Bab 14 - Banglo Ni Aku yang Punya

1.3K 73 10
                                    

Lama Aireen berteleku di atas tikar sejadah, memikirkan nasibnya yang terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki yang paling ditakutinya selama ini.

Namun apabila tersedar telefonnya berbunyi, perlahan-lahan dia bangun dan mencapai telefonnya di bucu katil.

"Assalamualaikum cucu atuk..." Kedengaran suara Haji Abbas di hujung talian.

"Waalaikumussalam, atuk," jawab Aireen tidak bersemangat.

"Aireen masih marah atuk lagi?"

"Tak apa atuk, semua dah terjadi pun." Aireen sekadar membalas pertanyaan datuknya.

"Maafkan atuk sebab tak sempat tengok cucu atuk tadi..."

"Tak apa, Aireen faham atuk tengah layan tetamu yang hadir. Kalau itu aje yang atuk nak cakap, Aireen letak dulu. Aireen..."

"Nanti dulu Aireen. Atuk call ni sebab nak bagitahu yang Zhariff dah on the way ke Banglo Qiara. Nanti Aireen sambut dia baik-baik ya? Aireen..."

"Maaf atuk, Aireen terpaksa letak telefon dulu. Assalamualaikum." Selesai sahaja mematikan telefonnya, Aireen terus pandang wajahnya di cermin.

"Matilah aku!" Matanya yang bundar terus terbuntang luas.

Dengan terburu-buru, dia terus mencapai alat make-upnya dan berdandan seperti gadis gothic, seperti biasa. Baju tidur satin yang berwarna pink tadi juga telah ditukarkan kepada baju tidur satin berwarna hitam.

Sesekali dia pandang jam di dinding biliknya yang sedang menunjukkan pukul sepuluh tepat. Mungkin bila-bila masa sahaja suaminya akan tiba di kediaman ini pada waktu ini.

Seperti jangkaannya, tiba-tiba kedengaran bunyi loceng dari tingkat bawah yang betalu-talu mengasaknya untuk membukakan pintu untuknya.

Aireen sudah berdebar. Dengan langkah penuh berani, dia terus menuruni tangga untuk membuka pintu kepada insan yang sudah bergelar suaminya itu.

Pintu telah terbuka seluasnya.

"Assalamualai..." Zhariff tidak jadi menghabiskan salamnya. Dia terus mengusap dadanya kerana terkejut. Difikirnya hantu tadi!

"Kau ni dah kenapa? Sakit jantung ke?" tegur Aireen dengan suaranya yang sengaja dikasarkan. Kononnya seperti seorang gengster sangatlah.

Astarfirullahalazim... Berkali-kali juga Zhariff beristighfar di dalam hati. Pasrah sahajalah kerana dikurniakan isteri yang berwajah hantu ini!

"Woi, kau buat apa lagi tercegat depan pintu? Ada kaki, pandai-pandai masuklah. Itu pun nak kena ajar ke?" sembur Aireen berani.

Nampak seperti berani. Padahal tangannya ketika itu sedang menggeletar ketakutan. Gerun apabila melihat muka ketat suaminya, seperti selalu!

Malas mahu melayan, Zhariff melangkah masuk bersama sebuah beg pakaian di tangannya.

"Woi mamat, kau tak reti tutup pintu ke?" sembur Aireen lagi di muka pintu.

Zhariff menyeringai. Dengan kasar, dia kembali ke pintu dan menutupnya secara kuat dan kasar.

Gulp! Aireen sudah kecut perut. Boleh tahan juga angin mamat ni!

"Fasih betul kau berbahasa Melayu walaupun dah lima belas tahun kau tinggal di US," ujar Zhariff yang masih bermuka ketat. Dia menuju ke arah dapur untuk mencari seteguk air tanpa menghiraukan isterinya. Aireen juga turut mengikutnya dari belakang.

"Tentulah saya fasih berbahasa Melayu. Dulu saya tinggal dengan arwah nenek saya dekat sana."

Aik? Dah berubah cara panggilan? Zhariff yang baru mencapai botol mineral di dalam peti sejuk terus berpaling ke arah isterinya.

Dia Cinderella AmandaWhere stories live. Discover now