"Korang punya pasal la ni! Arin, kau yang beriya heret aku lepak library, kan?" aku memarahi Arin dengan nada berbisik.

"Kau Sofea tak payah nak gelak! Dah elok kau duduk depan aku tadi, yang pergi tukar tempat kenapa?" Sofea yang masih ketawa bahagia di tempatnya aku marah juga.

"Alah....aku tukar tempat je. Ikut kau la nak tengok orang depan ke tak. Tak nak tengok sudah! Nak tengok, silakan! Aku dah bagi ruang sebesar alam ni." Sofea ikut mengusik dan aku hanya mampu pasrah.

Pasrah dapat kawan sengal macam ni!

15 minit pertama, mata aku masih fokus pada assignment. Masuk minit ke-16, aku mula menyampah nak sambung buat. Mata pun dah makin mengantuk. Biasa lah, aura library memang begini. Sofea dan Arin pula sudah senyap selepas diberi amaran oleh penjaga library akibat ketawa tak ingat dunia.

Aku mengurut tengkuk sambil bersandar pada kerusi mahu mengurangkan rasa lenguh. Spontan, mata melekat pada orang yang duduk di meja hadapan. Siapa lagi kalau bukan Fyraz?

Entah mengapa, mata rasa tertarik untuk merenungnya lama. Tangannya yang memegang pen dipusing pusing membuat heli spin. Mata masih fokus pada buku di atas meja. Sesekali aku perasan bibirnya melepaskan keluhan. Sebelah lagi tangannya membuka cap Adidas yang dipakai secara terbalik kemudian menguak rambutnya yang menutupi sebahagian dahinya ke belakang.

Perlakuannya...membuatkan aku terpegun melihat wajah kacak itu.

Oh damn, apa aku buat ni?!

Tersedar dari tindakan sendiri yang melampau lampau merenung Fyraz, capat cepat aku tumpukan semula perhatian pada timbunan buku di atas meja.

"Kau renung apa tadi?" Arin menyoal dengan kening terangkat sambil bibir menyimpul senyum nakal. Sah, kantoi!

"Sya tenung Fyraz ek?" Sofea ikut membahan apabila mendengar soalan Arin yang ditujukan pada aku tadi.

"Senyaplah korang!" aku memarahi mereka. Jawab lebih lebih, lagi kena bahan. Arin dan Sofea hanya tersengih bak kerang busuk.

Aku cuba untuk hanya fokus pada assignment, tapi nampaknya tak mampu. Kepala rasa mahu terangkat untuk melihat Fyraz lagi. Akhirnya aku hanya mencuri curi pandang ke arahnya. Namun setelah kali ke berapa aku mencuri pandang, mata kelabunya sempat menangkap perbuatan tak berasas aku itu. Tapi aku pula terus terusan membalas pandangan matanya. Sepertinya...kami sama sama lemas dalam renungan mata masing masing.

Akhirnya renungan aku pada Fyraz mati apabila dia dan rakan rakannya mula bangun dari duduk. Cepat cepat aku berpura pura mengambil telefon di dalam beg.

Semasa mereka berjalan melintasi tempat dudukku, aku perasan ada satu gumpalan kertas yang dicampak betul betul di hadapan aku. Ini, tak sengaja atau apa?

Sebaik saja mereka keluar dari pintu library, aku mengambil kertas tersebut lalu aku buka.

Nak I mintak sesiapa ajarkan you macam mana nak usha orang without being sooooo obvious? Ke you nak I yang ajarkan?

-Fyraz yang dirindui Arisya-

Dush dush! Automatik darah terasa menyerbu ke seluruh muka. Ambik kau, Sya! Yang gatal sangat pergi usha Fyraz tu kenapa? Sengaja dia tambahkan huruf 'o' melebih lebih pada perkataan 'so' untuk menunjukkan kegiatan aku itu mudah saja dapat dihidunya. Mujur Arin atau Sofea tak perasan soal kertas ini. Tak mahu aku kena bahan seumur hidup dengan diaorang!

~~~

Hari ini, bukan coklat atau sticky note yang ditinggalkan. Tapi satu helai kertas mahjong dibentang di atas meja aku.

BENEFITS FOR BEING FRIEND WITH ME;
1- I hensem
2- I ni bijak orangnya
3- I cute
4- I pandai berlawan

5- Last but not least, I'll keep all my promises to you. I swear : )

-D...E-

Spontan, bibir mengukir senyuman melihat apa yang ditulisnya. Rakan rakan sekelasku juga ada yang tersiul siul mengusik.

"Untung la Sya, muka lawa ramai minat..." gurauan Bad disambut tawa nakal mereka yang lain.

"Alaa...aku baru berangan dia tinggalkan toblerone hari ni." kata kata Arin dibalas dengan anggukan Sofea.

"Dia fed up kot bagi coklat sebab korang yang habiskan."

Arin mencebikkan bibirnya.

"Berkira la Drake ni!"

Dan aku terkedu mendengar nama yang disebut Arin.

"Apa kau cakap?"

"Yela. Dia kan tak reveal nama dia.  Jadi aku dengan Sofea gelarkan dia Drake. Bernas, kan? Sekurang-kurangnya ada la nama nak panggil"

Ya, Arin. Memang bernas. Baru aku terfikir kemungkinan itu. Drake...nama panggilan dia. Dia yang aku kenal sebagai Fyraz Danial.







Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now