05.

1.6K 119 0
                                    


Atas hitam. Bawah hitam. Tengah hitam. Semuanya hitam. Tiada warna lain yang menghiasi walk in cabinetnya itu. Dari kasut,handbag,aksesori,jam tangan dan make up semuanya unsur hitam. Kalau nak buat muzium barang bertemakan hitam boleh buat ni.

Seusai mengemas almari pakaian tu, maid yang bertugas tu kemudiannya slide pintu almari tutup sebelum berpaling dari situ.

"Cik. Saya dah bersihkan kabinet ni seperti yang cik arahkan.."Gina, maid 45 tahun. Wanita yang sudah bekerja untuk Reyna itu bersuara.

"Terima kasih untuk tugasnya. Awak boleh balik. Jumpa esok pagi..."balas Reyna dengan mendatar semasa menyangkut kot di hanger lalu digantungkan ke rak kot.

Gina tunduk hormat pada tuannya dengan ikhlas. "Maafkan saya cik. Sebelum tu boleh saya minta izin untuk cuti dua hari...?" mintanya takut-takut dengan kepala tunduk ke bawah dan tangan berada di depan perut.

Reyna yang dengar terus berpaling, dia yang tinggi melampai tu buatkan Gina kelihatan kerdil di depannya.

"Cuti?sekali lagi?Bukan ke dua hari lepas awak mintak cuti?Ini cuti lagi?"tanya Reyna.

"Saya tahu cik. Kalau cik nak potong gaji saya sekalipun saya tak kisah..." ujar Gina.

Reyna pandang kepala Gina buat beberapa saat sebelum bersuara. "Sesuatu berlaku ke?"tanya dia.

Gina angkat kepala perlahan-lahan sebelum dongak sedikit untuk pandang Reyna dengan sedih.

"Cik dah tolong saya banyak. Saya tak berani nak susahkan cik lagi...biar la saya uruskannya sendiri.."jawab Gina.

Reyna silangkan tangan ke dada lalu menatap Gina dengan serius. "Apa yang dah berlaku Gina?Awak sendiri tahu saya tak pernah nak mengungkit dengan apa yang saya dah buat untuk awak..."

Gina geleng kepala tak nak beritahu.

Tak mahu menekan Gina lagi Reyna turunkan tangan ke bawah. Ya sudah, kalau dah tak nak ditolong dia boleh apakan lagi.

"Baik la. Awak nak cuti berapa lama yang awak perlukan. Cuti la. Saya takkan tolak gaji. Tapi ingat sekiranya ada apa-apa, lekas-lekas beritahu saya...."pesan Reyna dengan dingin.

Kalau orang yang tidak mengenali Reyna mungkin akan dengar nada Reyna setiap bercakap kedengaran tidak ikhlas nak membantu. Tapi bagi Gina yang dah tiga tahun bekerja untuk Reyna sedia maklum sikap Reyna yang sememangnya dingin tak ada perasaan. Namun begitu, jauh di sudut hati Reyna ada soft spot untuk orang yang memerlukan.

"Baik cik. Terima kasih."ucap Gina dengan senyuman berterima kasih dia.

Tanpa bersuara Reyna berpaling dan keluar dari walk in cabinetnya dan naik ke tingkat atas penthousenya. Penthouse pemberian dari Yuan sendiri sebagai hadiah terima kasih selepas dia menolong Yuan mendapatkan projek berharga 20 juta dan menaikkan nama syarikat lelaki itu dua tahun lepas.

Ambil kesempatan?

Nah!Dia tak gelar ini sebagai mengambil kesempatan. Bagi Reyna bila ada yang memberi dia terima. Kalau diminta semula dia pulangkan. Simple as that. Bukan dia yang mintak, tapi diberi. Beza di situ ya. Lagipula dia sendiri boleh beli penthouse ni dengan duit gaji yang dia peroleh selama setahun bekerja dekat syarikat Yuan. Jadi tak adanya isu di sini.

Orang sekeliling aje yang suka mencucuk untuk menjengkelkan dirinya dengan berkata buruk mengenai perihal hidup dia.

Sesampai saja Reyna di dalam biliknya, Reyna disapa dengan kesunyian bilik tidurnya. Sangat sunyi sampai dia rasa sesak sangat nak duduk lama-lama dalam tu. Dan bila dia duduk dekat birai katil, Reyna terpandang bingkai gambar di dinding biliknya.

Di bingkai-bingkai gambar tu terisi dengan gambar yang diambil semasa ibunya masih hidup. Dan setiap gambar di situ dihiasi dengan senyum tawa dari Reyna sendiri masa remaja dulu.

Gambar semasa dia terima anugerah pelajar cemerlang, masa dia terima anugerah ratu cantik sewaktu disekolah rendah dulu, gambar semasa dia menang perlawanan akhir bola jaring sewaktu di sekolah menengah rendah.

Dan akhir sekali gambar dia graduasi. Tiada peneman. Hanya sendirian tanpa teman, berdiri disitu tanpa senyuman. Air muka langsung tiada ekpresi.

Tak sangka cepat betul masa berlalu. Dan tak sangka begitu banyak perubahan yang berlaku pada diri tanpa dia sedari. Perubahan yang dia sendiri tak nak ubah.

Kalau dulu dia banyak senyum dan ketawa. ..Kini tidak lagi. Mungkin kerana faktor usia. Tapi mostly perubahan diri dia berpunca dari manusia sekeliling yang memaksa dia jadi apa yang dia jadi sekarang!

7. Forever I'm For Yoursحيث تعيش القصص. اكتشف الآن