Bab 39 (FINALE~) [EDIT]

1.3K 59 5
                                    

Votelah duluuu 😉💫

Setelah sekian lama tidak melihat dunia, akhirnya Iman membuka mata. Aliya terkejut dan memanjatkan rasa syukur. Aliya keluar untuk memanggil Ariff.

"Awak! Iman dah bangun!"

Ariff bergegas meletakkan telefon dan masuk ke dalam untuk melihat Iman.

"Iman, kakak ni."

Iman hanya tersenyum lemah. Tangan Iman cuba untuk menggenggam tangan Aliya.

"Ya, Iman. Kakak kat sini. Kakak takkan tinggalkan Iman lagi."

"Iman, cepat sihat tau. Abang dah siapkan bilik untuk Iman. Nanti Iman boleh balik rehat dengan selesa kat rumah."

Iman hanya tersenyum. Aliya terlalu gembira sehingga mengalirkan air mata. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana bahagia dirinya ketika ini.

...

Seminggu kemudian...

Majlis doa kesyukuran diadakan di rumah Harris bagi meraikan Umar dan mendoakan kesihatan Iman. Iman boleh pulang ke rumah kerana dia menunjukkan peningkatan yang positif.

Ariff ternampak Aliya sedang termenung di balkoni. Ariff menuju ke arahnya.

"Awak! Kenapa termenung kat sini sorang-sorang? Tak baik tau fikirkan orang lain. Awak kan dah ada saya."

Aliya hanya tersenyum. Tahu niat Ariff hanya sekadar bergurau. Tangan Ariff dicapai kemudian dikucup. Mata mereka bertembung.

"Awak, terima kasih sebab ada masa senang susah saya. Kalau bukan sebab awak, saya mungkin takkan dapat lalui semua ini sorang-sorang."

"Tanggungjawab saya sebagai seorang suami untuk sentiasa membahagiakan awak. Antara nikmat yang terindah di atas dunia bagi seorang lelaki adalah apabila dikurniakan seorang isteri yang solehah. Dan awak bantu saya untuk kecapi nikmat itu. Berdosa bagi saya untuk sakiti awak sedangkan seorang lelaki tugasnya untuk menjadi pelindung seorang wanita."

"Terima kasih, awak."

Aliya memeluk Ariff. Berterima kasih kepada Allah yang telah menemukan dirinya dengan lelaki sebaik Ariff. Lelaki yang mampu menjadi pelindung baginya.

Pelukan dileraikan. Ada sesuatu yang bermain di fikiran Aliya.

"Awak, kenapa dan macam mana awak boleh sukakan saya? Saya bukannye ada apa-apa pun."

Ariff tersenyum.

"Saya tak perlukan sebab untuk sukakan seseorang. Rasa suka tu Allah yang kirimkan. Saya hanya jaga perasaan ni supaya kekal untuk seseorang yang layak. Awak seorang yang cekal, Aliya. Saya kagum tengok awak bertarung demi kehidupan awak. Tak semua orang mampu untuk buat hal yang sama termasuk saya. Jadi, itu cukup kan sebagai alasan?"

Aliya hanya mengukirkan senyuman selepas mendengar jawapan Ariff yang terlalu ikhlas itu.

"Cukup. Lebih dari cukup. Terima kasih sebab terima saya seadanya."

...

"Amar! Hakim! Janganlah kacau Umar tu. Umar tengah tidur kan tu."

"Alah ibu. Hakim suka bau Umar. Bau Umar wangi."

Farhah risau akan Umar kerana asyik sahaja diganggu oleh Amar dan Hakim. Dalam pada itu, bau bayi merupakan salah satu wangian di syurga. Beruntunglah sesiapa yang mempunyai bayi di dalam rumahnya kerana dapat mencium wanginya syurga.

"Biarlah akak. Bukan selalu pun mereka dapat main dengan Umar. Adik pun jarang balik sini sejak Syamim ada banyak projek."

"Hrm, yelah. Oh ya! Tadi Hilmi kata nak jumpa adik kat belakang. Ada sesuatu katanya."

Muka Zara berubah hairan.

"Okay! Zara pergi sekarang. Akak tolong tengok-tengokkan Umar eh?"

Sebaik sahaja tiba di laman belakang, Zara melihat banyak aiskrim Malaysia di dalam kotak ais. Itulah asikrim kegemarannya!

"Surprise, adik!"

Harris dan Hilmi muncul mengejut. Zara terharu dengan kejutan yang Harris dan Hilmi sediakan.

"Terima kasih, abang kembar kesayangan adik ni!!!"

Zara memeluk mereka berdua. Harris dan Hilmi pula hanya membalas pelukan itu.

