Bab 2 - Mal Mengorat Kakak Pengawas

70 4 6
                                    

Bunyi loceng keramat jam 10 pagi merupakan masa yang paling disukai oleh budak-budak menengah atas. Masa untuk mereka mencuci otak untuk pembelajaran selepas rehat dengan makanan-makanan yang lazat dan enak daripada mak cik kantin.

Mal dan gengnya terus sahaja ke kantin selepas bunyi loceng itu. Selepas beratur untuk membeli makanan yang sangat lama dan budaya tolak-menolak sekolah rendah yang masih ada, mereka duduk di meja yang dianggap meja otai kerana berada di tengah-tengah kantin. Al-maklumlah, kipas di atas kepala. Tapi, semua sudah ada di meja kecuali Nazrin.

"Apahal pulak budak ni duduk kat meja budak perempuan tu?" Zhaheen sudah agak mesti Si Nazrin ni mengorat senior Tingkatan 5 tu lagi.

"Ala kau tahu je la Nazrin, tak habis-habis dengan akak pengawas dia tu." Mal pun dah tahu minat Nazrin yang begitu tinggi dekat akak pengawas tu.

Selepas beberapa minit, Nazrin kembali ke meja.

"Yes, aku dah dapat nombor dia!"

"Jadi?" Mal buat muka tak kisah.

"Jadi, kau sorang je la yang tak ada awek kan?"

"Jadi?"

"Jadi, kiranya aku lagi famouslah dari kau!"

"Kalau setakat famous tapi mengorat akak pengawas buat apa. Kalau nak spare buat cable boleh datang lambat, aku pun boleh buat." Zhaheen dah mula membela Mal.

Tiba-tiba mentol Thomas Edison muncul di sebelah kepala otak Nazrin.

"Korang tau tak ada port karaoke baru dekat atas 7E tu?" Nazrin buat-buat tanya.

"Tahu, kenapa?"

"Nak tak malam ni aku payung korang semua kat situ?"

Mal buat muka pelik. Eh, jadi pemurah pulak budak Nazrin n? Setahu dia, selama ni Nazrin ni kaya duit je, tak kaya sifat mahmudah!

"Kalau kau dah demam macam ni hari ni, buat baik pulak, kitorang apa salahnya untuk terima kan? Aku join!" Zhaheen dah teruja sangat tu.

"Tapi, dengan syarat, Mal, kau pergi mengorat akak pengawas tu."

"Eh, kau dah kenapa? Kau kata tu dah jadi awek kau? Kenapa kau nak bagi aku pulak?"

"Sebab aku sebenarnya tak suka dia sangat. Aku sebenarnya saja je nak kenakan dia. Amacam? Kau jadi tak? Tapi kau kena buat sampai dia nak la kat kau."

"Eh, aku malaslah. Lagipun dia tak cantik pun. Macam kerek je"

"Kalau kau tak nak, melepaslah karaoke malam ni."

Tiba-tiba Zhaheen buat muka TikTok dengan harapan memujuk Mal membuat apa yang disuruh oleh Nazrin.

"Hek eleh. Ni senang je, lepas kau dapat, kau dump je lah!" Zhaheen memberi cadangan.

"Hmm, okey kalau macam tu, aku buat, tapi dengan syarat, kau bagi aku pinjam PS4 kau 4 hari." Itu syarat yang Mal letak.

"Alah, biasa je tu. Dah, okey okey, kau buat sampai jadi." Muka Nazrin memang meminta dilempang. Mesti ada muslihat dia ni.

Mal bangun dengan hati yang berdebar. Walaupun mendapat gelaran "Raja Ngorat" di SMKR, dia tetap tak yakin dengan kebolehan dia sebab bagi dia, kakak pengawas tu cantik sangat (dia cakap kakak pengawas tu tak cantik, eh?).

"Hai" Pendek Mal mulakan perbualan.

Tiba-tiba muka kakak pengawas tu daripada tersenyum gelak ketawa berubah menjadi muka yang prejudis gila, tengok Mal macam Mal ni perogol berisi, maaf, perogol bersiri.

Papan PutihWhere stories live. Discover now