Jisoo sibuk membuat kerja sekolah yang diberi saem oh tadi.

Didalam kelas hanya jisoo seorang sahaja yang pandai matematik yang lain... Jangan harap lah. Nampak sahaja cikgu math masuk pasti ada sahaja yang buat-buat tertidur ada yang nak pergi ke tandas.

Jisoo duduk di barisan belakang sekali dan di bahagian tingkap, sebelah jisoo kosong. Tiada sesiapa yang ingin duduk dekat dengan jisoo.

"Ps...pst... Jisoo~" panggil seseorang dari tepi kanan tempat jisoo duduk.

"Kau nak apa lagi? Pinjam je lah buku tu... Diam boleh tak? Bisinglah kau ni!" Marah jisoo sambil matanya focus menjawab soalan.

"Ish kau ni, sikit-sikit nak marah... Sensitif betul lah..." Majok lelaki itu

"Sejak bila aku cakap aku marah? Ee, kau ni mengadalah" jisoo cuba bawak bertenang.

"Yelah jisoo..."

"Kau nak apa panggil panggil aku ni, dongho?" Soal jisoo sebaik sahaja selesai menyiapkan kerjanya.

"Aku nak tanya, petang ni kau free tak? Sebab kalau boleh aku nak ajak kau keluar, buat kerja rumah math" jawap dongho.

"Tak tahulah, asal kau ajak aku? Ajak lah geng-geng kau tu" jisoo memuncungkan mulut kearah sekumpulan lelaki yang sibuk mengacau pelajar perempuan membuat kerja.

"Dorang? HAHA, kau ni gile ke apa? Macam kau tak kenal dorang... Dorang manalah berminat nak belajar belajar ni semua..." Bebel dongho .

Jisoo mengabaikan dongho yang dok sebok membebel pasal kawan-kawannya.

"So, boleh?" Soal dongho ingin kepastian.

"Tapi, aku ada kerja sambilan yang aku kena buat... Sorry tak boleh" balas jisoo sedikit berjaga-jaga. Takut pulak kalau kata-katanya menyakitkan hati dongho, dahlah dongho ni mudah terasa orang nya.

"Hurmm, yelah... Kalau esok boleh?" Soal dongho bersungguh sungguh.

"Tak" jawab jisoo sepatah.

Dongho mengeluh dan pandang kearah rakan-rakannya yang lain.

{+ JISOO POV +}

"Tak" balas aku sepatah, malas aku nak ajar budak senang terasa ni. Kang nanti time aku ajar dia pastu tanpa aku sedar aku dah bagi dia terasa... Mampus aku, nak kena pujuk dia...

Tapi, bila aku tengok muka dia rasa kesianlah pulak. Almaklumlah, aku ni tak boleh kalau tengok orang merajuk / sedih disebabkan aku... So, terpaksa lah aku setuju.

"Yelah yelah, petang ni. Lepas sekolah kul 5, tunggu aku kat depan pagar sekolah" jawap aku sambil mengemas buku.

Muka dia dari masam tiba-tiba ceria semacam bila aku cakap aku setuju.

"Aik, kenapa pukul 5? Kan kita habis sekolah pukul 4:30?" Soal dongho.

"Aku kena jumpa seseorang nanti."

Dia pun mengangguk tanda faham.

###
{+ LEPAS SEKOLAH +}

Aku menuju ke tempat yang diarahkan oleh kumpulan 'RedVelvet' tu. Tapi sebelum aku nak keluar kelas seseorang memegang tangan aku.

Aku hampir menjerit tapi, dia terus tutup mulut aku.

"Wei... Senyap... Jangan bising-bising... " Dia tarik tangan aku duduk mencangkung. Mata dia meliar melihat sejeliling. Entah apa yang dia cari.

"Kau ni siapa? Tiba-tiba je tarik tangan aku" soal aku pelik.

"Aku ejen 011, aku diarahkan untuk lindungi kau" jawap dia sambil acah-acah tengah ada perang yang sedang berlangsung.

"Kau merepek apa ni? Mana ada sesiapa dekat sini... Ejen apa ni? Kalau kau tengah main dengan adik kau jangan sampai libatkan aku. Aku dah lambat ni" aku nak berdiri dia laju-laju tarik tangan aku untuk mencangkung semula.

Aku dah start nak naik angin ni. Dia tarik-tarik tangan aku. Dahlah sakit.

Tiba-tiba ada orang menjerit dari arah belakang aku iaitu di tangga.

Perempuan yang pegang aku tu pun tarik aku pergi kat bunyi tadi.

Aku terkejut. Rasa nak menjerit pun ada apabila aku melihat seorang mayat wanita yang terbaring di atas tangga.

++++++++++++++++++++

Alhamdulillah selesai Chapter 5. Sorry kalau Chapter ni tak best. And sorry kalau banyak ayat yang tunggang-langgang,.. Hope readers enjoy ;)

Vote ✔
Comment ✔️
ThankYouGuyz ✨

∆Secret Behind The Truth∆ {^^KJS+ KTH+ JJK+ KDH^^}Where stories live. Discover now