53.

1.6K 76 0
                                    

"Bila awak sampai?"tanya Yuan sambil menanggalkan topeng mulut dia dari wajah.

Reyna yang seperti baru dipanah cinta tak berkedip memandang Yuan. Mata dia ikut bergerak setiap kali Yuan bergerak. Ajaib betul!Kenapa la Yuan ni bagi kesan yang mendalam dekat dia?

Yuan berkerut kening pelik bila Reyna diam dan perhatikan dia macam tu. "Kenapa?Ada yang tak kena dengan saya ke?"

"Sejak bila awak datang jenguk mereka?"soal Reyna dengan nada sedikit terkejut. Dia gembira dan terharu pada masa yang sama kerana bersyukur sebab Yuan terima kehadiran kembar dua orang tu lepas Jenny meninggal dunia buat pertama kali sejak mereka lahir.

Mata Yuan bergerak ke cermin kaca bilik rawatan anaknya buat seketika sebelum.kembali memandang Reyna.

"Hari ni.."jawab Yuan semasa menundukkan mata ke bawah. Dia malu nak pandang Reyna. Malu sebab dia jadi seorang ayah yang tak bertanggungjawab sebab tak lawat anak sendiri sejak mereka di lahirkan. Pasti Reyna bencikan dia!

Tak apa, hari ni ke esok asalkan lelaki ini lawat anak-anak!

Perlahan-lahan Reyna mendekati Yuan sebelum melingkarkan tangan ke sekeliling tulang rusuk Yuan lalu bersandar pada dada lelaki itu. Hela nafas lega dilepaskan oleh Reyna dengan panjang.

"Terima kasih sebab lawat mereka."ucap Reyna dengan mata terpejam.

Yuan angkat tangan lalu memeluk belakang badan Reyna sebelum tunduk mengucup tepi kepala Reyna. "Maafkan saya sebab baru jenguk mereka hari ni...saya tak bersedia sebelum ni..."luah Yuan dengan kesal.

Kehilangan Jenny pun dah satu tamparan yang besar untuk Yuan. Inikan lagi nak menghadap punca kematian isteri dia, memang sukar la untuk dia!

Reyna mengangguk kepala faham. Dia sendiri pun salah sebab hanya fikir tentang perasaan dia je, tapi tak pernah fikir tentang apa yang Yuan rasakan sejak awal lagi. Yalah, Jenny meninggal dunia sebab nak kekalkan kandungan dia. Pasti sukar untuk Yuan terima kembar dua orang ni.

Reyna betul-betul rasa serba salah sekarang ni, dia asyik sedih fikirkan perasaan dia terhadap Killian sampaikan lupa tentang apa yang Yuan hadapi selama sebulan ni. Kerana itu, dia bencikan Yuan sebab sikap pentingkan diri Yuan tanpa tahu apa perasaan yang ditanggung oleh Yuan sebenarnya.

"Semua ni bukan mudah untuk saya Reyna.." luah Yuan dengan perlahan semasa merehatkan dagunya ke atas kepala Reyna. Dia stress! "Saya harap awak faham...tolong jangan bencikan saya sekiranya saya bersikap acuh tak acuh soal mereka berdua."ucapnya dengan lirih. Hati dia masih sakit dan kecewa. Dia nak nangis sangat, tapi dia penat. Penat yang amat!

Reyna yang dengar perlahan-lahan dongakkan kepala ke atas.

Yuan angkat dagu dia dari kepala Reyna lantas tunduk memandang Reyna dengan pandangan redup.

Mereka berdua saling bertentangan mata buat seketika tanpa bersuara seakan menghantar pesanan melalui renungan itu.

Dengan sedih Reyna tekap kedua-dua pipi Yuan lalu tarik kepala lelaki itu supaya tunduk ke bawah. Walaupun bertumit tinggi, dia terpaksa jengketkan kaki untuk itu.

"Saya faham."ucap Reyna sebelum mengucup dahi Yuan dengan sebak. Dia minta maaf sangat pada Yuan sebab biarkan perasaan dia menguasai rasionalitinya.

Bila bibir Reyna hinggap di dahinya, Yuan terus memejam mata kelegaan. Tangannya memegang pinggang Reyna untuk bantu wanita itu menjengket.

Oleh kerana terlalu gembira dan sedih Yuan dengan senyap menitiskan air mata dari balik cermin mata rabun jarak jauhnya itu.

"Terima kasih Reyna.."ucap Yuan dengan suara mengigil hendak menangis.

Reyna lingkarkan tangan ke sekeliling leher Yuan lalu ikut menangis menyembam muka ke ceruk leher Yuan. Patutnya dia yang minta maaf sebab marahkan Yuan untuk semua ni! Tak patut dia salahkan Yuan!

Bukan Yuan yang mintak semua ni terjadi.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now