RoyalNerd 07

3.1K 195 4
                                    

  "Hai Zaquan..awal kamu masuk kelas saya," ujar guru dihadapan kelas dengan niat memerli. "Eh..kenapa dengan pipi kamu tu? Kamu kena buli ke tadi?" soal  guru itu lagi. Risau kerana sekarang merupakan waktunya. Maka semua pelajarnya berada di bawah tanggungjawabnya.

  "Ehh..tak lah cikgu. Tadi saya terlanggar bucu tangga. Tak tahu pulak sampai lebam macam ni.." ujar Putera Zaquan lalu menyentuh pipinya perlahan. "Patutlah rasa pedih!" ujar Putera Zaquan seakan teruja kerana mendapat lebam.

  "Ada2 je lah kamu ni..dah pergi tempat duduk kamu," arah guru tersebut lalu menyambung kembali pengajarannya.

  "Kau kenapa gila?" soal Nik sambil membelek wajah milik Putera Zaquan. Habis lah..konfirm dia kena dengar Permaisuri Balqish membebel kepadanya kerana tidak memerhati setiap apa yang dilakukan oleh Putera Zaquan di sekolah.

  "Apa lagi..aku biar geng Farid belasah aku lah," jawab Putera Zaquan selamba. Memang tak lah dia belasah balik, kang terkantoi pulak lakonan nerd milik Putera Zaquan.

  "Masalah lah dia ni.. sekurang-kurangnya elak lah," ujar Nik lagi tidak berpuas hati.

  "Kalau aku elak..sampai bila pun dia takkan puas hati..sama ada aku menang, ataupun diorang menang. Tu je," balas Putera Zaquan bersahaja.

  "Ye lahh," Nik mengalah daripada terus berdebat dengan Putera Zaquan. Sudah semestinya dia akan kalah dalam perdebatan itu.

  "Shushhh!!" sekali lagi..bunyi itu telah membuatkan Nik tegak memandang ke arah guru dihadapan tanpa menoleh lagi ke arahnya. Nasib lah..

                             (づ。◕‿‿◕。)づ

  "Jom..ikut aku," ujar Fathia secara tiba2 sebaik sahaja loceng rehat berbunyi. Serentak Putera Zaquan dan Nik memandang ke arahnya.

  "Aku ke?" soal Nik dan Putera Zaquan serentak sambil menuding jari ke arah muka mereka sendiri.

  "Zaquan," ucap Fathia lalu terus sahaja tangannya menggapai lengan milik Putera Zaquan dan menariknya agar mengikuti langkahnya.

  "Aku ada buat apa2 salah ke? Pengetua panggil aku ke apa?" soal Putera Zaquan cuak. Lagipun dia sedia maklum bahawa Fathia merupakan penolong ketua pengawas di sekolah ini.

  "A-aku yang buat salah dengan kau," ujar Fathia perlahan tapi dapat didengari oleh Putera Zaquan.

  "Bi-bila pulak kau buat salah dengan aku?" ujar Putera Zaquan kelang-kabut sambil langkahnya dipercepatkan agar dapat berada di hadapan Fathia.

Fathia hanya memandangnya sekilas lalu menarik tangan Putera Zaquan agar mengikutinya masuk ke dalam bilik rawatan. Putera Zaquan hanya menuruti apabila dia disuruh duduk di atas katil pesakit. Terus Fathia menuam lebam yang berada di pipi Putera Zaquan dengan perlahan.

  "Kenapa kau tolong aku?" soal Putera Zaquan tergamam kerana kini wajahnya dan juga wajah Fathia hanya beberapa inci. Putera Zaquan tidak mahu ini berlarutan lagi kerana hatinya terus buat hal apabila dia dapat menatap wajah Fathia secara jarak dekat. Lantas tangannya ingin memegang ketul ais tersebut namun tangannya tersentuh tangan milik Fathia pula.

  "Ma-maaf," ucap Putera Zaquan setelah tangannya cepat-cepat dialihkan. Fathia hanya mengangguk dan terus menuam tanpa banyak bicara.

Putera Zaquan hanya mendiamkan diri dan mengambil kesempatan yang ada untuk memerhati wajah milik Fathia. Daripada rambutnya yang diikat ponytail hinggalah dagunya yang runcing. Fuhh.. berterabur iman! Cepat2 matanya dialihkan ke arah lain agar kelakuannya tidak ditangkap.

  "Jomlah waktu rehat dah nak habis, esok lusa hilanglah lebam tu. Lagipun kau dah selesai scan muka aku kan?" ujar Fathia sarkastik.

