Bab 8 - Hari Konfius Bella

17 2 0
                                    

Harini Bella datang ke sekolah, dengan muka masam cuka.

"Eh hai Bella! Macam mana harini? Feeling better?" tanya Zhaheen, mesra.

"Hmm,"

Mal perasan yang Bella sengaja lalu depan dia, tapi dia buat tak endah.

Memandangkan Zhaheen terlibat dengan urusan KOT, maka ini peluang terbaik untuk Bella tanya sendiri Mal.

"Mal, why are you avoiding me?" tanya Bella, macam ada nada marah juga, eh marah ke, macam merajuk, entahlah, perempuan complicated.

"Tak, saya mana ada avoid,"

"Dah tu, kenapa awak tak datang tengok saya kat hospital? Saya mesej pun awak main-main,"

"Awak siapa?"

"Bella lah!"

"Apa kaitan awak dengan saya?"

"Kita kawan kan? Dah tu awak anggap saya apa? Stranger?"

"See, kita kawan kan? Lainlah Zhaheen, dia boyfriend awak,"

"What? Apa benda ni?"

Mal bangun dan keluar kelas.

"Mal, saya rasa ada salah faham ni," jerit Bella.

Namun Mal, macam tu lah dia, tak endahkan apa yang Bella nak terangkan.

---

"Zhaheen, apa ni?" tengking Bella pada Zhaheen, depan semua orang kat padang. Semua pandang mereka berdua.

"Wait, wait, kenapa ni?"

"Kita kena bercakap,"

Zhaheen mengajak Bella duduk di pondok yang terdapat di padang.

"Why did you lie to Mal?"

"Lie? Saya tipu apa?"

"Heh, buat tak faham lagi dia ni,"

"Jap, kenapa dengan awak ni? Haritu awak marah saya panggil sayang, sekarang ni awak marah saya, yang saya tak tahu pun apa yang berlaku. Seriously, I know nothing,"

"Kenapa awak cakap kat Mal saya ni girlfriend awak?"

"Eh, baik saya tanya awak, kenapa awak cakap kat saya yang awak suka saya? Siap tulis surat bagai,"

Muka Bella berubah menjadi bentuk emoji curious.

"Apa ni? Bila masa saya kata saya suka kat awak? Surat apa pulak ni?"

Giliran Zhaheen pulak buat emoji mengantuk.

"Dah tu, surat apa pulak yang ada dalam laci saya haritu?"

"Maksud awak, awak dapat surat yang saya tulis?"

"Yup,"

"Okay now, to clear this, saya tak pernah tulis apa-apa surat pada sesiapa beberapa harini, even sebelum saya admit to hospital lagi. Saya tak tahu apa isi surat tu, tapi kalau dalam surat tu, saya kata saya suka awak, it's fake, saya tak pernah minat kat awak,"

Bayangkan pasu bunga mak-mak anda yang diperbuat daripada kaca, dipecahkan, bagaimana rupanya? Tak perlu dijawab, begitulah hati Zhaheen selepas mendengar pengakuan Bella.

"Awak tahu tak saya datang hospital haritu sebab surat tu? Dalam surat tu awak siap confess yang awak suka saya,"

"Awak maksudkan orang tu, bukan saya kan?"

"Yaa,"

"Show me the letter,"

Zhaheen berlari balik ke kelas untuk mengambil surat yang dimaksudkan dan memberikan kepada Bella.

Papan PutihWhere stories live. Discover now