"Eh meow! Jangan masuk! BAHAYA!"
Kata orang-orang dekat sini, hutan ni sangat bahaya sesiapa yang masuk kedalam hutan ni hidup dia tak akan tenang.
Aku memang tak nak masuk tapi, bila aku dengar ibu kucing tu mengiau semakin kuat bagaikan dia sedang bergaduh / meminta tolong.
Aku tak ada pilihan lain, aku terus masuk kedalam hutan tu.
^Aku tahu itu tindakan buruk, tapi nak buat macm mana, aku masih kecik lagi time tu^
###
"Meow.... " Aku mencari ibu kucing tadi.
Aku tak jumpa dia, jadi aku putuskan untuk berehat seketika sebab penat berlari mencari ibu kucing tu.
Tengah aku duk rehat rehat tiba-tiba aku terdengar bunyi seakan-akan tembakan dari arah sebelah kanan aku.
Aku terkejut lalu menyembunyikan diri di semak-semak berdekatan aku dalam masa yang sama aku pergi ke arah tembakan itu sebab aku nak tahu bunyi tu datang dari mana.
Sampai sahaja di belakang batu besar yang lebih besar daripada aku... Aku sembunyi dekat situ.
Aku cuba mengintai apa yang berlaku, aku nampak ada 2 orang lelaki, seorang berbadan kecil tapi gagah, seorang lagi berotot sedang berdiri di hadapan sebuah gua sederhana besar.
Aku cuma mencuri dengar apa yang dorang katakan, tapi aku hanya dapat dengar beberapa perkataan je dari mulut dorang.
"Cepat! Sebelum boss tahu yang dorang dah terlepas!" Marah lelaki yang berotot itu.
Masa tu aku ternampak 2 orang sedang berlari keluar dari gua tu, seorang lelaki dan seorang perempuan.
Perempuan tu aku rasa dia tengah mengandung. Aku tengok perempuan tu macam tengah menahan sakit yang teramat.
Aku rasa dia dah nak lahirkan bayi yang ada dalam perutnya tu.
Aku rasa doranglah yang dicari-cari oleh lelaki-lelaki itu.
Aku nampak 2 orang lelaki tu nak pergi ke arah dorang berdua
Aku cuba selamatkan dorang dengan menarik perhatian lelaki-lelaki itu.
Aku mengambil batu yang sebesar tapak tangan aku dan baling kearah semak yang berada berhampiran aku supaya lelaki-lelaki tu pergi kearah bunyi yang aku buat tadi.
'Yes', dorang pergi juga.
Sebaik sahaja dorang melepasi batu besar yang dimana aku ada disebalik batu itu, aku terus berlari kearah yg bertentangan supaya aku tidak tertangkap mereka.
Aku selamat.
Tapi, aku tetap tiada arah tuju.
Aku terperangkap dalam hutan ni selama-lamanya aku terduduk, aku takut, aku nak menangis tiba-tiba aku terdengar bunyi anak kucing mengiau seakan-akan mencari ibu mereka.
Aku pergi kearah anak kuncing itu, terlihat 3ekor anak kucing yang baru sahaja di lahirkan. Tapi hanya seekor yang masih hidup.
Aku tidak tahu mengapa hanya seekor sahaja yang hidup, sedangkan 2 lagi sudah mati. Tiada tanda yang terdapat pada badan anak-anak kucing yang mati tu.
Tapi, ada sedikit parut pada leher anak kucing yang masih hidup.
Aku hairan dan pelik, aku mencari-cari ibu kucing yang melahirkan mereka tetapi tiada.
Aku bertambah hairan, takkan ibu dia masih bertenaga nak berjalan pergi tinggalkan anak-anak dia lepas melahirkan.
Aku terjumpa sebuah kotak yang sederhana besar.
YOU ARE READING
∆Secret Behind The Truth∆ {^^KJS+ KTH+ JJK+ KDH^^}
FanfictionHidup tidak seindah yang kita sangkakan. Terutamanya bagi seorang wanita bernama Jisoo yang dilahirkan dengan penuh misteri. Dicaci, dibenci, dihina, dikhianati sepanjang masa, kurang kawan tapi ramai haters. Apa sahaja yang di lakukan oleh jisoo a...
Chapter 3 ✔
Start from the beginning
