-4-

7.5K 267 6
                                    

"Ini meja awak. You can do all your work at here. Boleh juga kalau awak nak decorate" ujar Johan.

"Okay" balas Dahlia.

"Nah" Johan menghulurkan sesuatu kepada Dahlia

"Apa benda ni?" Dahlia mengerutkan keningnya sambil memandang anak mata milik Johan.

"Ini peta pejabat ni. Kalau awak nak pergi pantri ke apa ke , rujuk peta ni" ujar Johan

Dahlia mengangguk seraya megambil peta tersebut dari tangan Johan. Selepas itu , Johan terus melangkah masuk ke dalam bilik Encik Farish.

Dahlia membersihkan meja tersebut yg penuh dengan habuk. Sampai bersin tidak berpenghujung dibuatnya.

KRING KRING!
Terhinjut bahu Dahlia bila telefon yg berada dimeja tersebut berbunyi.

Belum apa2 lagi dah ada first call , desis hati Dahlia.

"Hello?"
"Hello. Siapa ni?" soal Dahlia
"Ehem saya ni Encik Farish"

Terkedu Dahlia bila hamba Allah tersebut cakap dirinya Encik Farish.

Bongoklah kau ni ish! Dah ni telefon pejabat confirm lah bos kau yg telefon! , desis hatinya sambil mengigit bibir bawahnya.

"Sorry Encik. Kenapa Encik call , nak apa-apa ke?"
"Ya , tolong buatkan green tea" ujar Encik Farish.

"Green tea? Err o.." belum sempat Dahlia menghabiskan kata-katanya , talian terus ditamatkan.

Aik marah ke ? , bisik hati Dahlia sambil berasa hairan. Tiba-tiba pintu pejabat Encik Farish terbuka. Dahlia terus berdiri tegak dan menunggu Encik Farish keluar.

Encik Farish keluar dengan tangan diletakkan dipoket seluar. Handsome cui! Hoho

Dia mendekati meja Dahlia dan berhenti tepat2 di hadapan meja tersebut.

"Jom , ikut saya" ajak Encik Farish. Dahlia berasa hairan lalu menggaru kepalanya yg tidak gatal.

"Ke mana Encik?"
"Pantri" Dahlia mengangguk lalu mengikuti Encik Farish.

"Ini adalah pantri. Kalau saya nak minuman or anything , you can do it at here" ujar Encik Farish setelah tiba di pantri pejabat mereka.

Dahlia mengangguk menandakan dia faham.

"So buatkanlah saya green tea" ujar Encik Farish seraya menyadarkan badannya di dinding pantri tersebut dan memasukkan tangannya ke dalam saku seluarnya.

"Okay" balas Dahlia. Selepas saja dia menjejakkan kakinya ke dalam pantri tersebut dia pergi ke box bertingkat. Dia menjumpai bekas yg berisi serbuk warna hijau dan bertulis "Green tea".

Setelah 6minit , minuman tersebut siap.

"Nah Encik Farish" ujar Dahlia seraya menghulurkan minuman ersebut.

Berkerut kening Encik Farish bila Dahlia menghulurkan botol tuppperware berwarna kuning kepadanya. Encik Farish terus berdiri tegak dan menghadap Dahlia.

"Kenapa awak isi dalam botol?" soal Encik Farish.

"Supaya banyak. Jadi Encik boleh minum puas-puas"

Tersengih Encik Farish sambil menggelengkan kepalanya bila Dahlia berkata begitu. Dahlia berasa hairan bin pelik bila Encik Farish tersengih.

"Salah ke yg saya buat tu Encik?" soal Dahlia

"Tak. You have a great idea" ujar Encik Farish seraya meninggalkan Dahlia

Dahlia terkedu , "terima kasih" ucapnya perlahan cukup untuk dia dengar sahaja.

***
Waktu rehat sudah tiba. Dahlia mengemaskan mejanya dan mencapai sling bag miliknya. Dia mengambil telefon canggihnya untuk melihat sekiranya Hanis ada menelefon ataupun mesej dia.

Dia menilik satu persatu notification nya seraya berjalan keluar dari pejabat untuk ke kantin pejabat yg terdapat di tingkat bawah.

