lama sebab aku takut kalau-kalau dorang akan buat sesuatu yang merbahaya terhadap omma dan appa kau." Jeongyeon cuba menenangkan jisoo.

Jisoo memandang Jeongyeon dengan penuh kekeliruan di fikirannya.

"Hm... Mungkin tu je lah yang aku patut bagitahu kau sekarang sebab kalau aku bagitahu lagi silap silap aku yang kena nanti." Jeongyeon mengeluh. Masih banyak perkara yang perlu di beritahu jisoo tapi disebabkan jisoo masih tidak yakin dengan dirinya dia terpaksa merahsiakan perkara itu dan akan beritahu jisoo pada masa yang sesuai.

"Kau dah boleh balik dan fikir masak-masak. Kalau kau dah yakin dan percaya dengan apa yang aku cakapkan tadi tu, kau call aku. Nah" Jeongyeon menghulurkan sekeping card kepada jisoo.

Jisoo masih terdiam sambil mengambil card Itu. Dia lalu turun dari van.

###

Jisoo teringat akan kata-kata Jeongyeon itu tadi. Jisoo memikir sejenak. Tidak tahu ingin percaya atau tidak.

Jisoo pun meletakkan semula buku diary itu kedalam kotak diikuti gelang dan rantai.

Sebelum jisoo meletakkan rantai di dalam kotak, jisoo sempat memerhatikan setiap sudut rantai tersebut. Terlihat seperti tulisan atau nama yang tidak jelas terlihat. Jisoo cuba untuk meneliti rantai tersebut tiba-tiba seseorang mengetuk pintu membuatkan jisoo terkejut dan menyimpan semula rantai tersebut dengan tergesa-gesa.

"Ya?"

"Jom makan malam" panggil namjoon

"Ok" jawab jisoo sepatah.

Jisoo menggosok-gosok dadanya kerana masih terkejut dengan ketukan pintu itu tadi.

++++++++++++++++++++
{+ DIMEJA MAKAN +}

Namjoon sedang sibuk menghayati makanan yang dibelinya itu sambil bermain dengan laptop.

Jisoo pula sebuk bermain dengan makanan sambil matanya termenung menghadap meja makan.

Jisoo masih terfikir-fikir akan kata-kata Jeongyeon.

Namjoon perasan akan perbuatan jisoo lalu menegurnya.

"Kau dah kenapa? Main-main dengan makanan, tak baiklah. Makan cepat." Kata namjoon.

Jisoo tersedar dari termenung. Langsung dia tersenyum kearah namjoon yang masih memandangnya.

"Senyuman-senyum, makan cepat. "

"Hm... Oppa, betul ke omma dan appa dah meninggal?" Soal jisoo secara tiba-tiba membuatkan namjoon tersedak.

Namjoon memandang ke arah jisoo dengan riak wajah pelik.

"Kenapa jisoo tanya soalan macam tu? Ada orang bagitahu jisoo ke?" Soal namjoon takut.

"Tak, saja tanya" jisoo memandang makanan nya semula.

Namjoon terdiam rasa pelik dengan pertanyaan jisoo itu tadi.

Merekapun berdiam diri masing-masing tidak bersuara.

++++++++++++++++++++
{+ DIBILIK NAMJOON +}

'Kenapa jisoo Tiba-tiba tanya soalan macam tu? Takkan dia dah tahu kot?' namjoon masih teringat akan soalan yang dilontarkan dari mulut jisoo itu tadi.

Tiba-tiba telefon namjoon berdering.

Namjoon mengangkat langsung matanya membulat.

++++++++++++++++++++

Alhamdulillah selesai Chapter 6. Sorry kalau banyak typo dan ayat yang tunggang-langgang. Hopefully readers enjoy ;)

Vote ✔️
Comment ✔️
ThankYouGuyz

∆Secret Behind The Truth∆ {^^KJS+ KTH+ JJK+ KDH^^}Where stories live. Discover now