Bab 11 [EDIT]

632 58 0
                                    

Votelah duluuu😉💫.

Pada hari pernikahan Zara, Ariff tidak kelihatan. Zara masih rasa sedih tentang perkara itu. Dia merasakan bahawa dirinya tidak penting dalam hidup Ariff. Padahal, Ariff orang pertama yang tahu tentang keputusannya ini. Rasa kesal itu Zara bukukan dalam hati demi menjaga perasaan suaminya.

Pagi ini Zara menyediakan sarapan yang khas untuk sang suami. Syamim turun daripada anak tangga. Dia mencari kelibat isterinya.

Zara sedang membancuh air di dapur. Melihat Zara yang sedang asyik membancuh air, idea nakal Syamim muncul. Syamim mendekati Zara kemudian merangkul pinggang Zara dari belakang.

"Good morning, sweetheart." bisik Syamim di sebelah telinga Zara lalu mencium bahunya.

Zara terkejut dengan perbuatan Syamim.

"Hish, abang ni! Terkejut Zara tahu tak. Kalau macam ni setiap hari, mahu jantung Zara tercabut."

"Marah ke?"

Syamim menyoal itu apabila Zara menunjukkan riak wajah yang kurang senang. Selepas itu, Zara kembali menanyangkan senyuman yang manis.

"Mana adalah. Jom makan lepastu pergi kerja."

Mereka menuju ke meja makan. Mereka sarapan pagi bersama-sama kemudian berangkat ke pejabat. Entah kenapa hari ini Zara tidak sabar hendak ke pejabat. Mungkin dia teruja untuk berjumpa dengan abang-abangnya. Sejak berpindah, Zara lebihkan masanya bersama Syamim. Pengantin barulah katakan.

***

Zara menjejakkan kaki masuk ke dalam bilik kerjanya. Rindunya pada bilik ini. Lama sudah tidak menjejakkan kaki ke bilik ini. Zara memanggil Farah melalui mesin intercom.

"Ya cik puan. Ada apa yang boleh saya bantu?"

"Jadual saya hari ini?"

"Hari ini cik puan ada appointment dengan Tan Sri Ibrahim pukul 9 pagi di pejabatnya. Lepastu pukul 12 cik puan kena jumpa Dato' Jamri untuk bincangkan pasal projek dekat Pulau Pinang tu. And then, cik puan ada lunch dengan Tuan muda Hilmi. Yang lain cik muda free."

Zara hanya tersenyum. Jelas terpampang wajah gembiranya apabila dia dapat berjumpa dengan abangnya.

Panggilan yang ditukar untuk menggelar Zara setelah bernikah mengambil masa yang cepat untuk para pekerja biasakan diri. Status dirinya yang dahulu menyebabkan kebiasaan itu.

"Amboi cik puan. Sejak cik puan kawin ni, berseri-seri saja saya tengok cik puan." usik Farah.

"Ish! Mana adalah Farah. Kamu ni ada-ada je. Dah lah, kamu boleh keluar."

Farah hanya akur. Zara kembali melihat kerjanya yang tertangguh.

Banyak juga kerja yang aku tak siap lagi.

Belum sempat dia membuka fail-failnya,ketukan pintu didengarinya. Setelah diberi arahan masuk, ternyata Asyraf.

"Asyraf! Dah lama saya tak nampak awak. Awak sihat? Kak Siti dengan anak-anak sihat?"

"Alhamdulillah semua sihat, cik puan. Cik puan makin berseri-seri saya tengok lepas kawin ni."

"Tak ada lah. Oh ya, nanti awak temankan saya pergi jumpa klien ya."

"Baik cik puan."

Baru masuk kerja, sudah banyak perkara yang perlu dilakukan. Letih! Penat! Lelah! Zara melihat ke arah bilik kerja Syamim. Zara hanya tersenyum apabila melihat Syamim tekun melakukan kerjanya. Syamim seorang yang professional dalam pekerjaan. Dia tahu membezakan hal peribadi dan hal kerja. Zara kembali melihat fail-fail yang ditinggalkan di atas mejanya.

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now