04.

1.8K 119 0
                                    


"Macam mana perjumpaan awak dengan Killian hari ni?"akhirnya Yuan bersuara semasa Reyna sudahpun berdiri dihadapan meja seperti  tunggul sejak tadi semata menunggu lelaki ini selesai membaca isi laporan perkembangan projek papan iklan billiard board mereka.

Kening Reyna terangkat dibuat soalan yang diajukan. Kenapa dengan perjumpaan itu?

"Apa maksud awak?"soal Reyna dengan nada mendatar dan perlahan. 

Yuan Lee, CEO dan ketua pengarah projek Reyna. Orang yang bertangungjawab mengenai mana-mana projek yang berlangsung dibawah naungan syarikat tu.

"Macam mana orangnya?Okay ke tak?"tanya Yuan lagi semasa selak muka surat seterusnya.

Nak dia katakan apa?Semakin tidak faham, Reyna mendiamkan diri buat seketika. Cuba mengatur kata supaya kedengaran sopan.

Macam mana lagi ya? Macam orang la kan.  Ramai-ramai klien dan orang yang ditemui sepanjang empat tahun dia bekerja semuanya sama aje. Tak ada pulak yang kelihatan seperti alien atau ganjil.

Nak untung lebih tapi tak nak bagi effort, nak duit banyak tapi tak nak labur dulu. Nak tunggu duit orang lain baru bagi duit. Itu belum lagi yang sanggup jual maklumat syarikat sendiri semata nak dapatkan posisi tertinggi dan jalan singkat untuk berjaya.

"Biasa."jawab Reyna dengan pendek.

Jawapan Reyna mengundang keluhan kesal dari Yuan. Memang dia sudah mengetahui  karakter Reyna bagaimana. Tapi ada masa tu tercengang jugak dia bila Reyna bagi reaksi selamba begini. Ada ke patut cakap biasa? Reyna tak kenal ke siapa Killian Salvator yang sebenarnya?

Dan takkan la lelaki kacak lagikan muda seperti Killian itu sedikit pun  tidak mengutik hati kayu Reyna ni?

"Seriously?Takkan ini aje reaction awak lepas berjumpa dia?Awak tau tak betapa sukarnya saya nak aturkan perjumpaan dengan lelaki tersibuk dalam abad ni seperti Killian tu... bolehnya awak kata biasa? Seriously?Biasa?!"luah Yuan tidak percaya dengan respons Reyna.

Reyna yang dengar semakin tidak faham. Dah kenapa dengan bos dia ni?Perlu ke sampai macam ni sekali reaksinya. Memangnya dia ada salah kata ke? "Apa yang tak kena?"

Yuan tepuk dahi dia dengan tangan kiri yang ditopang siku pada meja lantas menggeleng kepala tak percaya.

"Serius la?Awak langsung tak sedar apa-apa ke?"tanya Yuan masa angkat kepala untuk pandang kawan baik satu kolejnya dan pembantu kesayangan dia pada masa yang sama ni.

Reyna pandang kiri dan kanan dengan matanya saja. Cuba hendak cari sesuatu yang dia boleh gunakan sebagai jawapan. Tapi tak. Satu jawapan pun tak ada.

"Kenapa?Cuba beritahu saya apa yang tak kena?"tanya Reyna dengan mendatar. Dia nak ekpresikan reaksi dia tapi dia tak tahu macam mana sebab dia tidak faham apa yang Yuan maksudkan.

"Reyna sayang...just think deep okay. Awak tak rasa pelik ke kenapa saya suruh awak yang gantikan saya untuk perjumpaan tu sedangkan saya boleh pergi?Dan awak tak kenal ke siapa lelaki yang awak temui tadi?Awak tak rasa pelik ke dengan kertas kerja yang awak terima tadi?Huh?"soal Yuan dengan nada tak percaya dia.

Reyna tunduk pandang ke lantai karpet bawah kakinya. Cuba mengimbas semula pertemuan dia tengah hari tadi. Lelaki yang dia temui itu berkaca mata dan sedikit berbeza dari yang dia pernah temui. Dan perjumpaan tu sama seperti perjumpaan kerja yang lain. Apa yang dia kena faham kan lagi dekat sini?

"Saya masih lagi tak faham."jawab Reyna tak lama lepas tu.

Yuan melepaskan hela nafas panjang kesalnya. Dia mengalah. Tak ada gunanya dia main teka teki dengan kawannya yang seorang ni. Memang Reyna bijak, tapi bukan semua hal. Ada sesetengah perkara tu Reyna sama sekali zero mengenainya.

"Dia adalah Killian Salvator, pemilik dan pengasas syarikat CJ enterprise terbesar di Asia....takkan awak tak cam dia masa perjumpaan tadi?Dan saya aturkan date dengan awak bersama dia...proposal tu cuma alasan untuk buatkan pertemuan tu tak janggal..."jelas Yuan.

Reyna yang dengar tak bagi apa-apa reaksi. Tak terkejut atau apa. Yalah bukannya dia kenal siapa lelaki yang dimaksudkan Yuan. Blind date yang dimaksudkan bukannya kali pertama Yuan aturkan untuk dia.

Sepanjang empat tahun dia bekerja dengan Yuan, sepanjang masa tu juga Yuan berusaha mengaturkan blind date untuk dia. Nak jadi kawan mithali la katakan. Mentang-mentang la lelaki ni dah kahwin sementara dia masih solo.

"Awak dah putus dengan si kaki pisau cukur tu kan...so apa salahnya awak try hubungan lain dengan orang lain yang mana lagi bagus dari si pendek tu.."ujar Yuan yang kembali meneliti laporan Reyna.

Terus Reyna teringat akan Henry. Lelaki yang dia jadikan teman lelaki semata nak isi kekosongan hati dia tapi tak berjaya. Sikit pun dia tak rasa apa-apa bila bersama dengan Henry. Kesian punya pasal dia kekalkan hubungan tu. Yalah Henry tu bukan la lelaki yang berasal dari keluarga senang. Dia faham apa rasanya hidup dalam kedaifan dan serba kekurangan. Jadi dia cubalah berikan apa yang perlu pada Henry but end up dia yang digula-gulakan dengan Henry.

"Lepas ni jangan awak rosakkannya. Cuba yang terbaik untuk ambil hati dia..sebab dia adalah kunci kebahagiaan awak."pesan Yuan dengan serius.

Reyna yang dengar cuma diam termenung memandang tangan Yuan yang seronok conteng laporan dia. Entah apa lagi yang lelaki tu tak puas hatikan lagi.

"Saya tak nak tengok awak terus menerus hidup macam ni..."Yuan kerling ke Reyna.

Yuan kenal Reyna sejak Reyna 18 tahun sampai sekarang. Dia dah hadam sangat dengan semua mengenai Reyna. Segalanya!Jadi apa-apa khabar angin yang tersebar mengenai Reyna, Yuan adalah orang yang lebih tahu dari mana-mana manusia dekat muka bumi ni. Baik buruk Reyna hanya Yuan saja yang tahu.

"Tengok la nanti..."balas Reyna.

"Jangan tengok je...buat apa saya suruh. Tak susah pun..."arah Yuan lagi.

Renungan dalam Reyna terarah pada kepala menunduk Yuan.

7. Forever I'm For YoursWhere stories live. Discover now