"Ish kau ni, bisinglah. Senyap sikit boleh tak? Aku tahu lah, lagipun kau keluar je dari van ni kau dah boleh pergi jumpa 'seseorang' tu" Bebel Jeongyeon pulak... Tak nak kalah lah tu.

"Hehe, okok sambunglah apa yang kau nak bagitahu aku sangat tu?"

###
{+ Author POV +}

30 minit sudah berlalu. Akhirnya jisoo keluar dari van tersebut.

"Ingat tau jisoo!" Jerit Jeongyeon sambil melambai-lambaikan tangannya keudara.

Jisoo berdiri tegak. Cuba untuk memahami sesuatu. Tiba-tiba jisoo seakan-akan teringat sesuatu dan terus berlari pulang ke rumah.

+++++++++++++++++++
{+ DiRumah +}

"Hah, jisoo. Kenapa lambat balik? Kau dah makan ke belum?" Soal namjoon.

Jisoo langsung berlari masuk kedalam bilik, mengabaikan pertanyaan namjoon .

"Dah kenapa budak ni lari-lari?" Namjoon sambung menonton concert 'BangBangCon' di  tv sambil menjerit nama ahli-ahli BTS kegemarannya.

"Kim Namjoon,
Kim Seokjin,
Min Yoongi,
Jung Hoseok,
Park Jimin,
Kim Taehyung,
Jeon Jungkook,
BTS!!!" Namjoon menjerit sambil melompat-lompat di ruang tamu. (Bayangkan je lah macam dekat 'House Of Army' tu).

{+ Bilik jisoo +}

Aku menyelongkar laci laci yang terdapat dalam bilik. Aku cari sesuatu yang aku rasa boleh tolong aku untuk memahami apa sebenarnya yang si Jeongyeon tu nak jelaskan.

Akhirnya aku jumpa kotak yang aku cari-cari dari tadi iaitu kotak yang di tinggalkan di depan rumah aku time ada orang nak mengganggu aku lewat malam tu. Aku duduk di atas kerusi dan meletakkan kotak tersebut di atas meja belajar.

Aku mengeluarkan isi didalam kotak tersebut.

Isinya ialah seutas gelang dan rantai. Dan terselit juga satu buku diary kecil yang dihiasi dengan lukisan kanak-kanak.

Aku memegang gelang tersebut. Cantik. Emas yang masih bersinar-sinar seperti baharu.

Selesai aku melihat gelang tu tiba-tiba telefon aku berdering.

{+ AUTHOR POV +}

"Hello?" Soal jisoo sebaik sahaja mengangkat panggilan.

"Sekarang baru nak buka? Apa yang susah sangat kau nak buka kotak tu? Hm.. tak apa lah. So aku nak kau baca dan perhatian kan setiap helaian diary tu. Jangan tinggalkan sehelai pun. Pastikan kau baca semua helaian. Faham?" Kata seseorang disebalik talian.

Jisoo mula berasa keliru. 'Siapa pulak mamat ni? Tiba-tiba call aku lepastu suruh aku baca buku ni... Eh? Macam mana dia tahu aku tengah buka kotak ni?' Bisik hati jisoo sambil melihat setiap sudut di dalam biliknya.

"Ka--" belum sempat jisoo ingin bertanya talian telah di matikan.

'Eh, tutup pulak dia ni.' bisik hati jisoo sedikit geram. Jisoo meletakkan semula telefon bimbit nya di hujung sudut meja.

Jisoo memegang diary kecil tersebut dan memerhati setiap lukisan yang terdapat dikulit buku itu.

'Nothing special, biasa-biasa je lukisan ni. Lukisan kanak-kanak je. Apa yang kena perhatikan.' jisoo pun membuka helaian pertama.

Terdapat lukisan berangkai yang cantik di tuliskan di tengah-tengah helaian.

-Happy Birthday Little Girl-

∆Secret Behind The Truth∆ {^^KJS+ KTH+ JJK+ KDH^^}Where stories live. Discover now