Bab 28 [EDIT]

435 40 0
                                    

Votelah duluuuu😉💫

"Assalamualaikum."

Pintu dibuka. Ariff tersenyum dan tersentak dengan gerangan yang membuka pintu itu. Aliya pula membulat matanya. Dengan tak pakai tudungnya. Kelam kabut Aliya tutup pintu dan mengambil tudungnya di dalam bilik. Lalu, pintu kembali dibuka.

"Ya? Ariff datang sini kenapa? Cari Iman, ye? Iman tak de, dia pergi kerja."

"Ya, Ariff tahu Iman ada kat tempat kerja. Kalau nak jumpa Iman, takdelah Ariff datang sini. Ariff datang nak jumpa Liya."

Aliya hairan.

Kenapa nak jumpa aku?

"Kita duduk kat depan, ya."

Ariff hanya menurut. Ariff mengerti. Takkan lah mereka hendak duduk berdua di dalam rumah. Tak pasal-pasal nanti kena kahwin free.

Aliya agak tidak selesa. Ini kali pertama dirinya berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram.

"Aliya tak selesa ke Ariff datang jumpa Aliya?"

Aliya terkedu. Jelas sangat ke?

"Eh, tak lah! Erm, sebenarnya, ni first time Aliya berdua je dengan lelaki yang Aliya tak kenal."

Kenyataan Aliya itu mengguris perasaannya.

Tidak kenal?

Tapi Ariff cuba mengawal riak wajahnya. Sebenarnya, Ariff juga tidak tahu kenapa dirinya mendesak untuk datang ke sini. Hatinya menuntut untuk bertemu dengan Aliya setelah sekian lama. Wajah Aliya ditatap lama. Bahagia dirinya melihat Aliya yang sudah sembuh sepenuhnya.

Dalam pada itu, Aliya pula tidak selesa apabila Ariff memerhatikan dirinya sebegitu. Janggal rasanya.

"Ariff ? Kenapa Ariff pandang Aliya macam tu? Aliya ada buat salah ke?"

Ariff tersedar daripada lamunannya. Rasa malu dan bersalah sebab memerhatikan anak dara orang sebegitu.

"Erm, sebenarnya Ariff datang ni sebab nak pastikan keadaan Aliya. Lagipun, dah lama kan kita tak jumpa."

Aliya tidak menjawab. Ariff pun hanya mendiamkan diri. Lebih sepuluh minit mereka berdiam diri. Akhirnya, Ariff menghembus nafas berat.

"Ariff ni memang stranger ke dalam hidup Liya? Sampai Liya tak nak cakap dengan Ariff."

Dang!!! Rasa seperti pipinya sedang ditampar. Aliya baru tersedar bahawa Ariff rupa-rupanya terasa dengan sikapnya tadi. Rasa bersalah menyerbu diri.

Liya! Kau tak patut pun diam macam tu! Kau kena minta maaf.

"Erm, Ariff. Aliya masuk dalam buat air dulu, eh?"

Ariff tidak memberi sebarang jawapan. Hanya diam membatu.

Aliya masuk ke dalam rumah untuk membuat air. Dalam masa yang sama, Aliya ingin mengelakkan salah faham. Apabila Aliya masuk ke dalam rumah, Ariff mengeluh.

Apa yang kau cuba buat ni, Ariff Imran? Datang sini tak tahu sebab apa lepastu tiba-tiba nak terasa dengan apa yang dia cakap. Memanglah dia tak kenal kau lagi. Jumpa pun baru dua kali.

Ariff beransur pulang tanpa pamit dengan Aliya. Dalam keadaan sekarang, dia perlukan kekuatan hati. Sebab dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya. Benar, sekarang nama Zara sudah tidak bertakhta di dalam hatinya. Tapi dia takut bahawa rasa sayangnya terhadap Aliya hanya sekadar seorang kawan.

Aliya keluar dari rumah dan terkejut apabila Ariff tiada. Aliya berasa bersalah dan menyesal.

"Tak patut aku layan dia macamtu. Darah dia mengalir dalam badan aku kut. Boleh pulak aku layan dia macam tu. Cakap terima kasih pun tidak. Macam tu ke kau layan orang yang selamat kan nyawa kau?"

Aliya mengeluh sendirian.

***

Shafiq sangat terdesak memerlukan bantuan. Sampai ke hari ini dia cuba untuk melarikan diri daripada pihak polis sejak peristiwa dia menculik Zara. Kali ini dia perlukan seseorang yang benar-benar boleh membantunya.

