Aku cuba memeriksa isi di dalam kotak itu, langsung mata aku terbuka luas melihat isi kotak itu. Ternyata di dalam kotak itu terdapat seorang bayi kecil yang sedang tidur lena.
Badannya masih penuh dengan darah masudnya bayi ni baru sahaja dilahirkan.
Aku melihat keadaan sekeliling, tiba-tiba aku terjumpa sekeping kertas yang dilekatkan di salah satu sudut kotak itu.
Aku terkejut, langsung aku membawa bayi dan anak kucing itu pergi dari tempat yang merbahaya itu.
Sejak itulah aku berjumpa dengan jisoo, mula-mula aku nak bawa dia pulang ke rumah tapi aku tak tahu jalan keluar jadi aku putuskan untuk tinggal di dalam gua...
Aku menjaga jisoo di dalam hutan, jisoo dibesarkan di dalam hutan, aku pula di besarkan sendirian dengan menjaga seorang bayi.
Sukar, sangat sukar. Tapi aku kena teruskan hidup itulah yang dipesan oleh ibu aku.
"Biar apapun yang berlaku, sebagai seorang abang. Kamu kena menjaga adik kamu dengan baik walaupun ibu dan ayah dah tiada di dunia ini, kamu mesti teruskan hidup. Jaga adik kamu baik-baik jangan biarkan dia merana didunia ini, pergi cari adik ka--."
Itulah kali terakhir aku dengar ibu aku berpesan dengan aku sebelum ibu pergi meninggalkan aku.
Aku ada seorang adik perempuan, tapi dia telah diculik... Sehingga sekarang aku tak pernah jumpa dia. Sejak pemergian ibu dan kehilangan adik perempuan aku, ayah mula menjadi kaki judi dan kaki hutang.
###
Bila umur aku 12 tahun, aku membawa jisoo bersama-sama kucing kami iaitu hyujin pergi mencari jalan keluar dari hutan ini.
1jam 37 minit berjalan akhirnya aku jumpa jalan keluar dari hutan ini.
Aku membawa jisoo pergi ke rumah aku.
Sampai sahaja dirumah, pintu tidak terkunci. Aku masuk ke dalam rumah, bersih tidak berselerak tapi, ada sekeping surat yang di letakkan di atas meja makan yang menarik perhatian aku.
Aku meletakkan jisoo di atas sofa, dan mengambil surat tersebut.
'Aku tahu bayi tu ada dengan kau. Jaga dia elok-elok. INGAT! Sekali kau sakitkan dia, aku akan pastikan hidup kau tak akan bahagia buat selamanya !'
^T.T^
"T.T.? Apa maksud TT? Siapa yang bagi surat ni?" Soalan aku sendiri sambil mata aku membaca surat itu berulang-ulangkali.
Tiba-tiba bunyi loceng rumah aku berbunyi.
Aku meletakkan surat itu di atas meja dan pergi ke arah pintu.
"Iya, Encik Cari siapa?"
"Saya dari AIRANGELLY_OFFICIAL saya dihantar ke sini untuk berjumpa dengan orang yang bernama Kim Namjoon. Adik kenal ke?"
"Saya lah tu" jawap aku hairan.
"Ouh, jadi adiklah orangnya. Nah, ini adalah borang pekerjaan yang sesuai untuk adik. Tandatangan adik dekat sini, dan abang akan bagi fail ni."
Aku tak tahu apa-apa jadi aku isi je lah.
"Ok, selesai. Esok adik pergi dekat alamat ini. Ada kerja yang menanti adik."
Tiba-tiba lelaki itu buat muka serius, tadi bukan main senyum lagi. Tiba-tiba je serius.
+++
+KEESOKANNYA+
Di hadapan rumah bangunan yang besar aku masuk kedalam dan menuju ke kaunter pertanyaan.
Orang itu pun membawa aku pergi ke bilik boss mereka.
"Tok, tok, tok. Boss budak tu dah sampai"
"Bawa dia masuk"
Pintu bilik tu dibuka. Aku pun masuk ke dalam.
"Duduk." Kata orang yang berusia itu. Aku tak dapat nak tengok wajah dia sebab dia duduk menghadap cermin lutsinar yang memaparkan bandar seoul yang indah.
"So, kau lah KimNamjoon. Orang yang telah menyelamatkan seorang bayi di dalam hutan itu?"
Aku terkejut. Macam mana dia boleh tahu? Sedangkan tiada sesiapa yang aku pernah ceritakan sebelum ni, nak cakap jisoo... Dia masih kecil.
"Iya saya, macam mana tuan boleh tahu?" Soal aku ragu-ragu.
Seram.
"Kau ialah anak kepada Puan Kim, bakal saintis terunggul didunia dari segi mistik. Kan?"
Dia tidak menjawab aku malah menanyakan soalan yang lain.
"Iya saya."
Dia memusingkan kerusi menghadap aku. Tangannya di letakkan di atas meja sambil menggenggam kedua-dua belah tangannya antara satu sama lain.
Dia berfikir sejenak. "Kau ni terlalu muda buat masa sekarang. So, aku nak kau belajar je dulu buat masa sekarang ni ." Aku hanya diam, tidak tahu mahu menjawab apa.
Dia menekan salah satu butang yang terdapat di atas meja. Dan bercakap dengan orang di sebalik telefon itu.
"Puan han, batalkan plan A, kita teruskan dengan plan B."
Aku masih terdiam.
"Baiklah boss" kata Puan Han.
+++
+DiRumah+
Aku membiarkan jisoo bermain dengan hyunjin
Aku telah diambil untuk menjadi seorang saintis dalam bahagia mistik, di syarikat AIRANGELLY_OFFICIAL.
Syarikat yang mempunyai ramai orang saintis yang terunggul.
Tapi buat masa ini aku kena belajar menjadi saintis.
+++
+ 10:24a.m [3 Jun 2019] +
Telah sekian lama aku belajar sebagai seorang saintis, akhirnya hari ini, malam ini adalah misi pertama yang aku kena buat.
Iaitu melawat ke PANKKIELLY ISLAND dan berjumpa dengan salah seorang saintis mistik di situ untuk mencuri salah satu bahan mereka.
Yes, aku sebenarnya di pergunakan dari awal. Syarikat yang mengambil aku ini telah menggunakan semua bahan saintis yang mereka curi.
Aku cuba meletakkan jawatan ini tapi mereka menghalang dan mengugut aku.
Sejak itu aku terpaksa bekerja dengan dorang.
+End ThrowBack+
Sebab itulah aku dihantar di tempat ini, untuk mencuri salah satu bahan mereka.
Aku berharap semuanya berjalan dengan lancar...
+++++++++++++++++++
Alhamdulillah, selesai chapter 3. Panjang bukan? Hehe.
Sorry kalau banyak typo dan ayat yang pelik-pelik 😌
Hopefully readers enjoy it ;)
Vote ✔
Comment ✔
ThankYouGuyz ✨
ВЫ ЧИТАЕТЕ
∆Secret Behind The Truth∆ {^^KJS+ KTH+ JJK+ KDH^^}
ФанфикшнHidup tidak seindah yang kita sangkakan. Terutamanya bagi seorang wanita bernama Jisoo yang dilahirkan dengan penuh misteri. Dicaci, dibenci, dihina, dikhianati sepanjang masa, kurang kawan tapi ramai haters. Apa sahaja yang di lakukan oleh jisoo a...
Chapter 3 ✔
Начните с самого начала
