Bab 16 [EDIT]

508 50 0
                                    

Votelah duluuu😉💫

Hari ini Zara akan berangkat ke Pulau Pinang. Syamim ingin sekali menemani isterinya itu namun tugas di pejabat memanggil-manggil. Jadi, Asyraf bertanggungjawab untuk mendampinginya.

"Terima kasih ye Asyraf. Kalau awak tiada, susah hati saya nak biarkan Zara pergi."

"Eh! Kenapa tuan Syamim cakap macam tu? Ini kan memang tanggungjawab saya untuk melindungi cik puan Zara sebagai pengawal peribadi. Tuan jangan risau. Saya akan jaga cik puan Zara baik-baik macam sebelum ni."

Syamim menepuk bahu Asyraf.

"Terima kasih."

Mata kembali ke arah Zara.

"Nanti sampai sana call abang ye, sayang? Asyraf, rolong jaga Zara baik-baik. Kalau dia ada apa-apa, laporkan segera."

Asyraf menganggukkan kepalanya.

"Ye abang. Zara ingat semua pesan abang. Dari tadi abang cakap perkara sama. Asyraf siap boleh buat copy banyak-banyak dah dalam kepala tu. Lagipun Zara pergi tiga hari aje. Abang jaga diri baik-baik tau?"

Mereka saling berpesan. Asyraf yang melihat pasangan itu hanya tersenyum. Susah untuk melihat Zara seceria itu sepanjang dia bekerja dengan Zara.

Zara mengerling ke arah jam tangan berjenama Rolex. Sudah mahu berlepas pesawatnya. Zara bersalam dengan Syamim lalu meminta diri diiringi oleh Asyraf. Syamim hanya memerhatikan Zara sehingga kelibat Zara hilang daripada pandangan matanya.

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam itu cukup tenang. Mereka berdua terus menuju ke bilik hotel yang sudah ditempah. Permandangannya sangat nyaman. Hanya bukit bukau yang menghiasi pemandangan itu. Bilik Asyraf bersebelahan bilik Zara. Mudah Zara memanggil atau menjerit meminta tolong Asyraf jika ada gangguan.

Zara menghempapkan tubuhnya ke atas katil. Letih. Zara memejamkan mata sebentar sebelum mencari telefon pintarnya untuk menghubungi suami tercinta.

"Assalamualaikum, abang."

"Waalaikumusalam, sayang. Sayang dah sampai ke? Okay tak tempat yang abang booked untuk sayang?"

"Zara baru sampai. Cantik sangat tempat ni, abang. Zara suka. Terima kasih!"

Syamim tersenyum mendengar jawapan Zara.

"Kasih diterima!"

Zara tersenyum. Mereka berbual agak lama sehingga Zara menyedari bahawa hari sudah petang. Nak kata rindu, baru saja berpisah. Apa boleh buat? Bila dah halal sebuah percintaan, semua perkara kelihatan indah.

Malam itu berlalu dengan pantas. Rasa letih sudah hilang dan Zara sudah bersedia untuk mencari rezeki.

Matahari menjengah bumi. Pagi itu Zara perlu berjumpa Dato' Jamri untuk membincangkan tentang projek itu. Tidak sabar dirinya untuk membawa pulang tender itu. Temu janji Zara ditemani oleh Asyraf.

"Terima kasih Dato' sebab setuju. Kerjasama Dato' amat saya harapkan. Saya harap Dato' gembira kerana sudah menjadi sebahagian daripada RZ Ideas."

"Sama-sama cik puan. Saya pun sangat bangga kerana cik puan sendiri menerima gabungan daripada saya. Kalau begitu, mulai sekarang projek itu milik cik puan sepenuhnya."

Dato' Jamri meminta izin pulang. Zara hanya membiarkan masih tidak berganjak daripada tempat duduknya. Masih sibuk meneliti fail di hadapannya. Fokus Zara terganggu apabila kertasnya berterbangan. Kertas itu dikutipnya.

Tiba-tiba sahaja ada seorang lelaki membantunya. Zara kaget melihat lelaki di hadapannya saat ini. Dirinya kaku. Mimpi ngeri yang selama ini mengahantui dirinya sudah kembali. Kaku!

✅ Pelindung kiriman Tuhan [edited]Where stories live. Discover now