46.

1.5K 83 2
                                    

Dia penat. Dia tak kuasa lagi nak hadap semua ni lagi. Cukup tu cukup!

"Kenapa Jenny...kenapa kau buat semua ni?" bisik Reyna bersama air mata bergenangan dekat kelopak mata.

"Sebab ni je peluang yang aku ada. Kalau aku gugurkan kandungan tu, aku mungkin selamat tapi akan takkan dapat mengandung lagi.."luah Jenny.

Yuan berdiri dekat situ memerhati dua sahabat karib tu tenggelam dengan air mata masing-masing itu tak tunjukkan sebarang emosi di wajah dia.

"Jangan tinggalkan aku..."minta Reyna masa tunduk ke bawah merehatkan kepalanya ke dada Jenny. "Aku merayu Jenny...tolong la jangan tinggalkan aku.."

Jenny mengerling ke Yuan sewaktu mengusap belakang kepala Reyna. Dia tak ada banyak masa lagi. Jadi dia kena cepat. Dia kena tunaikan ikrar dia yang dia angkat iaitu itu untuk bahagiakan Reyna.

Lantas Jenny memberi anggukan kecil pada Yuan sebagai isyarat untuk suaminya lakukan seperti apa yang dia rancang.

Yuan yang nampak berpaling keluar dari situ.

"Rey...aku dah tak ada banyak masa lagi.."

Reyna angkat kepala bersama wajah basah dengan air matanya. Dia pandang Jenny tersedu sedan.

"Ingat janji kau dekat aku hari tu?"tanya Jenny.

Reyna menyedut hingusnya yang mahu turun dengan sedih lalu mengangguk kepala.

"Aku nak kau tunaikannya dekat depan aku.."

Semakin deras air mata Reyna bila dia dengar. Rasa tak adil pun ada. Sampai hati Jenny buat dia macam ni. Kenapa semua orang nak tinggalkan dia?

Waktu tu Yuan berjalan masuk dengan seorang lelaki bersut hitam ke dalam bilik lalu berdiri di seberang katil satu lagi.

Reyna angkat kepala dia lalu memandang bingung ke Yuan dan lelaki bersut dekat sebelah katil tu.

"Reyna..please. tunaikan permintaan terakhir aku ni.."rintih Jenny masa dia memejam mata menahan sakit yang sedang bertandang.

Reyna pandang Jenny sewaktu air matanya mengalir turun ke pipi. Sambil tersedu-sedu Reyna mengangguk kepala.

Jenny menarik senyuman lega di bibir. "Kahwini Yuan dan jaga anak-anak aku lepas aku dah tak ada nanti..."minta Jenny bersama linangan air mata turun dari tepi matanya.

Terus menekup muka Reyna lantas teresak-esak menangis. Bahunya mengeletar kuat kerana menahan diri dari meraung dekat situ.

Jenny pegang pergelangan tangan Reyna dan tarik tangan tu turun ke bawah. "Please Reyna..."rayu Jenny bersama nafas tersekat-sekat.

"Aku tak boleh..."geleng Reyna tiada semangat. "Kenapa kau buat aku macam ni...?"tanya dia dengan sedih.

Jenny yang lihat ikut menangis. "Sebab kau kawan aku dan kakak yang aku sayang sampai akhir nafas aku...tolong Reyna..ini permintaan terakhir aku..."

Dengan kening berkerut-kerut sedih, Reyna tatap wajah Jenny. Bawah bibirnya di gigit sedih sebelum mengangguk setuju.

Jenny gerakkan kepala dia ke Yuan lalu memberi anggukan setuju pada suaminya.

Lalu lelaki bersut tadi buka satu fail yang terisi dengan sehelai borang. "Saya adalah pegawai pendaftaran sijil perkahwinan. Di sini saya menjadi saksi anda tandatangan borang ini..." ujar lelaki itu sewaktu menyua muka fail itu lada Reyna.

Reyna mengerling ke fail tu lalu ke Yuan.

"Pihak lelaki sudahpun menandatangani borang, kini giliran pihak perempuan pula.."aju lelaki tu pada Reyna sambil menghulurkan pen.

Borang tu di pandang Reyna buat seketika. Dia termenung mengenangkan semua yang terjadi.

"Dah berapa lama kau rancang semua ni?"soal Reyna sebelum memandang Jenny.

"Just sign it...please"rayu Jenny.

Dah tak tahu nak buat apa, Reyna berserah. Dia capai pen tu lalu menandatangan borang pendaftaran perkahwinan tu. Selesai tandatangan dia pandang Jenny.

Senyuman nipis terukir dibibirnya"Terima kasih Reyna...."ucap Jenny.

Air mata berjuraian turun membasahi pipi Reyna masa dia pandang Jenny.

"Sini..bagi aku peluk kau.."minta Jenny sambil depakan tangan.

Tanpa berlengah Reyna peluk Jenny, dia rehatkan kepalanya dibahu Jenny.

"Selamat jalan sahabat...jumpa di lain masa." pamit Jenny masa pejam mata lalu melepaskan hela nafas terakhir bersama senyuman dibibir.

Reyna tekup muka dia ke dada Jenny lalu meraung sekuat hati. Dia peluk erat tubuh layu itu sambil teresak-esak kuat.

Yuan tunduk memandang ke lantai dengan kedua-dua tangan di depan perut.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now