-3-

8.6K 319 5
                                    

Dalam perjalan pulang , Hanis berasa hairan kerana Dahlia tidak membebel pun seperti yg dia bayangkan di mall tadi.

Kena rasuk ke kawan aku ni? Takde suara membebel pun. Isk! Kalau dia membebel kau juga kena hadap , apalah bongok betul! , desis hati Hanis.

Dahlia kelihatan seperti sedih. Entah kenapa hatinya luluh selepas berjumpa Izuan di mall tadi.

"Beb , kenapa mengelamun je dari tadi ni?" soal Hanis sambil memetik jari manakala tangan yg lagi satu memegang stereng kereta.

Lamunan Dahlia terus saja terhenti bila Hanis memetik jarinya.

"Takde apa2 , tiba2 je aku ingat arwah"

"Arwah mana pula ni?" soal Hanis sambil mengerutkan keningnya.

"Arwah abang aku , Aiman Daniel"

Mulut Hanis berbentuk 'O'. Dahlia juga mempunyai seorang abang lagi dan merupakan anak sulung dari 3 adik-beradiknya tetapi dia sudah meninggal dunia semasa Dahlia berumur 17tahun. Banyak yg dilaluinya ketika berumur begitu. Abangnya meninggal kerana tumor otak dan keluarga Dahlia pula tidak mampu merawat penyakit abangnya itu.

"Kenapa kau teringat pula? Nanti kau sedih lagi" ujar Hanis yg risau akan kawannya itu.

"Izuan tu mengingatkan aku dengan arwah abang aku. Entahlah kenapa" luah Dahlia seraya mengeluh kecil.

Hanis senyum tipis , dia berasa simpati dengan apa yg dihadapi Dahlia.

***
TIT TIT TIT!

Jam lonceng Dahlia berbunyi. Sudah menunjukkan jam 530. Dahlia bangun dari katil lalu mencapai tuala dan mandi. Selesai saja dia membersihkan dirinya , dia pergi ke bilik Hanis.

TOK TOK!
Tiada sahutan yg didengar oleh Dahlia. Dia lantas memutar tombol pintu bilik Hanis dan kelihatan Hanis masih lagi tidur.

Belum sempat dia mengejutkan Hanis , dia ternampak sesuatu berwarna biru di meja solek Hanis. Dia mendekati meja tersebut.

Aik Hanis haid ke? , soal Dahlia dalam hati. Tetapi kebiasaannya , Hanis tidak akan meletakkan pad nya di luar. Dia akan meletakkannya di dalam almari konon takut Dahlia curi. Hahhaah ups!

Dahlia tidak mengejutkan Hanis malah berlalu keluar dari biliknya dan menutup pintu kerana dia yakin yg Hanis sekarang haid.

Dia masuk ke dalam biliknya lalu mencapai telekung , membentang sejadah dan memulakan solat subuh.

***
"Hanis ooo Hanis!" jerit Dahlia dari ruang tamu. Jam tangan miliknya di kerling.

"Yaallah hamba mu satu orang ni tak bangun lagi , dah jam 630. Takkan tak kerja kot" bebel Dahlia seraya menaikki tangga dan menuju ke bilik Hanis.

Apabila dia masuk ke dalam bilik tersebut dia ternganga.

"Kenapa dah bilik kau ni macam zoo Hanis?" soal Dahlia dengan nada tegas.

"A..ku saki..t pe..rut" ujar Hanis tersekat-sekat seperti tertelan biji rambutan.

Dahlia yg berada di depan pintu terus mencapai Hanis lalu membaringkannya ke atas katil kerana Hanis tadi duduk di tepi pintu tandas.

"Kau haid ke?" soal Dahlia seraya menyelimutkan Hanis.

Hanis mengangguk. Hanis memang tidak boleh bab2 sengugut ni dah macam nak terberanak.

"So kau tak kerja ke harini?" soal Dahlia

"Tak harini aku off. Esok baru aku kerja" ujar Hanis

Paling Aku Cinta ✔️Where stories live. Discover now