RoyalNerd 01

7.7K 301 13
                                    

  "Abang dah fikir masak2 ke dengan apa yang abang tengah rancang ni?" soal seorang gadis yang berpakaian kasual dan bermata kelabu cair sambil cuba menyaingi langkah abangnya disepanjang koridor istana.
 
  "Why not? abang dah fikir sehabis masak dah ni..tinggal hangit je lagi ni haa," ujar seorang lelaki yang agak tinggi sedikit daripada perempuan yang cuba menyaingi pergerakkannya di sebelah. Oky..bukan tinggi sikit, tinggi banyak sikit sebab ketinggian perempuan tersebut hanyalah paras dada lelaki tersebut sahaja.

  "Dah bagitahu dekat bonda dengan ayahanda belum perkara ni?" soal gadis itu lagi apabila abangnya seperti tidak mengendahkan cadangannya sebelum ini untuk tidak meneruskan niatnya yang gila itu.

Mahu tak gila..nak berlakon jadi budak nerd semata-mata nak cari future crown princess..tak lawak, langsung tak lawak big bro. Dah la suka naik angin tak tentu pasal, kang ada gangster tahik kucing yang 'ter'pukul budak baru n nerd yang sorang ni kat sekolah tu..tak pasal2 pulak penuh penjara bawah tanah ni dengan budak bawah umur yang acah2 gangster kat sekolah.

  "Dah..pergi lah sana jangan sibuk hal orang besar kat sini," halau si abang ataupun nama sebenarnya Zaquan Ieqram..Putera Mahkota Zaquan Ieqram ataupun lebih dikenali sebagai Putera Zack.

  "Ehh..cakap biar elok sikit kita ni kembar tau. Kalau beza pun cuma 9 minit je tau daripada abang,"ujar si gadis sambil mengangkat jari telunjuknya dan dibulat-bulatkan ke arah muka abangnya. Matanya disepetkan sedikit tanda tidak puas hati dengan penyataan tersebut.

  "Fine..but  adik tak boleh menyampuk bila abang tengah bercakap dengan ayahanda," ujar Putera Zack kepada adiknya ataupun dikenali sebagai Puteri Aliesha Humairah. Kata sepakat telah dimeterai apabila si adik hanya mengangguk dan masuk ke ruang kerja si Raja iaitu ayahanda mereka Raja Ridzuan Shah.

  "Ada urusan apa ni tiba2 je nak jumpa ayahanda, selalunya jarang betul nak tengok muka si Zack ni dekat dalam istana," ujar si raja sambil memandang 2 anaknya yang berada di depan mata. Mana taknya nak nampak dekat dalam istana..asyik curi2 keluar je daripada istana. Bukannya tak tahu tapi buat2 tak tahu. Malas nak besarkan masalah yang tak berapa nak besar tu. Biasalah tu nak kebebasan..young  blood  lah orang putih kata, semuanya sebab dia pun pernah buat masa muda2 dulu.

  "Abang ni haa, dia nak buat kerja gila," ujar Puteri Aliesha sambil berjalan ke arah ayahanda mereka dengan sedikit laju kerana takut akan diluku oleh abangnya. Bukan tak kenal dengan kembarnya yang satu tu kacau sikit je pun..dah melenting tak tentu pasal.

Tapi yang peliknya sekarang ni ialah..abang Zack hanya melihat ke arahnya sambil membuat reaksi pelik terhadap gelagat si adik yang tiba2 sahaja berlari menjauhinya. Tangannya menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Mulutnya ternganga sedikit. Terus meletus gelak ketawa daripada ayahandanya yang hanya memandang gelagat 2 beradik tersebut.

  "Apa yang abang cuba buktikan sekarang ni ialah..abang adik yang hensem n segak ni..pandai berlakon," ujar Putera Zack yang tiba2 sahaja tersenyum menang kerana lakonannya dapat memperdaya adiknya apabila adiknya pula yang risau dengan tindak balas yang diberi.

