"Kau fikir kau lawa sangat ke sampai nak buat Fyraz kejar kau? Aku dah lama suka dia, tapi dia tak pernah pandang aku! Kau datang sini, ingat aku nak biarkan kau rampas dia?!" suara Mia yang menengking aku menarik perhatian pelajar yang lalu lalang di situ.

"Kalau dia tak pandang kau, maknanya dia tak suka.Cari je la orang lain. Kenapa, lelaki lain dah pupus ke? Susah susah je memalukan diri macam ni. Aku ingatkan spesies perempuan macam kau ni dah pupus. Ada lagi yang tertinggal rupanya!" dengan berani aku membalas sambil tangan menepis tangan Mia yang masih menarik rambut aku.

Sengaja aku membalas sinis. Memang tak guna pun kalau cakap lembut dengan manusia macam ni. Apa, ingat aku tak berapi bila dia kata aku rampas Fyraz? Eh, Fyraz yang datang pada aku dulu, okay! Bukannya aku yang tergedik dengan Fyraz.

"Mulut kau, memang mintak kena tampar!" rakan Mia di sebelah ikut menengking aku. Heh, ingat aku takut?

"Kau nak tampar aku? Silakan!" ketawa sinis aku hamburkan pada mereka. Sengaja mahu mencabar.

"Okay, kau yang nak sangat kan?" Mia sudah mengangkat sebelah tangannya ingin menampar aku. Badan sengaja aku keraskan di situ. Langsung tidak mengelak. Biarkan saja kalau kena pun. Kalau aku melawan, tak pasal pasal dengan aku sekali masuk pejabat hal ehwal pelajar.

"Mia, apa benda you buat ni?!" satu tengkingan lain menghentikan tangan Mia yang sudah dihayun untuk menghadiahkan tamparan pada pipi aku. Aku tolehkan wajah, mencari arah suara yang menengking tadi.

Fyraz Danial...

Dia berjalan ke arah kami sebelum tubuhku ditolak sedikit, menyuruh aku untuk berdiri di belakangnya. Aku terasa dejavu, seperti waktu dia menyelamatkan aku daripada Dato' Hans di Zouk dua bulan lepas.

"Fyraz, I...I tak suka..."

"Tak suka apa? You tak suka bila I lagi rapat dengan Sya daripada you? Mia, I dah cakap kan, sejuta kali you pujuk I pun, I tak nak you! Susah sangat ke nak faham?" suaranya tidak menengking tapi penuh ketegasan.

"Tapi I dah lama suka you!"

Dalam diam, aku menjulingkan mata ke atas. Dasar attention seeker betul minah ni! Orang tak jerit kat dia, dia sibuk nak buat sinetron seratus episod pulak kat sini. Kononnya dia yang teraniaya. Hei, kau yang cari pasal dulu tahu tak?!

Fyraz meraup mukanya sebelum menggosok belakang tengkuknya. Jelas yang dia rimas dengan situasi ini.

"I.TAK.SUKA.YOU. You cari je la orang lain apa masalahnya?" ujar Fyraz sebelum dia menarik tangan aku untuk pergi dari tempat itu. Tanpa membantah, aku bawa kaki untuk mengikut langkahnya. Dari jauh, aku lihat Mia menghentakkan kaki yang disarung high heels setinggi lima inci sambil menjerit memanggil Fyraz.

Lantak lah kau. Aku doakan semoga tak mengalami kemurungan lepas kena reject dengan crush sendiri.

~~~

Fyraz membawa aku sehingga ke tasik yang berdekatan dengan blok pentadbiran. Masing masing senyap sebelum Fyraz memulakan bicara.

"I'm so sorry. Sebab I, Mia cari you." aku toleh pada Fyraz sebelum kembali melihat air tasik yang jernih.

"It's okay. At least dia tak bawak parang untuk pancung I."

Aku dengar ketawa kecil yang keluar dari mulut Fyraz.

"Sebenarnya dah lama I perhati Mia tengking you tadi. Sengaja biarkan, nak tengok jugak meletus ke tidak perang kat situ." kali ini aku toleh semula pada Fyraz. Bibirnya mengukir senyuman sebelum dia turut sama menoleh ke arah aku.

"Rambut I dah jadi mangsa, baru you datang? Sikit lagi I nak kena tampar tahu tak?" sengaja aku jeling Fyraz kononnya marah padahal aku tak kisah pun.

"Dah tu...ada orang tu jual mahal dengan I dekat kafe. Takkan I nak backup awal awal." Fyraz tersengih nakal.

Sekali lagi, ruang bisu yang dicipta ini benar benar terasa janggal.

"Raz...kalau I jadi kawan you, apa yang I dapat?" aku buka semula topik itu. Rasanya, aku juga berhutang satu jawapan pada pertanyaan Fyraz

Bibirnya mengukir senyuman hambar.

"I'll fulfil all my promises to you." jawapannya perlahan seolah olah dia berbisik pada dirinya, tapi cukup untuk aku dengar

"So...if I say, I would like to be your dearest girl friend?"

Tangan kanan aku hulurkan pada Fyraz yang menundukkan wajahnya. Dia seperti terkedu sebelum memandang aku dengan riak tak percaya.

"Sebelum tawaran masih ada..." bicara aku dipotong dengan tindakan Fyraz yang menyambut huluran tanganku.

Bibir ini, aku ukirkan senyum pada dia dan dia turut membalas.

"Sya, rambut you dah kusut." terus aku menarik tanganku untuk membetulkan rambut. Ah, semua salah Mia!

Ternyata, Fyraz terlebih dahulu menyentuh hujung rambutku sebelum disisir menggunakan jarinya. Sumpah, aku kaku dengan sentuhannya.

"Sya, ada ulat gonggok dekat rambut you!" jeritan Fyraz membuatkan aku terkejut.

"Raz...tolong buang, I geli!!" tak pasal pasal aku terjerit sekali sebelum terlompat lompat di situ. Ingat aku berkenan ke dengan binatang macam tu?!

Aku masih ketakutan. Namun telinga terdengar ketawa Fyraz. Dia tipu aku ke tadi?

"I gurau je lah! Penakut rupanya you ni!" ujarnya dalam ketawa yang masih tersisa.

"Berani you tipu I?" aku menjeling Fyraz sebelum menghempuk lengannya berkali kali. Aku kisah apa kalau sakit pun?

Fyraz tidak mengelak malah makin seronok dia ketawakan aku.

"Sya, sakit!" Fyraz mengaduh sebelum bertindak melarikan diri di laluan yang dikhaskan untuk berjoging di tepi tasik.

Tanpa sedar, aku turut mengejar langkahnya. Fyraz menukar arah, berpura mahu mengejar aku dan aku turut melarikan diri daripadanya.

Aku tak tahu, perasaan apa yang mula singgah dalam hati. Yang pasti...

Aku bahagia.




Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now