"Adik, abang Harris nak minta maaf sebab abang ada buat adik sakit hati dengan abang. Buat adik marah abang. Maaf juga sebab abang tak jadi abang yang baik untuk adik."

"Abang Hilmi pun nak minta maaf. Maaf sebab pernah simpan dendam yang tak sepatutnya. Maaf sebab tak mampu jadi abang yang baik untuk adik."

Zara hanya tersenyum. Dia dapat merasakan keikhlasan Harris dan Hilmi.

"Adik maafkan semua salah abang harris dengan abang Hilmi. Cuma, adik nak abang tahu yang abang kembar adik ni is the best brother in the universe! So, no need to say sorry about that. Adik nak ucap terima kasih sebab selalu ada bila adik perlukan abang. Jaga adik sampai adik dah boleh ada kehidupan sendiri."

Kata-kata terima kasih tidak cukup untuk menggambarkan betapa besarnya jasa Harris dan Hilmi dalam hidup Zara. Ketika Zara merasakan kehilangan yang tak terkata, Hilmi berada di sisinya.

Ketika dirinya terlalu lemah untuk meneruskan kehidupan, Harris sentiasa membantunya untuk bangkit. Dari kecil sampai sudah anak, Harris dan Hilmi lah yang banyak memberi sokongan supaya Zara tetap teruskan kehidupan.

Semoga Allah sentiasa merahmati abang-abang ku. Aamiin.

...

Syamim dan Zara menunaikan solat malam setelah menidurkan Umar daripada terjaga. Biasalah bayi merengek di pagi-pagi buta. Syamim dan Zara tidak berasa keberatan kerana Umar seperti jam loceng untuk mereka terjaga setiap malam untuk menunaikan solat malam.

Setelah selesai melakukan solat sunat tahajjud, Syamim ingin berkata sesuatu kepada Zara.

"Sayang, abang nak ucap terima kasih sebab sayang sanggup buat semua ni untuk abang."

"Semua ni? Maksud abang?"

Wajah bingung Zara membuatkan Syamim tertawa.

"Semua ni. Sayang sanggup berhenti kerja untuk jaga makan pakai abang sedangkan abang tahu rasa suka sayang pada dunia perniagaan ni begitu besar. Sayang sudi untuk melahirkan zuriat kita. Sayang jaga Umar dan abang. Tak kurang sikit pun. Terima kasih untuk semua itu."

"Abang, itu tanggungjawab Zara sebagai seorang isteri. Abang tak perlu ucap terima kasih. Gagal lah Zara sebagai isteri abang kalau tak mampu memberikan semua itu dalam kadar yang terbaik. Gagal lah Zara sebagai seorang ibu jika Zara tidak mampu berkorban demi kesenangan anak-anak. Abang dah balas semua tu dengan jadi pelindung Zara dan Umar. Dengan menjadi seorang suami dan ayah yang hebat untuk Zara dan Umar. Zara cuma nak abang saja yang menjadi pelindung Zara sampai ke syurga."

Zara memeluk Syamim dengan erat. Dalam diam, dirinya memanjatkan rasa syukur kerana telah dikurniakan pelindung yang terbaik di dunia. Setiap kesulitan kehidupan pasti akan muncul pelangi seusai sahaja kesulitan itu habis. Allah turunkan dugaan di dalam kehidupan seseorang adalah untuk membina jati dirinya. Dugaan yang Allah berikan itu sebagai tanda Dia rindu untuk mendengar rintihan kita. Rindu untuk kita bersujud kepadanya.

Jadi, setiap apa yang Allah berikan itu sebenarnya nikmat yang perlu kita hargai kerana tidak semua orang sedar akan kenikmatan itu. Nikmat yang terindah jika Allah membenarkan kita masih bernafas di atas muka buminya. Bersyukurlah kita jika diberikan pasangan yang mampu menjadi pelindung terbaik untuk kita.

Ya Allah, Kau berikan aku seorang pelindung yang tidak terkata kesetiaannya. Kau berikan aku izin untuk merasakan rasa dilindungi oleh pelindung kiriman-Mu. kau kukuhkanlah hubungan kami supaya hubungan ini boleh menjadi saksi ibadah-ibadah kami di akhirat kelak. Aamiin.

-TAMAT-

XXX

"Cinta itu tidak pernah salah dan terlalu suci untuk dikotorkan. Sekali jatuh cinta, jagalah perasaan itu sebaik mungkin. Jangan cemarkan cinta itu dengan perkara yang tak sepatutnya. Mekarkan cinta itu dengan menjadikan diri lebih dekat lepada Allah."

-💜miszhann-

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora