Chapter 5 ✔

Mulai dari awal
                                        

"YAH! KIM JISOO!!!" Jerit joy. Muka dorang semua dah masam, geram+ marah dengan aku.

Mana taknya, aku tak siapkan kerja rumah dorang and aku tak belikan langsung pun makeup yang si yeri tu mintak.

Aku buat tak dengar je nama aku di panggil dorang. Malas nak melayan ke'gedik'an mereka tu.

Joy menghempaskan tangannya di atas meja.

'Sorry, aku tak terkejut pun' bisik hati aku. Aku buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Aku teruskan membaca.

Irene merampas buku novel aku.

"Eywu... Buku pasal sahabat?" Irene baca tajuk buku lalu memandang member dia yang lain lepastu tergelak. Aku tak tahu apa yang lawaknya.

"Kau tu dah lah tak ada kawan, ada hati nak baca buku novel pasal 'Sahabat' ni... Cubalah baca buku 'Cara-cara menjadi seorang yang dunggu' hahah" windy menyakat aku.

Aku adalah terasa sikit tapi, aku abaikan je.

Tiba-tiba dorang mula jadi serius.

"Jisoo! Lepas rehat ni, jumpa kitrang dekat dewan sekolah kalau aku tak nampak batang hidung kau kat dewan nanti, NAAS kau!" Irene sengaja menekankan perkataan 'naas' supaya aku akan rasa takut.

But, sorry aku tak takut dengan sesiapa. Dorang pun pergi dari tempat dimana aku berada.

Aku mengeluh. Entah apa lagi yang akan datang nanti. Redha je lah.

Aku bangun dari tempat duduk aku untuk masuk ke kelas.

Sedang dalam perjalanan masuk kedalam kelas satu suara menegur aku.

"Pss... Jisoo~"

"Apa, takyahlah nak sembunyi-sembunyi bagai... Keluar je lah" aku teruskan langkah aku tanpa memandang orang yang panggil aku tadi. Sebab aku tahu orang tu ialah salah satu kingka sekolah iaitu Kang Dong Ho.

"Alah, kau dah tak takut ke?" Soal dongho... Takut? Hello, sejak bila aku cakap aku takut dengan kau?

Aku diam je, malas nak layan mamat tu. Dia ikut je aku dari belakang, rimas aku di buatnya. Kalau nak follow tu, follow je lah dari belakang ni, dia sempat lagi jalan sambil pijak pijak belakang kasut aku.

{+ Author POV +}

Jisoo cuba menahan marahnya.

"Yah! Kang Dong Ho! Kau nak apa ni?! Cakap je lah, takyahlah asyik follow aku je... Lepastu main pijak pijak pulak kasut aku... Kau ingat kasut ni bapak kau punya ke nak main pijak pijak! Sakitlah!" Bebel jisoo sambil memandang tajam kearah dongho.

Dongho hanya mengabaikan jisoo. Dia langsung pergi meninggalkan jisoo yang sibuk membebel.

'What?! Kau pergi macam tu je?! At least, cakap lah sorry sebab pijak kasut aku. Ni... Bela macam tu je?!' marah jisoo dalam hati.

Jisoo melihat dongho pergi dengan penuh kemarahan di jiwanya. Tiba-tiba seseorang menyentuh bahu jisoo.

Jisoo pusing dengan riak muka marah yang masih membara.

"Hurm... Ada orang bagi surat dekat unnie..." Kata seorang junior yang ketakutan. Seram apabila melihat mata jisoo ketika marah.

Jisoo mengambil surat tersebut. Junior tu pun lari. Sebelum junior itu lari, jisoo sempat melihat nametag junior itu. 'Jang Woo Young'.

Surat siapa ni? Belum sempat jisoo membuka isi surat tersebut loceng telah berbunyi. Jisoo tutup dan lari masuk ke kelas.

###
{Dalam Kelas}

∆Secret Behind The Truth∆ {^^KJS+ KTH+ JJK+ KDH^^}Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang