RoyalNerd 17

2.5K 229 15
                                    

  "Putera Zaquan..is that u?"

  "Kau pusing jap tengok sapa," bisik Putera Zaquan kepada adiknya sambil menolak sedikit badan Putera Adli.

  "Kita pusing sekali lah..tak ke pelik kalau aku je yang pusing pastu kau tak pusing-pusing. Kang dia syak pelik2 pulak," balas Putera Adli sambil menarik Putera Zaquan agar berpusing sekali dengannya.

  "Ahh..sorry I silap orang. Takkanlah nerd macam tu boleh jadi seorang putera pulak kan?" soal gadis tadi sinis.

  "Dah silap orang pastu hina pulak? Such a nice person," sindir Putera Adli kembali.

  "Kau siapa haa nak sindir2 aku balik?!" ujar gadis itu sebelum mengamati wajah Putera Adli.

  "Ahh.. budak hingusan ni rupanya. Kau lah kan yang pindah daripada sekolah ni sebab terlalu lembik. Kan?" Ucap gadis itu lagi tetapi dengan lebih sinis.

  "Korang dengar sini ehh..korang patutnya hormat dekat aku sebab bila aku dapat tawan hati Putera Zaquan..aku akan jadi permaisuri agong dekat negara ni tau," ujar gadis itu lagi yakin dengan kata-katanya.

  "HAAHAHHHAAH!! Dah lah tu..stop dreaming while u can lady," ujar Putera Zaquan sambil tergelak besar. Big NO lah aku nak kawin dengan perempuan gila macam tu. Senang gila dia nak tahu perangai sebenar disebalik topeng kebaikan diorang tu dengan jadi seorang Nerd. Serentak dengan itu Putera Zaquan dan Putera Adli menyambung perjalanan mereka untuk ke padang.

                           (づ。◕‿‿◕。)づ

Prittt!!! " Habis separuh masa pertama!" ujar pengadil perlawanan tersebut.

Terus Putera Zaquan pergi ke arah ahli kumpulannya yang lain tuju.

  "Bagus Zaquan..kau dah tolong jaringkan 2 gol," puji Abang Syafiq sambil menghulurkan botol air yang sudah dibuka penutupnya kepada Putera Zaquan.

  "Tak adalah nasib je tu," ucap Putera Zaquan malas nak riak. Kang ada yang jadi haters dia kat sini.

  "Maaf..tapi boleh tak kalau aku nak jumpa dengan player ni," ujar pihak lawan yang tiba-tiba sahaja berada di sebelah Putera Zaquan.

  "Ouh..bolehhh. Tapi ada hal apa ye? Kalau pasal game ni janganlah terasa sangat..luck dia je tu dapat masukkan gol," ucap Ikhwan yang daripada tadi memerhatikan Putera yang seorang ini berjalan ke arah mereka.

  "Tak..tak berkaitan pun dengan game ni. Sekejap je aku nak jumpa dia..kira boleh lah ni ye," terus tangan Putera Zaquan disambar agar mengikuti langkahnya ke belakang bangunan sekolah.

Ikhwan yang agak risau kalau-kalau Zaquan diapa-apakan terus bangun untuk mengekori mereka sebelum dihalang oleh Putera Adli. Dia kenal orang tu..dan tak mungkin dia nak apa-apa kan Putera Zaquan.

  "Asal kau pindah sekolah tak bagitahu aku?" terus soalan itu dilemparkan kepada Putera Zaquan sebaik sahaja mereka tiba di belakang sekolah.

  "Ermmm.. surprise?" ujar Putera Zaquan cuba untuk buat lawak bagi menenangkan kawannya yang ini. Silap langkah ni konfirm melayang nyawa.

  "Surprise pala mu!! Kau tau tak disebabkan oleh kau aku boleh mati akal fikir pasal kelab bola sepak tu?!" marah kawannya itu lagi ataupun lebih dikenali sebagai Putera Raid.

  "Alaa..sorry lah. Aku pun tak rancang semua benda ni," ujar Putera Zaquan rasa bersalah sambil tangannya mengusap belakang kepalanya.

  "Benda yang paling aku nak tanya sekarang ini ialah..bila masa pulak kau rabun? Banyak2 cermin mata dekat kedai tu.. asal kau pilih cermin yang paling nerd ni?" soal Putera Raid sambil tangannya lincah merampas cermin mata milik Putera Zaquan yang awal2 lagi disorokkan ke belakang badan.

  "Woi," terkejut Putera Zaquan apabila cermin matanya sudah bertukar tangan.

  "Aku dah agak dah..takde power. Apa sebenarnya dalam otak kau ni pun aku tak tahu lah," ujar Putera Raid sambil menyerahkan kembali cermin mata tersebut. "Dengan gaya rambut budak skema dia," dulu punyalah gelak dekat budak kelas sebelah sebab sikat rambut macam ni. Last2 sekali dia pulak yang buat gaya rambut macam budak tu. Dunia dah nak kiamat apa? Putera paling hot dan diminati ramai puteri ni berlakon jadi nerd? What kind of bullshit is that?

  "Habis? Kau memang takkan pindah sekolah sini balik ke? Kau tak nak jumpa dengan geng2 kita yang lain? Dah lah kita ni payah nak jumpa lepas habis sekolah..semua ada jadual harian masing2," tanya Putera Raid dan tampak di wajahnya perasaan kesal.

  "Lepas habis game ni..aku janji dengan kau lepas habis game ni aku jumpa dengan semua orang," putus Putera Zaquan.

Prittt!!

  "Masa rehat dah habis..jomlah," ajak Putera Zaquan.

  "Tapi aku still tak puas hati dengan kau! Disebabkan kau lah aku kena jadi kapten pasukan kita yang sekarang!!"

  "Apa masalahnya? Kau memang layak kan?" soal Putera Zaquan dalam keadaan berlari anak ke tengah2 padang begitu juga Putera Raid.

  "Banyaklah kau punya layak!" terus bahu Putera Zaquan menjadi mangsa pukulan sahabatnya itu.

                              (づ。◕‿‿◕。)づ

  "Dah ahh!! Memang sah2 lah sekolah kau yang menang kalau kau main," ujar Putera Raid tidak berpuas hati. Walaupun permainan telah tamat 20 minit yang lalu.

  "Move on lah wei.." ujar Putera Zaquan sambil mengeluarkan eye contact nya dan dimasukkan ke dalam bekas khasnya.

  "Cepatlah sikit..kau ni nak tukar penampilan pun dekat berjam-jam," keluh Putera Raid bosan sambil badannya disandarkan ke locker disebelah locker miliknya yang sedang digunakan oleh Putera Zaquan.

  "Kejap lah..sikit je lagi. Kang diorang perasan pulak aku ni si nerd yang menghilang tu,"

  "Diorang tak perasan punya lah..kau dah tukar baju kan. Lain lah kalau kau masih lagi pakai baju jersi tu," ujar Putera Raid bosan.

  "Yelah2," terus Putera Zaquan menapak keluar daripada bilik persalinan kelab itu untuk menuju ke arah kelas rakan-rakannya yang lain. Belum sempat Putera Zaquan melangkah lebih jauh..mereka sudah mendengar jeritan2 histeria gadis2 yang sudah lali di pendengaran Putera Zaquan.
Ya..ini adalah perkara biasa yang dilaluinya setiap kali dia pergi ke sekolah dahulu. Walau bagaimanapun gadis2 tersebut akan memberikan laluan kepada Putera Zaquan dan Putera Raid untuk melepasi mereka.

  "Putera Zaquan kan tu? Wei.. nampak hot gila dengan baju kasual dia tu," ujar salah seorang gadis disitu sambil acah2 mahu pengsan.

  "Putera Raid pun hensem apa!"

  "Mana geng diorang yang lain? Kalau diorang sekali ni..mahu pengsan aku!"

  "Putera Zaquan!!! Arhhh!!!"

Satu je perkataan untuk diorang semua ni.. menakutkan.

Ikhwan dan pemain2 yang lain yang masih berada di padang memandang koridor tingkat 2 sekolah mereka yang agak riuh ketika itu. Putera Adli yang turut memandang ke arah yang sama dengan mereka mula tersenyum senget.

  "Aku gerak dulu..pape roger," terus Putera Adli menghilang disebalik bangunan2 tinggi sekolah ini.

  "Tak sempat nak buat apa.." abang Syafiq mengeluh. Terpaksa lah mereka membuang masa dulu lama2 di sekolah ini. Tak palah..boleh mereka buat lawatan sambil belajar dekat sini. Tapi sapa yang nak jadi tourist guide diorang ni. Kalau sekolah ni kecik tak kalut..

  "Ada apa2 yang saya boleh bantu?" Soal Puteri Aliesha berbasa-basi sedangkan niatnya adalah untuk bertemu dengan abangnya. Serentak semua pelajar disitu memandangnya dengan mata yang bersinar.

  "Eerrr.."

Be continue..

                              ~RoyalNerd👑~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nak merajuk sebab korang dh x vote n komen mcm selalu🤧

Bosan ahh nk sambung citer mcm ni

Better unpublished je citer ni

Bole dah kut buang drpd library korang tu😭🤧

RoyalNerdWhere stories live. Discover now