-27-

4.4K 178 1
                                    

"Tapi......" suara Dahlia meleret.
"No excuse" ujar Farish.

Dahlia mendengus perlahan seraya memandang ke hadapan. Menikmati keindahan pantai yang terhidang.

"Awak pernah ada boyf tak?" soal Farish.

Kening ditautkan , "Kenapa tanya?" soal Dahlia. Mata mereka berdua masih fokus dengan pantai di hadapan.

"Saja. Saya pun nak tahu siapa je yang berjaya curi hati awak"

Dahlia julingkan mata ke atas.

"Ada" balas Dahlia. Badan Farish yang lembik terus kembali tegak. Farish pandang Dahlia.

Air liur diteguk, "Siapa?" soal Farish ragu-ragu. Nada suaranya cuba dikontrol supaya tidak terlalu ketara yang dia tu sedang curious.

"Tekalah" ujar Dahlia. Senyuman disembunyikan.

"Haihs. Manalah saya tahu" balas Farish. Keluhan dilepaskan.

"Alah! Encik tau siapa orangnya!"

Farish mencantumkan keningnya, "Saya kenal ke?" soalnya. Dahlia mengangguk.

"Apa huruf depan nama dia?" soal Farish. Macam sedang bermain kuiz pula dia. Dahlia memandang Farish. Senyuman dihadiahkan.

Farish sudah terjongket-jongket keningnya.

"Hm huruf lepas 'D' apa?" soal Dahlia
"E" balas Farish
"Lepas 'E'?"
"F"

Dahlia diam. Dia sudah memberikan petunjuk. Farish masih bingung,"Kenapa tak sambung lagi?" soalnya. Macam seronok pula main abc ni.

"Saya dah bagi petunjuk tu" ujar Dahlia. Dia mengangkat kening kanannya berkali-kali.

Farish masih cuba mentafsir.

Huruf F kan yang last? So means huruf F ialah nama pertama lelaki tu! , ujar hati Farish girang.

"Fared?" teka Farish apabila dia dapat menangkap maksud Dahlia. Dahlia menggeleng.

"Fahmi?" Dahlia geleng lagi.
"Faizul? Firman? Fendi? Fihad? Fuad?" semua nama tersebut Dahlia geleng.

Farish nampak seperti mengalah , "Bagitahu jelah. Saya mengalah. Nama lelaki yang huruf F bukan sikit , banyak nak mampos. Nanti sampai subuh saya teka tapi semua salah" ujar Farish.

"Alah! Tekalah lagi! Encik tu tau sebenarnya" gesa Dahlia. Farish berkerut.

"Huhh yala yala" balas Farish. Dia menjeling sekilas. Dahlia tersenyum menang.

"Firdaus? Fauzan?" Dahlia geleng. Farish lepaskan keluhan.

"Bagi hint lain lagi boleh tak?" pinta Farish. Dahlia berfikir sejenak sebelum mengangguk.

"Huruf terakhir ialah 'H'" ujar Dahlia. Senyuman sinia ditayangkan.Farish diam sekejap. Otaknya masih ligat memikirkan nama lelaki yang berjaya mencuit hati Dahlia.

"Farish?" teka Farish. Kening dikerutkan menunggu respon dari Dahlia. Dahlia tahan senyum.

Alamak betullah pula , desis hati Dahlia.

"Bingo" ujar Dahlia. Farish melebarkan senyumannya. Rasa ingin peluk Dahlia je sekarang! Eh bukan mahram.

"Nak juga berselindung" ujar Farish sinis. Senyuman tidak lekang dari bibirnya begitu juga Dahlia. Ingin saja Dahlia ketawa terbahak-bahak sekarang kerana sikap Farish yang bangga dapat meneka.

Tapi ditahannya kerana di pantai ni bukan mereka saja ada ramai manusia.

"Saja je. Test" balas Dahlia.
"So maknanya , saya lah ni lelaki pertama yang buat awak jatuh hati? Eh jap...." Farish buat muka terkejut. Dahlia memandang Farish pelik.

Paling Aku Cinta ✔️Where stories live. Discover now