-35-

5.2K 202 9
                                    

Harini. Hari yang penuh bermakna. Hari yang bakal menyimpan banyak sejarah dah memori terindah.

Hari yang bakal menjadikan tanggungjawab bertambah. Hari yang dirahmati Allah.

Hari pernikahan Dahlia dan Farish. Hari mereka diijabkabulkan. Hari dimana Farish melafazkan akad terhadap Dahlia.

"Farish Annuar bin Fakhrul"

"Ya saya"

"Aku nikahkan dikau dengan adikku , Nur Aisyah Dahlia binti Azman dengan mas khawinnya RM 300 tunai"

"Aku terima nikahnya Nur Aisyah Dahlia binti Azman dengan mas khawinnya RM 300 tunai"

"Sah?" saksi mengangguk.

"Sah. Alhamdulillah"  kedua-dua telapak tangan disapu ke muka.

Bacaan doa dimulai sebagai tanda kesyukuran. Dahlia tersenyum bahagia begitu juga dengan Farish. Semua tetamu juga turut gembira termasuk pekerja Farish.

Mereka yang paling teruja kerana boss mereka sudah bernikah. Selepasni, mereka mesti memanggil Farish dengan panggil "boss Farish" kerana Farish pernah berpesan yang panggilan "boss" hanya boleh digunakan bila dia sudah bernikah.

Sesi pembatalan wudhuk bermula. Farish mula mengorak langkah menuju ke pelamin. Dia duduk di sebelah kanan Dahlia.

Cincin disarungkan ke jari manis Dahlia. Dahlia pula menyarungkan cincin ke jari manis Farish.

Dahlia menyalam tangan Farish dan kemudian Farish mencium dahi Dahlia. Lama. Harini bertambah lagi tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Jurukamera mengambil gambar tanpa henti. Ciuman didahi Dahlia dileraikan.

Farish memautkan tangannya dengan tangan Dahlia. Dahlia memandang Farish lalu tersenyum begitu juga dengan Farish.

Sama cantik , sama kacak , memang padan!

***
Semua tetamu beransur pulang. Dahlia berdiri di muka hadapan pintu memerhatikan majlis pernikahan yang tidak lama lagi akan habis.

Dahlia dan Farish sudah bersetuju untuk mengadakan majlis nikah mereka di rumah abang Dahlia , Asyraff manakala majlis persandingan diadakan di dewan pada keesokan harinya.

Selepas itu, berbalas sanding pula di rumah ummi dan abah Farish atas permintaan umminya. Banyak betul majlis!

"Jauhnya termenung" ujar Farish yang baru tiba di sebelah Dahlia. Dahlia terkejut.

"Terkejut saya"

"Hehehehe"

"Awak dah makan?" soal Dahlia seraya menyandarkan badannya ke pintu dan memandang Farish. Dia masih kekok tapi dia biasakan juga.

"Dah. Seronok makan dengan makcik-makcik awak. Banyak je gosip dorang" tutur Farish. Dahlia ketawa kecil.

"Apa je yang korang gosip?" soal Dahlia.

"Rahsia" ujar Farish dengan senyuman nakal. Dahlia menjeling. Mahu juga berahsia!

"Saya nak naik atas dulu" pamit Dahlia. Farish tahan lengan Dahlia.

"Naik ikut" ujarnya seraya menyulan kemas jarinya dengan jari Dahlia. Dahlia terkejut tapi hanya membiarkan. Mereka bersama-sama naik ke atas.

Ibu bapa Farish menginap di hotel , Dahlia ada juga mempelawa mereka untuk tidur di rumah abangnya tetapi umminya menolak dengan lembut kerana rumah Asyraff kelihatan penuh dengan kehadiaran saudara-saudara mereka.

Jadinya Dahlia juga bersetuju jika mertuanya itu ingin tidur di hotel. Tidak mahu juga dia memaksa mereka.

Pintu bilik dikuak. Farish terus melepaskan tautan jarinya dengan Dahlia dan menghempaskan diri ke atas katil.

Paling Aku Cinta ✔️Where stories live. Discover now