RoyalNerd 30

2.4K 146 10
                                    

  "Apa yang kau buat dekat sini?" soal Fathia- sengaja wajah dan suaranya dibekukan tanpa berpaling menghadap wajah jejaka yang berada di hadapannya. Sekarang ni waktu kerja dia kut..apa yang mamat coffee ni nak? Takkan dia nak marah aku sebab end video call semalam?

Putera Zaquan tidak terus menjawab tetapi memandang wajah itu dengan lebih dekat dan menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada gadis dihadapannya.

  "Gi..gila ke apa?! Aku tanya kenapa kau ada dekat sini je!" lantas tubuh tinggi itu ditolak sedikit oleh Fathia agar ada ruang diantara mereka. Tapi ianya juga sebab Fathia berasa gugup dan tak keruan menatap wajah Putera Zaquan yang sedang senyum kepadanya.

  "Aku rasa jodoh kita memang kuatlah," ujar Putera Zaquan sambil mengenyit matanya kepada Fathia.

  "Ap..apa yang kau merepek ni!" terus Putera Zaquan berlalu dan berjalan masuk ke dalam syarikat memandangkan mereka sebentar tadi hanya berbual di muka pintu utama syarikat swasta itu tanpa membalas pertanyaan Fathia sebentar tadi.

Fathia melongo memandang belakang tubuh Putera Zaquan yang meninggalkannya secara tiba-tiba. Dia ingat semat la tu tinggalkan orang dengan persoalan?!

Ishh! Kakinya dihentak geram. Di mulut pula sudah melantun-lantun perkataan 'mamat poyo' seakan-akan berzikir. Perlahan dan hanya boleh didengari oleh dirinya sahaja. Lantaklah orang nak kata dia baca jampi serapah ke apa! Janji dia puas!








     "Kau lagi!" kenapa mamat ni nak muncul depan aku setiap masa ni?! Apa dosa aku Ya Allah?! Tadi dekat depan syarikat..ni sampai dekat luar syarikat pun nak ikut ke?!

Memincing mata Fathia merenung ke arah Putera Zaquan geram. Kecik besar kecik besar je Putera Zaquan di matanya tika ini. Diorang tengah ada appointment dengan klien kut! Haa..sudah- dia main jabat2 tangan pula dengan bos aku! Takkan nak perkenalkan diri dekat bos yang dia ni kawan aku time sekolah menengah kut?

  "And this is my personal assistant- Fathia,"

  "Fathia? Are you with me right now? Fathia!"

  "Y..yes! Mr. William! How can I help you?"

  "Tak ada apalah..jangan berangan time kerja. Ingat tu!"

  "Sorry Mr. William,"

  "Okay..can we take a sit and discuss about our project?" Mr. William melabuhkan punggungnya di salah sebuah bangku di meja restoran itu manakala Putera Zaquan duduk bertentangan dengannya. Perbincangan itu mengambil masa yang agak lama memandangkan ianya projek yang besar dan memerlukan kolaborasi yang sepenuhnya daripada kedua-dua belah pihak. Perbincangan diakhiri dengan jabat tangan dan pertukaran senyuman antara satu sama lain.

Fathia memandang wajah Putera Zaquan seketika. Penat asyik tengok bawah je memanjang sebab tak nak bertembung mata dengan lelaki tu. Tapi dia tak boleh tahan diri dia daripada merenung wajah lelaki itu apabila terdengar lelaki itu tertawa kecil. Entah kenapa dia berasa khayal seketika apabila dapat mendengar suara lelaki itu ketawa. Ianya seakan-akan dadah yang mampu melumpuhkan semua sistem badan penagihnya.

  "Hello? Fat!" terus mata Fathia menangkap figura Putera Zaquan yang melambai-lambai dihadapan mukanya. Sesekali dia terdengar bunyi petikan jari milik lelaki itu. Lantas kepalanya berpusing mencari kelibat Mr. William yang sudah tiada di sisinya.

  "Dia dah jalan pergi," terus Fathia terkocoh-kocoh meninggalkan Putera Zaquan yang mula senyum senget melihat wajah Fathia yang mula merona merah. Kantoi berangan!

  "Kalau iya pun nak usya aku cover la sikit mulut tu..kang masuk lalat siapa yang susah? Aku jugak.." gumam Putera Zaquan perlahan. Tak nak lah menjerit dekat tengah2 restoran.








