-21-

5K 191 0
                                    

*sorry sbb lama tidak update :')) Keep support <3

"Ada apa Cik Dahlia?" soal Farish apabila Dahlia hanya mendiamkan diri dari tadi.

"Errrr saya nak minta err cuti" Farish mengangguk menandakan boleh.

"Boleh ke?" soal Dahlia untuk kepastian
"Ya boleh. Jangan tanya lagi nanti saya tarik balik kata-kata saya" ujar Farish.

"Okay. Terima kasih. Saya minta diri dulu" ujar Dahlia. Belum sempat dia berpaling , Farish memanganggil dia kembali.

"Dahlia" panggil Farish. Dahlia menoleh memandang Farish dengan kening diangkat.

"Tapi ada satu syarat sebelum awak cuti" ujar Farish seraya berdiri dan menyeluk tangannya ke dalam saku seluar.

Kening Dahlia berkerut , amboi aku nak cuti je pun nak juga bersyarat huh! , desis hatinya

"Sampai bila awak cuti?" soal Farish dengan riak wajah selamba.

"Err hari Isnin?" Farish mengangguk.

"Harini kita keluar , saya nak minta tolong sikit" ujar Farish

"Err okay. Apa syarat sebelum saya bercuti tu?" soal Dahlia.

Farish mengeleng perlahan , lurus bendul betul lah ! , desis hatinya.

"Itulah syarat dia. Teman saya keluar" balas Farish. Mulut Dahlia berbentuk 'O'. Dia mengangguk.

"Okay. Sekarang ke?" soal Dahlia.Farish mengangguk.

"10minutes from now" balas Farish. Dahlia mengangguk , "Okay saya minta diri dulu" pinta Dahlia. Farish mengangguk dan Dahlia berlalu pergi dari pejabat Farish. Senyuman terukir.

Selepas 10 minit , mereka pun mengatur langkah ke parking lot ditingkat bawah.

"Harini naik kereta saya" ujar Farish seraya menuju ke keretanya. Dahlia hanya menuruti. Mereka memasuki perut kereta dan pergi ke destinasi yg dituju.

"Buat apa dekat kedai sini?" soal Dahlia pelik. Kening dikerutkan.

"Beli emas" jawab Farish seraya memandang ke hadapan dan tangan diseluk ke saku. Lantas Farish mengatur langkah ke dalam kedai tersebut. Dahlia mengejar langkah Farish walaupun masih kebingungan.

"Selamat datang Encik" ujar salah seorang pekerja yg sedang membuka pintu utama untuk mereka masuk. Farish dan Dahlia hanya mengangguk dan melemparkan senyuman.

"Ya Encik , nak cari apa?" soal pekerja yg nenjaga meja emas itu.

"Saya nak cari cincin tunang" Dahlia memandang Farish dengan rasa hairan.

Aik nak tunang dah? Rupanya available juga Encik Farish ni , desis hati Dahlia.

Farish memandang Dahlia yg sedang khusyuk tenung dia.

"Alamak! hensem sangat ke saya ni Cik Dahlia?" soal Farish spontan. Pekerja di situ hanya tersenyum tersipu malu.

Dahlia terkejut , hek lama sangat ke aku tenung dia? , soal hatinya.

"Takdelah. Saya hairan , laku juga encik ni" balas Dahlia seraya memandang cincin di meja emas. Farish menggeleng kepala seraya tersenyum.

"Mana satu yg cantik?" soal Farish. Dahlia meletakkan jarinya di dagu seolah-olah berfikir.

"Sebelum itu , betulkah Encik ni nak tunang? Kenapa tak bawa ibu Encik? Kenapa bawa saya? Lagi satu tunang Encik tu tak marah ke kalau saya pilih cincin untuk dia? Then Encik nak cincin macam mana? Ringkas atau over?" soal Dahlia bertalu-talu. Farish tepuk dahi.

Paling Aku Cinta ✔️Where stories live. Discover now