32. Kembali 🖤

4.3K 237 3
                                    

“ Kau pergi mana bodoh! ” Bisik Aerin, lengan Zarra dicengkamnya kuat kuat. Sudah lama dia memendam rasa geram terhadap Zarra. Tiba tiba saja hilang.

“ Rin, sakitlah! ” Jerit Zarra.

“ Sakit lagi hati aku ni! Kau hilang macamtu aje, kau tau tak yang banyak lagi benda aku nak kenakan Faqiesha tu! ”

Zarra meronta ronta lepaskan cengkaman yang semakin kuat ditangannya. Hendak saja dia menjerit lantang biar semua nampak.

“ Bagitau aku, kau pergi mana! ” Wajah Aerin serius. Rambut Zarra ditarik hingga tersandar di kerusi.

“ Aku ada masalah keluarga. Rin, lepaslah. Sakit tau tak. ” Ujarnya perlahan.

“ Penipu! Kau ingat eh, kalini kau lepas. Sekali lagi kau buat, sampai lubang cacing aku cari kau. ” Ugut Aerin. Kepala Zarra ditunjal ke depan.

“ Kita akan berhenti di stesen minyak sekejap, siapa yang nak turun buang air ke beli apa apa turunlah. Tapi tolong cepat. ” Cikgu Zarif memberi pesanan sebelum bas yang dinaiki mereka berhenti di stesen minyak.

“ Baik cikgu. ”

Nara mencuit bahu Faqiesha. Leka sangat dengan lagu lagu yang dipasang.

“ Ah? Kau ada cakap apa apa ker? ” Faqiesha terpinga pinga memandang Nara.

“ Takdalah, aku nak bagitau kau aku nak pergi tandas. Kau nak pergi juga? ”

Faqiesha menggeleng. Perutnya masih belum terasa ingin membuang air kecil.

“ Baiklah. Aku pergi kejap, jangan rindu tau. ” Nara mengusik.

Beberapa langkah Nara turun dari tangga, dia terdengar bisikan suara dari belakang bas. Perlahan dia mengintai.

“ Siapa bagi kau jam ni? Haa! ” Pekik Aerin, terhenjut henjut bahu Zarra terkejut.

“ Aku.. Beli.. ” Jawab Zarra, gugup.

“ Tipu, mana kau ada duit nak beli semua ni? Ke ada apa apa ke dengan jam ni? ”

Nara melangkah menghampiri mereka. Sakit pula hatinya bila lihat Aerin perlakukan Zarra begitu.

“ Aerin, kau ni dah kenapa? Pasal jam pun nak kecoh. Suka hati dialah nak beli apa pun, ada duit ke tidak. Sibuk betul kau ni kan? ” Selar Nara. Terdiam Aerin sebentar.

“ Zarra, kau ikut aku sekarang. ” Nara menggapai tangan Zarra untuk pergi.

“ Kau nak masuk campur pehal? Dia kawan aku, suka hati akulah. ” Jerkah Aerin.

Tanpa menghiraukan kata katanya, Nara terus mengheret Zarra pergi. Memanglah dia bencikan Zarra. Namun masih ada rasa simpatinya saat Zarra diperlakukan seperti hamba oleh Aerin.

×××××

“ Gunung Chenderawasih ” Nama itu terpapar lebar di papan tanda yang terpacak beberapa km dari gunung itu.

Masing masing membuka aplikasi kamera untuk merekam suasana hutan saat tiba disana. Sungguh indah! Tenangnya bila melihat dedaun hijau memang tiada tandingan.

“ Alhamdulillah! Kita sudah selamat sampai di Gunung Chenderawasih. ” Ujar Cikgu Zarif. Mulut tidak henti mengucapkan syukur bila tiba dengan selamat.

Beberapa buah kereta lagi tiba setelah mereka. Guru guru pengiring yang membawa bekalan makanan, keperluan dan khemah sudah tiba.

“ Okay, pelajar lelaki tolong bawa semua barang barang ni bersama. ” Arah Cikgu Izwan, guru pengiring.

Hazwan melangkah ke arah bakul yang berisi sardin namun ada juga tangan yang menggapai bakul itu. Mereka saling pandang.

“ Lepas. ” Hazimi menarik bakul berisi sardin dari tangan Hazwan.

“ Eh, aku dapat dulu. ” Hazwan pula mengjengilkan matanya. Nampak seperti perang dunia ketiga bakal bermula.

“ Okay Hazwan dengan Hazimi bawa trampoline.

Hazwan mengelus perlahan.

“ Baik cikgu. ” Mereka berdua senyum paksa.

“ Okay beratur. Perempuan barisan sebelah kiri, lelaki sebelah kanan. ”

Setelah selesai membuat barisan, Cikgu Izwan pula memberi nasihat penjagaan diri ketika di hutan. Barulah mereka berangkat naik ke tapak perkhemahan. Sebenarnya boleh saja naik ke atas bersama Hilux tapi cikgu cikgu mahu melatih diri pelajar supaya lebih kuat.

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now