RoyalNerd 26

2.3K 154 4
                                    

Putera Zaquan masih lagi teragak-agak untuk meneruskan langkahnya apabila dentuman daripada pintu itu masih lagi setia berdentum. Berdebar jugaklah hati ni walaupun dah banyak kali berada di medan peperangan.

  "Cepatlah pergi tengok apa jadi tu," ehh, dah lah tak turun langsung daripada motor tu pastu suruh aku pulak cepat2. Putera Zaquan hanya memusingkan kepalanya sekilas dan menghadiahkan sebuah jelingan kepada Ikhwan. Langkahnya masih lagi diteruskan tapi dipercepatkan daripada tadi. Malas nak dengar suara Ikhwan yang dok suruh dia cepat.

Bang!

Pintu yang tadinya tertutup terbuka secara mengejut. Putera Zaquan yang sudah berada betul2 di hadapan pintu tadi agak terkejut dengan kehadiran seseorang yang tiba2 sahaja menerpa ke arahnya. Tangan Putera Zaquan pantas menangkap tubuh kecil itu daripada jatuh disebabkan oleh langkahnya yang agak lemah. Perlahan-lahan matanya bertembung dengan mata milik gadis yang agak basah dengan air mata.

  "Fathia!? Apa jadi ni? Siapa buat semua ni dekat kau?" bertubi-tubi soalan keluar daripada mulut Putera Zaquan tapi tak ada satu pun yang berjawab apabila Fathia yang berada di dakapan sudah hilang kesedaran.

  "Fat.. Fathia? Kau dekat mana sayang?!" Satu suara yang tidak asing di pendengaran Putera Zaquan menyapa daripada muka pintu yang sudah pecah ketika itu.

Gigi Putera Zaquan diketap geram. Urat2 di tangan dah lehernya kelihatan apabila tapak tangannya turut digenggam. Ikhwan yang tadinya hanya memerhati terus terkocoh-kocoh mengambil tubuh kecil Fathia daripada Putera Zaquan. Tak kuasa dia nak kena belasah sebab buat Putera Zaquan marah masa2 macam ni.

  "Ehh..kau nak bawa pergi mana sayang aku tu?" soal Farid yang setia tersenyum sinis dihadapan Putera Zaquan. Perkataan sayang pula sengaja ditekankan olehnya.

  "Apa hak kau nak panggil dia sayang haa?!" jerkah Putera Zaquan kegeraman. Hatinya dah meluap-luap marah tapi dia masih lagi waras daripada membelasah rakyatnya secara membuta-tuli.

  "Tu memang panggilan aku untuk bakal tunang aku.." ayat Farid sengaja dileretkan dan matanya perlahan-lahan diangkat untuk melihat reaksi Putera Zaquan. "sebelum kau sumbat aku dengan bapak aku dalam penjara!"

Putera Zaquan yang tadinya agak tegang mula tersenyum sinis. "Ouh, kiranya tunang tak jadi la ni?" ejek Putera Zaquan dengan nada yang sengaja dijengkelkan.

  "Kau diamlah!!" Farid yang tadinya nampak tenang mula menyerang Putera Zaquan kerana rasa tercabar. Tumbukkannya diberikan kepada Putera Zaquan secara bertubi-tubi tapi setiap gerakan yang dilakukan oleh Farid agak tidak kukuh dan jitu. Mungkin juga disebabkan oleh faktor Farid sedang menyerang dalam keadaan dia marah. Betullah kata orang kemarahan tak boleh bawa apa2 penyelesaian. Satu2 tumbukan yang diberikan oleh Farid hanya ditepis atau dielak oleh Putera Zaquan tanpa jemu.
Ikhwan yang memerhati daripada belakang pula yang terasa jemu dah lah makin kebelakang kedudukan diorang bertumbuk.

  "Zaquan! Aku tak habis study lagi ni! Boleh tak kalau kau hentam je terus mamat tu?!" ujar Ikhwan daripada jauh. Bosan dah tengok perlawanan ulang tayang benda yang sama je. Tumbuk elak tepis. Tumbuk elak tepis. Lepas tu repeat lagi.

Putera Zaquan yang daripada tadi hanya menepis mengelak daripada tumbukan milik Farid terpaksa membalas kembali tumbukan tersebut di perut Farid. Sebaik sahaja Farid tertunduk kerana berasa senak, terus Putera Zaquan memukul belakang kepalanya dan menyebabkan Farid hilang kesedaran.

  "Kemana anakanda pergi?!" soal Raja Ridzuan yang agak marah apabila ada pengawal istana yang melaporkan kepadanya Putera Zaquan hilang daripada istana.

  "Anakanda minta maaf. Anakanda tidak akan mengulangi perbuatan tersebut," ujar Putera Zaquan sambil matanya jatuh menekur lantai. Ayahandanya menggunakan bahasa formal di dalam istana cukup untuk membuktikan bahawa ayahandanya sedang serius. Putera Zaquan tidak berani untuk memandang wajah ayahandanya.

  "Kamu tak jawab soalan! Ke mana kamu pergi?!" soal Raja Ridzuan lagi tidak berpuas hati. Soalannya tidak dijawab lagi oleh Putera Zaquan. Ke mana anaknya pergi?

  "An.. anakanda tidak boleh beritahu ayahanda! Anakanda minta maaf! Hukum sahaja anakanda!" Putera Zaquan terus jatuh melutut. Tidak! Dia tidak akan memberitahu ayahandanya tentang Fathia buat masa ini. Dia tahu keluarganya betul2 marah kerana dia keluar daripada istana secara sembunyi2. Dia tak mahu keluarganya tahu Fathia adalah penyebab dia keluar daripada istana secara sembunyi2. Ia hanya akan memudaratkan Fathia.

  "Kenapa anakanda tidak mahu berterus terang?" suara Raja Ridzuan agak kendur dan wajahnya beriak kecewa dengan tindakan Putera Zaquan yang tidak mahu berterus terang dengannya.

Putera Zaquan membisu.

  "Baik! Kamu akan dihantar ke luar negara secepat yang mungkin. SPM kamu pun dah nak habis," ujar Raja Ridzuan tegas.

  "Tt..tapi!"

  "Ini arahan dan bukan permintaan! Ianya muktamad!" Raja Ridzuan terus mengatur langkahnya keluar daripada ruang kerjanya yang terasa bahang ketika itu walaupun ada 3 buah penghawa dingin di setiap penjuru.

Putera Zaquan yang sedia melutut ketika itu terus merebahkan badannya ke tepi. Dia terasa lemah dan tidak bermaya. Hanya disebabkan dia keluar daripada istana sekali sahaja dan kantoi dia sudah dihukum sebegini.

  'Tapi kalau aku tak terdetik nak jenguk2 keadaan Fathia kemungkinan gadis itu akan diapa-apakan oleh Farid,' monolog hati Putera Zaquan sambil matanya ditancapkan kepada permukaan bumbung ruang kerja ayahandanya.

  "Huhh.. anggaplah ini sebagai satu pengorbanan aku sebab mencintai kepada yang tidak pasti mencintai aku sepenuh hati," lantas air mata yang bertakung sedari tadi mengalir laju jatuh ke pipi. Bibir Putera Zaquan pula setia mengukir senyuman dan tergelak kecil mengenangkan nasibnya.





Be continue...

~RoyalNerd👑~

RoyalNerdWhere stories live. Discover now