  "Whaaa?!" Malunya aku! Kalau dia tahu kenapa tak cakap je macam dalam novel lain.."ke-kenapa awak tengok saya macam tu?" Barulah ada feel sikit..ni aku pulak yang malu sebab usya dia tak lepas tadi.

  "Fathia!" panggil Putera Zaquan sambil cuba untuk mengejar langkah Fathia yang seakan-akan berlari itu.

  "Ehh.. bidadari abang ni lari2 kenapa? Tak sabar nak jumpa abang ke?" ujar Farid sarkastik sambil tersenyum sinis manakala tangan sasanya itu menahan pergerakan Fathia yang berlari sebentar tadi dengan melingkarkan tangannya di sekeliling pinggang milik Fathia.

  "Lepas la gila!" teriak Fathia sambil meronta minta untuk dilepaskan. Siapa sahaja yang selesa jika dilakukan sebegitu ke atas dirinya. Memang silapnya juga kerana tidak melihat sekeliling ketika berlari dari Zaquan tadi. Entah bila pula dia sampai di lorong yang jarang pelajar lalu.

  "Fathia!?" jerit Putera Zaquan apabila dia ternampak adegan Farid yang sedang mencuba untuk mencium pipi milik Fathia.

  "Baguslah kalau si nerd ni pun ada kat sini..biar dia tahu kalau kau ni akan jadi milik aku! Hahaha!!" ujar Farid psiko apabila dirinya mula tergelak besar dan senyum seorang diri secara tiba2. Tidak lama selepas itu terdengar pula Farid menyanyi kecil sambil menggoyang-goyangkan badannya serta Fathia yang berada di pelukannya.

  "Lepas lahh!" ujar Fathia apabila dia jadi semakin gerun dengan kelakuan Farid yang berubah secara tiba2 itu. Terus mengalir deras air mata milik Fathia.

  "Shushhh.." ujar Farid seakan-akan memujuk Fathia agar gadis idamannya itu tidak lagi menangis. Tangannya menarik pula ikatan rambut milik Fathia lalu terlepaslah rambutnya ke bawah hingga mencapai pinggangnya. Lantas dibelai-belai lembut rambut milik Fathia itu.

  "Bos? Kita cuma kena kacau dia je kan..kenapa bos perlu takut-takutkan dia?" ujar anak buah Farid apabila tangan milik Farid mula ingin membuka kot pengawas milik Fathia.

  "Hahaha! Kau gila?! Aku memang takkan lepaskan peluang yang ada! Dia ni lawa kut! Korang tak rasa apa yang aku rasa!? Rasa macam nak lebih dari apa yang kita dapat!" sekali lagi kawasan itu bergema dengan gelak ketawa Farid dan tangisan Fathia.

  "Kau.." ujar Putera Zaquan lama sambil matanya merenung tepat ke arah mata hazel milik Farid "lepaskan dia!" sambung Putera Zaquan lagi sambil kakinya mula mendekati Farid dan Fathia.

Lantas anak2 buah Farid ingin menumbuk Putera Zaquan yang berjalan menuju ke bos mereka. Satu2 serangan dipatahkan dan mereka ditumbuk kembali sehinggakan tiada seorang pun yang mampu bangun kembali.

  "Lepaskan dia Farid!" marah Putera Zaquan apabila kini kedudukan mereka hanya bertentangan antara satu sama lain. Farid menghadiahkan senyuman sinis lalu berkata,"kau pun sebenarnya nak rasa dia kan nerd?!" Lantas satu tumbukan padu dilepaskan oleh Putera Zaquan ke arah Farid dan membuatkan lelaki itu jatuh ke belakang.

Tangannya terus menahan tubuh milik Fathia yang lemah itu dan mencempung gadis itu gaya 'bridal style'. Cepat sahaja langkahnya diatur ke bilik rawatan memandangkan dia sudah tahu di mana keberadaannya.

Fathia yang berada dipelukan Putera Zaquan hanya menyembamkan mukanya ke dada milik Putera Zaquan kerana dia berasa selamat di sisinya. Baunya yang harum juga membuatkan Fathia berasa lebih selesa dipelukan Putera Zaquan. Perlahan-lahan matanya ditutup kerana keletihan yang amat.

  'Siapa kau sebenarnya.. Zaquan?' monolog hati Fathia sebelum dia benar2 hilang kesedaran.

Be continue...

                                   ~RoyalNerd👑~

RoyalNerdWhere stories live. Discover now