Tanpa rasa malu, Shafiq bertemu dengan Iman. Namun, keadaan Shafiq bukanlah gah seperti biasa, namun masih dikenali Iman.

Iman yang melihat Shafiq di hadapan matanya sangat terkejut.

"Abang! Apa yang dah jadi dengan abang ni?"

"Iman. Iman kena tolong abang, Man. Abang dah tak tahu nak minta tolong siapa. Papa Iman dah buang abang."

Iman yang jadi keliru. Dia rasa kasihan tapi dalam masa yang sama, tidak mungkin dia akan melupakan apa yang lelaki di hadapannya ini telah lakukan kepada Aliya.

"Okay lah. Iman boleh tolong abang. Abang lapar, kan? Kita pergi makan dulu eh?"

Shafiq tidak membantah. Malah hanya dituruti sahaja. Dia perlu meyakinkan Iman bahawa dirinya sekarang ini benar-benar memerlukan bantuan.

Setibanya mereka di sebuah warung, Shafiq makan seperti orang kebulur. Iman yang melihat keadaan abang sepupunya itu berasa kasihan. Fikiran ligat berfikir.

Aku tak boleh bawak abang Fiq balik rumah sebab aku yakin kakak masih belum betul-betul sihat. Tapi, aku tak boleh tinggalkan dia kat sini juga. Aduh! Macam mana ni?

"Iman."

Lamunan Iman mati.

"Aku tahu aku banyak salah dengan kau. Dengan Aliya. Tapi, sekarang ni aku sangat-sangat perlukan bantuan kau. Kau kena tolong aku."

"Sekarang ni, kalau boleh Iman tahu, kenapa abang Fiq jadi macam ni? Kenapa papa boleh buang abang?"

Shafiq terkedu. Tidak mungkin dia akan menceritakan perkara yang sebenar. Lagi rumit.

"Erm, pak long buang aku sebab dia tak setuju dengan idea aku untuk stopkan kerja-kerja haram tu. Aku nak berubah. Jadi, dia buang aku."

Iman terkilan. Iman tidak menyangka sampai tahap ini Jaafar akan bertindak.

Manakala Shafiq bersorak riang di dalam hati kerana Iman percaya dengan kata-katanya.

Makan lah kau dengan kata-kata tipu tu. Aku takkan biarkan kau tahu hal sebenar. Kalau tidak, pasti kau pun humban aku ke penjara.

Setelah mereka selesai makan, Iman membawa Shafiq ke rumah usang di hujung jalan.

"Ni rumah abang. Iman harap abang selesa lah tinggal kat sini."

Iman membawa Shafiq ke rumah yang sangat usang tapi selesa untuk didiami. Shafiq tidak betah tinggal di rumah seperti ini. Riak wajahnya menunjukkan bahawa dia tidak selesa. Iman yang memerhatikan perubahan riak wajah itu tergelak sendirian. Padan muka!

"Iman, betul ke kau nak aku tinggal kat sini? Rumah buruk ni?"

"Bang, rumah ni memang nampak buruk tapi selesa tau. Kalau abang tak tinggal kat sini, abang nak tinggal kat mana?"

"Kalau aku tinggal dengan kau tak boleh ke?"

Iman tergelak sendirian.

Gila agaknya jantan ni. Nak kena kejar dengan kakak pakai parang agaknya.

"Bang, abang fikir kakak nak ke tinggal sebumbung dengan abang? Cuba abang fikir macam mana perasaan kakak kalau Iman bawak balik abang. Iman kena fikir juga pasal kesihatan kakak."

"Tapi Iman, aku..." Shafiq jeda.

Tak, aku tak boleh cakap macam tu. Aku kena buat dia percaya aku dulu.

"Okay. Aku setuju."

Iman tersenyum puas.

"Kalau pasal makan, abang jangan risau. Nanti Iman akan suruh pembantu Iman hantar kat abang hari-hari sementara Iman carikan kerja untuk abang."

Shafiq hanya bersetuju. Tidak mungkin dia memberontak sekarang. Kalau tidak, rosak rancangannya.

XXX

"Bersyukur apa adanya. Memilih tak salah cuma jangan terlalu memilih. Takut tak boleh nak bezakan mana batu jalan, mana permata.

-💜miszhann-

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Där berättelser lever. Upptäck nu