9. Kembali 🖤

5.4K 317 2
                                    

Faqiesha memeluk tubuh disebalik kerusi, ketar ketakutan.

“ Hai awak, ingat saya lagi? ” Tanya pelajar lelaki tersebut sambil melambaikan tangannya. Terpapar senyuman sinis dibibir lelaki itu.

“ Syafzan.. ” Faqiesha terkedu.

“ Yup, aku Syafzan. Budak lelaki yang dihantar kesekolah latihan selama dua tahun. ”

“ Syaf, sumpah aku tak buat. Bukan aku yang lapor pada cikgu. Betul. ”

“ Huh? Kau merayu ker sekarang ni? Alaaa comel. ” Balas Syafzan sambil bermain dengan rambut Faqiesha.

2 tahun yang lalu..

“ Bang, sakit bang. ” Rintih seorang pelajar lelaki.

“ Aku suruh kau beli rokok, kenapa tak beli. Bodoh! ” Tengking Syafzan.

“ Bang, saya betul betul tak ada duit. Saya bawa dua ringgit aje bang. ”

Malas mendengar penjelasan budak lelaki itu Syafzan terus menendangnya.

“ Arghh! Sakit! ”

Buku yang berada ditangan Faqiesha jatuh ke lantai menyedarkan Syafzan. Pantas Faqiesha berlari menyorok ke sebelah tiang.

“ Syafzan! ” Pakdin bersama beberapa orang guru berlari ke arah Syafzan untuk menangkapnya.

“ Cikgu! Apa ni cikgu! ” Syafzan meronta ronta.

“ Ish, buat apa dekat sini? ”

Syafzan menoleh ke arah Cikgu Izwan yang menegur Faqiesha tadi. Merah wajahnya saat perhatikan Faqiesha.

“ Kau? Kau yang.. Arghh! Tak guna punya perempuan! Siap kau! ”

Faqiesha menggeleng, Syafzan sudah salah faham.

“ Tak! Bukan aku. Aku lalu aje dekat situ. ” Jelas Faqiesha.

“ Huh? Habistu siapa? Kau sorang aje dekat situ. ”

“ Aku.. ”

Kriukk!

Pintu ditarik laju. Membulat mata Delly memandang Syafzan yang menatap Faqiesha.

" Ish! " Jerit Delly.

Faqiesha menolak badan Syafzan yang berada rapat dengan dia. Dia bingkas dan menyorok dibelakang Delly.

“ Apa kau buat ni? ” Soal Delly pada Syafzan.

“ Aku dengan dia tengah date, kenapa? ” Jawab Syafzan.

“ Tak Delly mana ada. Dia datang tiba tiba aje tadi. ”

“ Okay okay, kau menang. Tapi ingat, esok lusa aku pula. Bye. ” Ujar Syafzan sambil tangannya cuba menyentuh wajah Faqiesha tapi ditepi Delly.

Beberapa minit setelah Syafzan keluar, Pakdin selaku Guard disekolah berjalan menuju ke kelas 4 Sains. Dia mengintai dari luar tingkap. Hanya Faqiesha  bersama Delly sahaja disitu.

“ Pakdin cari siapa? ” Soal Delly.

“ Takdak apa, tadi ada budak pompuan pi habaq ada budak dating dalam kelaih. Hang ada nampak ka? ” Tanya Pak Din.

“ Takde Pak Din, dari tadi lagi saya kat sini ” Jawab Delly. Nasiblah dia rapat dengan Pakdin. Kalau tidak, memang kena tuduh pula Faqiesha.

Pakdin hanya mengangguk dan menyuruh mereka pulang segera. Memandangkan sudah hampir jam 4 petang dan blok bangunan semua sudah kosong.

“ Aerin? Zarra? ”

Faqiesha mengangguk perlahan.

“ Hmm dah agak, nasib baik aku datang cepat. Aku tak syak pun kau buat benda tak elok, aku percayakan kau ”  Ujar Delly.

“ Terima kasih Delly. Kalau kau tak ada tadi mungkin aku kena panggil lagi. ”

“ Eh tak ada apa apa lar Ish. Kita kan kawan? ”

Senyuman dikuntumkan sebagai tanda terima kasih. Syukurlah Delly sampai sebelum Pakdin. Hanya selang beberapa minit saja.

“ Euw, beg kau melekat bau tong sampah. Cemana ni? ”

Faqiesha menuju ke arah Delly yang berada di tong sampah.

“ Hm, buang ajelah. ” Arahnya. Kalau setakat beg sekolah, 100 pun dia boleh beli tunai.

“ Bu.. Buang? Sayanglah. Kau balik basuh ajelah. ” Kata Delly. Faqiesha menggeleng.

“ Meh beg ni. ” Faqiesha mengambilnya dari tangan Delly lalu keluar dari kelas. Buku buku yang ada didalam beg itu dibawa keluar. Penutup tong sampah besar berwarna hijau dibuka. Seketika Faqiesha perhatikan beg sekolahnya sebelum dibuang ke tong sampah.

“ Kau akan menyesal! Aku tak akan maafkan kau, Aerin Salina. ” Lalu beg itu dilempar dengan rasa marah.

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now