"Baguslah kalau macam tu." Namjoon gembira dengan berita yang di sampaikan oleh doctor.
Sodam melihat nama yang terdapat di baju doctor itu 'Doc.HyunBin'
"Buat masa ni tiada sesiapa yang di benarkan masuk kedalam kecuali doctor atau nurse sebab takut menganggu pemikiran jisoo. Dia perlukan rehat yang secukupnya. Saya berharap kamu berdua beri kerjasama." Sambung doc. HyunBin
Namjoon dan sodam mengangguk tanda faham. Mereka duduk semula di kerusi masing-masing.
Sunyi sepi. Tiada sebarang suara yang dikeluarkan dari mulut kedua-dua pihak.
"Nama saya So Dam. Saya kawan sekerja jisoo. Selamat berkenalan." Kata sodam memecahkan kesunyian.
"Saya namjoon. Abang jisoo." Jawab namjoon sopan.
Mereka tersenyum antara satu sama lain.
"Jisoo cakap yang awak ada kerja selama 2 hari tapi, kenapa tiba-tiba je awak ada dekat sini?. Bukan nak busy body, cuma saya hairan hehe..." Soal sodam malu. Matanya memandang lantai.
"No, it's ok. Saya memang ada kerja untuk 2 hari ni tapi time tngh sebok² kerja semalam tiba-tiba je ada orang bagitahu yang jisoo sakit." Jelas namjoon tersenyum+ pelik.
Sodam mengangguk tanda faham. Mereka pun berbual kosong bersama.
Tiba-tiba telefon sodam berdering.
Sodam mengangkat telefon bimbit nya.
"Baiklah." Sodam mematikan telefon bimbit nya dan berdiri.
"Saya kena pergi sekarang, jumpa lain hari. Bye" Sodam mengambil beg galasnya dan tersenyum kepada namjoon sebelum beredar.
Namjoon membalas sodam dengan senyuman.
Namjoon mula berasa seronok apabila dapat berbual dengan sodam. Namjoon tidak pernah mempunyai kawan sejak dia kecil lagi.
Dia tidak tahu perasaan mempunyai kawan dan perasaan bila berbual dengan seorang kawan.
Namjoon dan sodam mula rapat sejak pertemuan mereka di hospital tempoh hari, bukan rapat sebagai pasangan cinta tapi rapat sebagai rakan.
++++++++++++++++++++
"Aku tak kesah kau ni kaya atau miskin, aku cuma nakkan darah dan laptop kau sahaja." Kata seorang lelaki yang duduk bersilang di hadapan sepasang suami isteri.
"Aku tidak akan sesekali bagi kau setitik pun darah aku dengan kau!" Bantah si suami.
"Aku suka kalau kau marah-marah, lebih senang aku nak buat kerja. BODYGUARD!" Kata lelaki yang berusia sambil tersenyum kearah si suami dan memanggil Bodyguard nya
"Bawak dorang berdua pergi ke tempat kita dan kurung dorang!" Kata lelaki berusia itu, geram.
Bodyguard membawa mereka ke kereta tunggang yang digunakan untuk meletakkan haiwan-haiwan yang telah mati atau haiwan yang digunakan untuk menjadikan bahan ujikaji mereka.
###
Semasa perjalanan, salah seorang dari Bodyguard itu tertidur di bahagian belakang tempat duduk untuk mengawasi suami isteri itu.
Kereta mereka berhenti secara tiba-tiba, tukang bawah kereta itu pun keluar untuk memeriksa enjin kereta.
"Abang, jom lari. Inilah peluang kita." Bisik si isteri perlahan tidak mahu mengejutkan Bodyguard yang sedang tidur itu.
"Ok jom. Kejap. Mana laptop tu?" Soal si suami.
Mereka mencari-cari disekeliling kereta. Akhirnya mereka jumpa juga. Mereka pun melarikan diri dengan berhati-hati. Takut tertangkap oleh Bodyguard yang satu lagi.
YOU ARE READING
∆Secret Behind The Truth∆ {^^KJS+ KTH+ JJK+ KDH^^}
FanfictionHidup tidak seindah yang kita sangkakan. Terutamanya bagi seorang wanita bernama Jisoo yang dilahirkan dengan penuh misteri. Dicaci, dibenci, dihina, dikhianati sepanjang masa, kurang kawan tapi ramai haters. Apa sahaja yang di lakukan oleh jisoo a...
Chapter 4 ✔
Start from the beginning
