40 : The end 🥺

9.5K 240 29
                                    

1 tahun kemudian

Dahlia berlari-lari anak menuju ke wad bersalin.

Asyraff memaklumkan dia bahawa kakak iparnya akan melahirkan anak pada malam ini.

Dahlia begitu teruja.

Nafasnya tercungap-cungap.

Dahlia berdiri tegak dan mengatur kembali nafasnya.

"Angah" panggilnya.

Asyraff menoleh.

"Lia"

"Dah lama ke akak di dalam?" soal Dahlia.

Asyraff mengangguk , "Ha'ah nak dekat 1jam setengah dah ni dia kat dalam" ujar Asyraff risau.

"Takpe kita berdoa dan tawakkal. Semoga Allah permudahkan akak bersalin" ujar Dahlia.

Asyraff mengangguk.

"Duduklah dulu angah"

Asyraff mengangguk lagi.

Mereka melabuhkan punggung di kerusi yang terdapat di situ.

Selang beberapa minit , seorang doktor keluar dari wad tersebut.

Asyraff dan Dahlia berdiri serentak.

"Siapa sini suami puan Farhana?" soal Doktor itu.

"Saya doktor" Aysraff mengangkat tangan.

Doktor itu mendekati mereka berdua.

"Tahniah encik dapat anak perempuan" ujar Doktor itu dengan senyuman.

Kedua-dua tangan disapu ke muka tanda kesyukuran.

"Alhamdulillah. Isteri saya macam mana?" soal Asyraff.

"Alhamdulillah dia selamat. Encik boleh melawat dia selepas dimasukkan ke wad biasa" ujar doktor itu.

"Saya minta diri dulu" pamit doktor itu.

Dahlia dan Asyraff memberikan ruang untuk doktor itu.

Mereka berdua tersenyum.

Asyraff memandang Dahlia.

Dia memeluk Dahlia seerat-eratnya.

Dahlia membalas pelukan abangnya itu.

Pelukan dileraikan apabila sebuah katil ditolak dari wad bersalin itu.

"Abang" panggil Farhana.

Katil itu diberhentikan.

Asyraff mendekati isterinya seraya menggenggam tangan isterinya.

Mereka berdua tersenyum.

Asyraff terharu. Kagum. Isterinya bertarung nyawa untuk melahirkan anak mereka.

Sungguh hebat pengorbanan seorang perempuan.

"Encik ni suami puan Farhana ke?" soal salah seorang nurse di situ.

Asyraff memandang gerangannya yang memberi soalan.

Dia mengangguk.

Terlihat nurse itu menolak sebuah katil khas untuk bayi.

"Encik boleh ikut saya untuk azankan anak encik" ujar nurse itu.

Asyraff mengangguk.

Dahlia mendekati Farhana.

Senyuman diberikan.

Farhana membalas senyuman itu.

"Tahniah akak" ucap Dahlia.

Paling Aku Cinta ✔️Where stories live. Discover now