Bab 19 - Naufal dan Dhiya Datang Rumah Aireen

1.5K 75 6
                                    

Aireen turun ke bawah dengan memakai seluar jeans lusuh dan T-Shirt lengan panjangnya. Dari jauh lagi, dia sudah nampak Dhiya bersama Naufal dan Mimi di ruang tamu.

"Dhiya! I miss you so much!" Aireen terus peluk Dhiya dengan air mata yang sudah lebat. Gayanya bagai sudah berpuluh-puluh tahun tidak bertemu sahaja!

"Aireen, kau nangis ke ni?" soal Dhiya sambil merenggangkan pelukannya.

"Tentulah aku nangis. Dah dua minggu kut aku tak jumpa kau." Aireen terus menyeka air matanya yang masih mengalir di pipi.

"Dua minggu aje pun. Bukannya dua tahun!" Dhiya sudah menggelengkan kepalanya.

Aireen hanya tersengih. Kemudian dia pandang ke arah Naufal dan Mimi yang sedang duduk di sofa.

"Abang Naufal dan Mimi tunggu kejap ya. Aireen pergi dapur kejap buatkan air," ujar Aireen tersenyum.

"Eh, kau tak payah nak susah-susah buatkan air untuk kitorang. Kitorang datang sini kejap aje. Lagipun dah nak masuk waktu maghrib ni."

Tanpa membuang masa, Dhiya terus menghulurkan dua beg kertas yang mengandungi sejadah, air zam-zam, kurma dan pelbagai makanan lain lagi yang dibelinya dari Mekah.

"Yang ini untuk kau. Dan yang ini pula untuk suami kau. Ikhlas dari family aku untuk korang. Lepas tu, ibu dan ayah aku kirim salam dekat korang. Diorang tak boleh datang melawat kau sebab ramai yang datang rumah."

"Tak apa, aku faham. Nanti esok aku datang umah kau melawat diorang. Tapi betul ke ni kau dah nak balik? Stay la lama sikit." Senyuman Aireen sudah mula kendur.

"Sorry sangat-sangat Aireen sebab datang petang-petang macam ni. Kalau tak, mesti banyak benda kita boleh borak kan?" Dhiya cuba memujuk Aireen.

Aireen tersenyum lemah. "Tak apa, aku faham..."

"Aireen sihat?" Tiba-tiba Naufal mencelah setelah dari tadi lagi matanya tidak puas memandang wajah Aireen.

"Alhamdulillah... Aireen sihat, Abang Naufal." Aireen tersenyum manis.

Berbunga hati Naufal melihat senyuman wanita pujaannya itu.

"Kak Aireen dekat rumah pun make-up macam ni jugak ke?" soal Mimi hairan.

"Tentulah Mimi. Ini imej Kak Aireen sekarang tau. So, Mimi tak boleh nak gelak-gelak okey?" Aireen terus berpura-pura ketawa untuk menceriakan keadaan.

"Aireen, kitorang balik dululah. Nanti tak pasal-pasal banyak soalan yang yang kau kena jawab dengan diorang nanti. Yalah, kalau kau nak tahu, setiap hari diorang ni tanya pasal kau tau sepanjang duduk sana. Risau betul diorang ni dengan kau!"

"Really? Terima kasih tau Abang Naufal dan Mimi sebab ambil berat pasal Aireen. Aireen ingat, tak ada orang pun yang ambik kisah pasal Aireen. Hihi..." Aireen sudah malu-malu.

"Kenapa Aireen cakap macam tu? Kita kan dah macam satu family?" balas Naufal lembut.

Aireen mengangguk sebak. Kemudian dia pandang Dhiya kembali.

"Dhiya please... stay sini kejap aje lagi. Aku nak buatkan air special untuk Abang Naufal dan Mimi. Lepas tu, korang baliklah. Pleaseee...."

"Kau ni gengster pun masih comel!" Dhiya hanya menggeleng sambil ketawa.

"Boleh ke tak?" Aireen buat muka comelnya lagi.

"Yalah-yalah. Tapi biar aku tolong kau. Lagipun aku ada something nak bagitahu kau ni," ujar Dhiya tersenyum.

******

Di dapur, Aireen menyeka air matanya yang sudah lebat jatuh ke pipi. Dhiya pula sudah memeluk bahu sahabatnya untuk menenangkannya.

"Syyy... Sabar Aireen. Aku boleh rasa apa yang kau rasa sekarang. Tapi serius, aku tak sangka betul suami kau masih berdendam dengan kau and still cari kau lagi sampai sekarang. Sebab dari muka dia, aku ingat dia ni jenis yang cool aje."

"Cool apanya kau..." Aireen terus mencebikkan bibirnya.

"Tapi kan, handsome gila kut suami kau. Terpana kejap aku tengok dia tadi. Kan? Kan?" Dhiya terus mencuit pinggang Aireen untuk mengembalikan keceriaan kawan baiknya.

"Apa kau ni..." Semakin kuat pula Aireen menangis di bucu dapur. Lawak yang langsung tidak kelakar!

"Aku gurau ajelah. Dah-dah diam." Dhiya terus pujuk Aireen yang sudah memeluk kedua belah kakinya.

Pada masa itu, Zhariff yang berkira mahu ke dapur terus tidak jadi masuk apabila melihat Aireen dan kawannya sedang duduk di hujung lantai dapur. Dari muka pintu, dia lihat isterinya sedang menangis teresak-esak sambil dipujuk oleh kawannya.

"Aireen, kau janganlah macam ni. Nanti tiba-tiba suami kau muncul macam mana? Tak pasal-pasal dia ingat kau ni perempuan yang suka menangis pulak." Kedengaran suara pujukan Dhiya di pendengaran Zhariff.

"Salah ke kalau aku nangis, Dhiya?" Aireen pandang Dhiya sendu.

"Aireen, tak nampak brutal tau kalau kau nangis. Kau ni naif betullah kan? Dah-dah... Stop crying okay?" Dengan perlahan, Dhiya terus membangunkan kawannya.

"Dhiya, tadi kau cakap ada something nak bagitahu aku kan? Apa dia?" soal Aireen sambil menyeka air matanya yang bersisa.

Dhiya tersenyum lalu memeluk lengan Aireen dengan erat.

"Start esok kan, aku dah official bergelar doktor tau," beritahu Dhiya dengan wajah yang ceria.

"Like seriously? Wah, bangganya aku dengan kau," balas Aireen sudah teruja. Lantas dia peluk tangan Dhiya dengan lebih erat. Kini hilang semua kesedihannya tadi!

"Haha tentulah kau kena bangga!" ujar Dhiya lalu ketawa besar.

Aireen terus mencebikkan bibirnya tanda menyampah.

"Daripada melayan kau ni, baik aku pergi luar borak dengan Abang Naufal dan Mimi. Lagipun dah nak dekat maghrib ni, Doktor Dhiya. Lainlah kalau kau nak tidur rumah aku malam ni. Hehe..."

"Amboi! Sedar diri sikit, kau tu dah kahwin. Dah, jom la keluar. Aku dah nak balik ni," ujar Dhiya lalu mengambil dulang yang berisi tiga buah mug coklat panas untuk dibawa keluar.

Zhariff yang sedari tadi mendengar perbualan mereka terus melangkah keluar dari dapur. Nanti tak pasal-pasal pula dia dituduh isterinya kerana mengendap. Bukan dia tak tahu perangai Aireen yang sering mencari kesalahannya di rumah ini.

Baru sahaja keluar, tiba-tiba dia terserempak Naufal yang baru berkira untuk masuk ke dalam dapur.

"Maaf, boleh saya tumpang tandas?" soal Naufal kepada Zhariff.

"Tandas dekat sana." Zhariff menunjukkan jalan ke arah tandas.

"Terima kasih. Saya Naufal, abang Dhiya." Naufal menghulurkan tangan kepada Zhariff.

"Zhariff." Tangan Naufal disambutnya tanpa sebarang ragu.

Naufal perhati Zhariff dari atas ke bawah. Dari gaya suami Aireen yang tersendiri ini, tak mungkin jika Aireen tidak jatuh cinta kepadanya suatu hari nanti. Hatinya terus diasak perasaan cemburu.

Setelah Zhariff berlalu, Naufal genggam tangannya kuat. Dia tidak sanggup membayangkan jika suatu hari nanti, mereka berdua akan jatuh cinta seperti pasangan suami isteri yang lain. Mulai hari ini, dia tekad dia sanggup mengorbankan apa sahaja demi Aireen!

Dia Cinderella AmandaWhere stories live. Discover now