-22-

4.9K 201 0
                                    

*HAPPY NEW YEAR , 2020 🇲🇾

Dahlia mengatur langkah menuruni tangga menuju ke pelamin yg sudah disediakan sejak semalam. Juru gambar yg diupah tidak henti-henti mengambil gambar begitu juga dengan tetamu yg lain masing2 dengan kamera telefon mereka.

Semua mata kini tertancap memandang dia. Ada yg memuji dia cantik , ada yg mata tidak berkelip langsung dan ada semualah. Barang hantaran dari pihak lelaki yg kemas tersusun menarik perhatian Dahlia. Sejak dia turun tangga , dia asyik memandang barang hantaran tersebut.

Sungguh mewah hantaran dari pihak lelaki dibalas pula dari pihak perempuan yg sederhana sahaja. Cincai saja bah bosku. Selang beberapa minit Dahlia melabuhkan punggung di atas pelamin , seorang wanita tua datang menghampirinya.

Perasaan gementar , takut dan gemuruh semua bercampur baur. Dahlia mengangkat muka setelah lama tunduk bermain dengan jari-jemarinya. Apabila Dahlia melihat siapa bakal ibu mertuanya , dia kaku sekejap. Senyuman semakin pudar.

Macam kenal pula makcik ni , desis hatinya.

Puan Fatimah hanya menghadiahkan senyuman kepada Dahlia sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah kanan Dahlia. Dahlia pula masih dalam proses mengingati.

Puan Fatimah mencapai tangan kiri Dahlia dan menyarungkan cincin dijari manis Dahlia. Dahlia akur. Ya inilah keputusannya. Keputusan untuk bergerak selangkah ke arah hubungan yg diredhai Allah s.w.t. Selesai saja menyarungkan cincin , Dahlia menyalam dan mencium tangan Fatimah. Lama. Sudah lama dia tidak mencium tangan seorang ibu. Ups bakal eh bakal.

Usai sahaja menyalam , bacaan doa dimulakan untuk menandakan rasa syukur atas terjalinnya satu ikatan.

"Tahniah Dahlia" ujar Fatimah dengan senyuman selepas meng-amin-kan doa. Dahlia memandang Fatimah dan membalas senyumannya. Dari situ baru dia teringat ! Siapa gerangan wanita tua dihadapannya itu.

"Saya ni ibu dia" balas Fatimah dengan senyuman yg tidak lekang dari bibirnya. Air liur Dahlia tersangkut di kerongkong. HAHAHAHA

"O..h.. Jemputlah masuk puan" ujar Dahlia tergagap-gagap.

"Jangan terkejut sangat" balas Fatimah. Dahlia mengangguk.

"Jangan panggil puan , panggil aunty je" ujar Fatimah dengan senyuman yg sukar ditafsirkan.

Dahlia terkedu , aduhai anak dia taknak kena panggil boss , mak dia suruh panggil aunty pula. Memang keturunan diaorang ni suka perasan muda ke? , desis hati Dahlia.

"Baiklah aunty. Jomlah saya tunjukkan jalan" ujar Dahlia kekok. Fatimah mengangguk.

Mulut Dahlia terlopong bila teringat akan peristiwa haritu. Fatimah ketawa kecil dengan sikap Dahlia.

"Aunty ni yg dekat pejabat tu kan?" soal Dahlia ingin kepastian. Fatimah mengangguk. Senyuman dibibirnya sedikit pun tidak pudar. Dahlia sekali lagi terkejut. Dia memandang sekeliling untuk mencari tunangnya.

Yaallah jangan cakap dia ! Tolong jangan cakap dia tu tunang aku yaallah ! , pinta Dahlia dalam hati seraya matanya melilau mencari kelibat tunangnya. Apabila dia memandang hadapan , pencariannya terhenti. Jantungnya , nafasnya , nadinya semua bagai tidak berada pada paras normal. Senyuman dibibirnya tiada.

Tunangnya yg berdiri 4meter dari dia melambai ke arahnya dengan senyuman , tangan diseluk di saku , memakai kurta kuning krim , seluar berwarma hitam.

Argh kenapa hensem ni?! , soal hati Dahlia.

Fatimah yg ternampak Farish di situ segera meninggalkan Dahlia sendiri di pelamin memberi mereka ruang berbincang.

Paling Aku Cinta ✔️Where stories live. Discover now