-32-

4.6K 169 2
                                    

"Makcik Tiara!" jerit Farish. Nyaring.  Fatimah dan Fakhrul menoleh ke arah jeritan tersebut. Mereka meninggalkan tetamu sekejap untuk melihat kejadian yang berlaku.

"Apa yang makcik buat ni?" soal Farish dengan nada marah. Dia berdiri di hadapan Dahlia untuk melindungi gadis itu.

"Betina tu dah hina anak aku macam-macam! Kau tahu tak?! Maruah anak aku ni macam dipijak-pijak! Kau suka ke kalau orang pijak maruah kau? Ha?!!!" jerit makcik Tiara. Fatimah dan Fakhrul hanya memerhati dari pintu utama. Masih keliru dengan kejadian yang berlaku.

"Soal selidik dulu baru tahu siapa yang salah sebenarnya. " balas Farish sinis. Seolah-olah dia tahu apa yang berlaku antara Dahlia dan Dinara.

Dahlia pula masih memegang pipinya. Sakit yang teramat . Terlalu nikmat tamparan tadi. Sukar juga untuk Dahlia bercakap atau mengeluarkan suara kerana tepi bibirnya pecah dan luka akibat tamparan makcik Tiara.

"Aku tiada masa nak soal selidik apa semua. Yang aku tahu anak aku tak salah dalam hal ni. Tapi betina jalang tu yang gatal sangat mulut dia nak bercakap dengan anak aku sampai maruah dia dicampak-campak macam tu je" balas makcik Tiara seraya memeluk bahu Dinara. Air mata anak gadisnya itu sudah kering.

Farish masih dalam keadaan sama. Berada di hadapan Dahlia. Melindungi tunangnya itu.

Dinara memandang Farish dengan gaya manja seperti anak kecil. Meminta perhatian lelaki itu. Tapi malangnya, Farish menghadiahkan jelingan sahaja kepada Dinara. Wajah Dinara berubah cemberut kerana dihadiahkan 'jelingan' oleh lelaki yang disukainya.

"Sini betina jalang tu..." ujar Tiara seraya cuba mendapatkan Dahlia yang berada di belakang Farish. Dia masih berasa marah dengan Dahlia.

Farish dengan badan yang tinggi dan sedikit sado mampu menghalang tangan Tiara daripada menyentuh sedikit pun badan Dahlia selepas apa yang dilakukannya.

"Jangan berani-berani lagi nak sentuh dia." Farish memberi amaran.

"Makcik nak tau tak? Kami akan awalkan tarikh perkhawinan kami berdua. Lebih awal dari makcik sangka" ujar Farish seraya menarik hujung lengan baju Dahlia dan mereka berdua berjalan keluar.

Mereka berhenti seketika.

"Ummi , abah , Farish hantar Dahlia balik dulu" pamit Farish. Fatimah dan Fakhrul mengangguk setuju. Melihat keadaan pipi Dahlia yang sangat merah membuatkan mereka berdua juga risau.

Farish menyarungkan kasutnya , disusuli dengan Dahlia. Ketika mereka hendak mengorak langkah,Dahlia melepaskan pegangan daripada Farish dan menyalam ummi Farish.

"Err Lia minta maaf sebab buat kecoh. Malukan keluarga ummi. Maafkan Lia ye ummi" ujar Dahlia seraya menyalam tangan Fatimah. Fatimah pula yang rasa hendak menangis dengan keadaan Dahlia yang luka di tepi bibirnya. Menambah lagi kesenduaan Fatimah.

"Takpelah. Ummi tau Dahlia tak salah pun. Insyaallah , Allah lebih mengetahui" tutur Fatimah seraya memeluk Dahlia seerat-eratnya. Fatinah berjalan menuju ke arah Fatimah dan Dahlia. Dia juga masih keliru dengn kejadian tadi.

Fatimah meleraikan pelukan. Dahlia berarah pula ke Fatinah.

"Maaflah tadi bising sikit kat dalam tu" ujar Dahlia seraya memegang tangan Fatinah. Fatinah mengukir senyuman. Dia juga tertanya-tanya kenapa tepi bibir Dahlia luka. Sedih? Ya dia juga sedih melihat keadaan Dahlia yang tidak bermaya.

"Akak balik dulu. Assalamualaikum" tutur Dahlia. Selepas berbalas salam , Dahlia dan Farish mengatur langkah ke kereta Ford Ranger  milik Farish berwarna hitam.

Farish membukakan pintu kereta untuk Dahlia masuk. Dahlia menghadiahkan senyuman.

Ish sweet pula dia ni! , desis hati Dahlia.

Paling Aku Cinta ✔️Where stories live. Discover now