  "Apa maksud abang ni..abang sihat ke tak? Kenapa tiba2 ja abang jadi macam nerd je tadi?" Puteri Aliesha terus menghujankan keatas abangnya pelbagai soalan apabila dia merasakan bahawa dihadapannya kini bukanlah abangnya.

  "Itulah yang abang nak buktikan..abang boleh berlakon jadi nerd dan jalankan misi abang tu," ujar Putera Zack sambil mengenyit sebelah matanya ke arah Puteri Aliesha.

  "Ayahanda tak faham apa2 pun yang kamu berdua tengah bincangkan..apa yang kamu tengah cuba sampaikan ni Zack?" soal si Raja yang mula keliru dengan tingkah anak-anaknya.

  "Macam ni ayahanda..," Zack pun menceritakan daripada A hingga lah ke Z akan misinya untuk mencari bakal puteri mahkota yang betul2 layak untuk mendampinginya. Zack benar2 tekad dengan keputusannya bahawa dia akan mencari gadis yang betul2 mencintainya disebabkan oleh dirinya sendiri dan bukan kerana susur galur dirajanya.

                              (づ。◕‿‿◕。)づ

  "So.. Raja Ridzuan benarkan ke kau buat kerja gila tu?" soal rakan baiknya merangkap kepada anak bendahara diraja negara tersebut.

  "Of course  lah ayahanda aku kasi..ni Zack lahh tengok buku lali aku dulu lah sebelum berkata-kata," ujar Putera Zack sambil menayangkan kakinya yang sedang diangkat sedikit kepada rakan baiknya.

  "Apa kaitan dengan buku lali kau tu pulak?"

  "Tak ada apa2 kaitan pun saja nak buat perumpamaan," ujar Putera Zack lagi sambil berjalan ke arah luar istana tapi masih lagi tidak melepasi kawasan pagar istana.

  "Apa2 je lah kau ni ..yang pastinya kau memang nak pergi dekat sekolah aku tu ke?"  soal rakan baiknya lagi atau lebih dikenali sebagai Nik Mikhael.

  "Ha'ah, aku nak cuba nasib jadi budak nerd dekat sekolah kau tu," ujar Putera Zack dengan segaris senyuman di wajahnya.

  "Aku memang tak boleh nak kata apa2 dah dekat kau ni,degil. Aku dah bagitahu awal2 ehh semua budak nerd yang pernah pindah masuk sekolah aku tu..semua pindah lepas sebulan je tau duduk kat sekolah tu," ujar Nik. Kadang dia pun naik hairan, tak ada angin tak ada ribut tiba2 je diorang pindah.

  "Maybe kes buli?" teka Putera Zack sambil jarinya di letakkan di dagu dan pandangannya di naikkan ke atas.

  "Siapa yang berani buli rakyat yang tak bersalah hanya kerana mereka nerd memang tidak boleh dimaafkan!" Tiba2 sahaja si Zack ni berkobar-kobar ingin menyelesaikan masalah manusia yang berkuasa terus berada di atas dan yang lemah terus dipijak-pijak tanpa belas kasihan.

But  yaa siapa yang tak tahu akan kemahiran Putera Zack berlawan walaupun dengan tangan kosong. Beliau pernah mengetuai peperangan ketika berumur 15 tahun kut. Tapi tidak dinafikan bahawa tak ramai yang tahu akan perkara tu sebab peperangan dapat dihalang oleh Putera Zack maka tiada satu pun korban jiwa dan kemusnahan infrastruktur yang berlaku.

Tapi mampu ke Putera Zack nak hadapi sekolah biasa yang tentu tentunya tiada orang akan menghormatinya sebagaimana ketika dia belajar bersama kerabat diraja yang lain? Malahan mereka tidak akan tahu pun bahawa beliau adalah seorang putera raja. Bakal pemerintah negara ini setelah Raja Ridzuan Shah.

Be continue...

                             ~RoyalNerd👑~

RoyalNerdWhere stories live. Discover now