Hari berganti malam. Jam pula sudah menunjukkan pukul 8 setengah. Tangan Fathia ligat memasukkan semua barang keperluan ayah dan dirinya di dalam sebuah beg besar. Buat masa ni ayah masih belum boleh dibenarkan pulang. Badan ayah masih memerlukan suntikan dan penjagaan rapi daripada pihak hospital. Bahana arak.. tapi siapalah dia nak menentukan takdir yang telah ditetapkan.

Terus kunci kereta miliknya dicapai seraya selipar Jepun disarung ke kaki. Malas nak pakai kasut tutup bagai. Nanti dekat hospital nak bukak jugak..nak tidur je pun. Lagipun senang nak ambik wuduk bila pakai selipar ni!

  "Kenapa aku rasa tak sedap hati ni?" gumam Fathia kepada dirinya sendiri. Entah kenapa semakin risau pula dirinya meninggalkan ayah lama2 di hospital. Biasanya pukul 8 tepat dia dah sampai hospital. Tapi hari ni terlewat pula sebab nak kena singgah beli lampin dewasa ayah yang dah kehabisan stok.

Kunci kereta dipulas. Sekali..dua kali..tiga kali- tapi tetap tidak dapat dihidupkan. "Apa masalah pulak dah dengan kereta ni!" bentak Fathia sambil stereng keretanya dihentak kuat.

  "Masa-masa macam ni jugak la dia nak buat hal!"

  "Sekarang aku nak pergi hospital macam mana? Hazirah! Tapi dia ada dekat kampung! Aduhh!" sekali lagi stereng keretanya menjadi tempat untuk dilepaskan kemarahannya. Tiba-tiba wajah Putera Zaquan bermain difikirannya.

  "Ahh.. memang tak lah aku nak buat muka tebal minta tolong dekat dia! Haa! Grab! Apa hal lah.. yang otak tak nak berjalan waktu2 macam ni!" telefonnya dicapai dan tidak sampai berapa minit sebuah kereta Viva sampai.

  "Pergi hospital Besar ye," ujar Fathia sebaik sahaja dia membolosi badan kereta Viva tersebut.

Tanpa sebarang balasan grab tersebut terus bergerak tanpa dipinta lagi. Fathia malaslah nak cakap apa.. mungkin pemandu grab ni jenis pemalu. Fathia pun memang tengah tak ada mood nak menyembang bagai dengan orang yang tak dikenali ni.

  "Ehh..tapi ni bukan jalan nak pergi hospital!" ujar Fathia panik apabila jalan yang dilalui berbeza daripada kebiasaannya.

  "Ni jalan pintas..kau nak cepat kan?" balas pemandu grab itu datar. Fathia terus terdiam. Dia main kau aku je?! Aku ni sumber pendapatan dia tau malam2 macam ni!

  "Hei! Hormat la sikit! Kita ni bukannya dah kenal lama sangat nak ber kau aku bagai!"

  "Kau nak turun ke nak diam?" soal lelaki itu tiba-tiba. Tersentak Fathia. Kurang ajar gila pemandu grab ni! Selalunya diorang layan baik2 sebab nak dapat bintang dan komen yang elok2. Ni!?

Tak apa..kau tunggu..seketul Fathia anak Pak cik Shafie Apdal akan bertindak! Walaupun aku ni jenis yang malas nak bagi komen bagai.. untuk orang yang tak ada adab macam ni memang nak kena bagi pengajaran sikit! Kau ingat dengan perangai beku macam tu akan buat kau kekal jadi pemandu grab? Dah lah pakai cap ngan mask bagai..ingat dia artis ke apa pakai macam tu? Macam penyangak adalah!

Tercebik-cebik bibir Fathia mengutuk lelaki pemandu grab di tempat duduk hadapannya itu. Matanya pula merenung pantulan wajah lelaki itu yang fokus memandu.

  "Dah sampai," mata mereka bertembung melalui cermin pandang belakang itu.

  "Woi! Kau usha aku ehh?!" terus lelaki itu menoleh ke belakang dengan cepat membuatkan Fathia terkejut lalu merapat ke tempat sandarnya.

  "M..mana ada! Buat apa aku usha kau!?"

  "Well..kau pun cakap kau aku. Tak yah nak berangan nak komen buruk2 pasal perkhidmatan aku," terus lelaki itu mengalihkan pandangannya kehadapan kembali.

  "K..kau!?" bentak Fathia geram tak dapat nak balas apa2. Macam tau2 ja apa yang dirangka dalam kepala otak sebentar tadi! Hancur plan!

  "Lagipun aku kenal kau.. takkan lah kau nak sabotaj bakal adik ipar kau ni?"










Be continue...



~RoyalNerd👑~

RoyalNerdWhere stories live. Discover now