Dia berasa risau akan keadaan Hanis. Hanis langsung tidak menelefonnya malah mesej dia pun. Dia terus menekan icon kenalan untuk mencari nama Hanis. Dia lantas menelefon Hanis. Telefon Hanis berdering tapi tidak diangkat.

Ish tidur lagi ke dia ni? Dah pukul berapa dah ni , desis hati Dahlia. Tak boleh dia nak cakap kuat2 sebab ramai orang dalam lift tersebut.

Kali keempat Dahlia menelefon Hanis baru diangkat olehnya.

"Hello" ujar Hanis seraya menguap
"Hello ni polis"

Tekejut Hanis! Terus dia bangun dari tempat tidurnya.

"Kenapa polis telefon saya?"
"Sebab kau bangun lambat!"

Hanis berasa hairan kenapa pula polis guna alasan remeh untuk telefon aku. Hanis melihat nama yg menelefonnya itu.

Dahlia?!!!! Ish dia ni , desis hati Hanis.

"Kau ni Dahlia buat aku tekejut je" ujar Hanis dengan nada sedih.

"Alalala sorrylah. Kau baru bangun ke ni?"

"Ha'ah"
"Perut kau dah okay tak?"
"Ya"
"Kau dah tengok jam?"
"Jam apa?"
"Jambatan hahahah"
"Jangan buat lawak boleh tak? Tak lawak okay" ujar Hanis dengan nada selamba.

"Ha yela. Bangunlah anak dara oi , dah jam 1230 dah ni"
"1230?" Hanis berteriak lalu melihat jam dinding yg terdapat dalam biliknya.

"hahahhaa yala. Dah bengkak dah mata kau tu tidur memanjang je. Pergila mandi , makan , kemas rumah apa semua. Eh aku ada hal ni , nanti aku call kau balik okay. Bye"

Belum sempat Hanis membalas kata2 Dahlia , talian terus dimatikan.

"Baru first day dah busy ke?" soal Hanis kepada dirinya. Dia lantas berdiri dari katilnya dan membersihkan diri.

Selepas saja talian ditamatkan , Dahlia telah sampai di tingkat bawah. Apabila Dahlia keluar dari lift tersebut dia terlanggar seseorang sehingga menyebabkan buku nota dahlia berwarna merah jambu terjatuh.

Dahlia lantas mengambil buku tersebut di lantai tapi belum sempat dia mencapai ada tangan yg sudah mengambilnya terlebih dahulu.Dahlia terkedu melihat tangan tersebut lalu mendongak memandang pemilik tangan itu.

"Dahlia?" teka pemilik tangan itu. Dahlia seraya berdiri dan membetulkan sling bag nya.

"Sorry saya tak nampak pula ada manusia tengah berdiri kat sini tadi. Sinilah buku saya tu" ujar Dahlia seraya ingin mengambil buku itu dari tangan tersebut.

Tapi pemilik tangan tersebut terus mengalihkan tangannya ke belakang.

"Awak tak kenal saya ke?" soal pemilik tangan itu.

"Izuan" ujar Dahlia seraya memandang
sebelah kanan.

Izuan tersenyum kerana Dahlia masih mengingati namanya.

"Awak buat apa kat sini?" soal Izuan
"Takde apa-apa. Sinilah buku saya tu , saya nak pergi makan ni" ujar Dahlia seraya menghalakan tangannya kepada Izuan.

"Sombong lah awak ni" ujar Izuan sambil tersenyum seraya memberi buku tersebut kepada Dahlia.

"Do I care? Btw ,Thank you" ucap Dahlia seraya meninggalkan Izuan di depan lift tersebut.

"Bye Cik Dahlia!" teriak Izuan tetapi Dahlia tidak menghiraukan teriakan tersebut.

Gila ! , desis hati Dahlia sambil membuat mulut sumbing.

Izuan tersenyum dengan sikap degil dan digin Dahlia. Dia menekan butang lift tersebut dan menunggu sambil memerhati pergerakan Dahlia hingga hilang dianak matanya.

//Sorry kalau membosankan🙏
//Abaikan typo

Paling Aku Cinta ✔️Where stories live. Discover now