"Dah2..tak yah dok tenung budak tu lelama. Kita nak kena pergi sekolah tau..tak pasal2 kau kena denda sebab lambat pada hari first  kau sekolah kat sana," ujar Nik sambil mencekak pinggangnya.

  "Aku budak baru kut! asal pulak diorang nak denda2 aku?" ujar Putera Zack tidak berpuas hati.

  "Sebab aku lah ketua pengawas yang kejam tu," ujar Nik sambil berlari jauh daripada Putera Zack yang seakan-akan mengeluarkan aura hitam daripada badannya. Terus sahaja badannya meloloskan diri ke luar istana apabila dia dapat merasakan Putera Zack juga sudah mula membuka langkah untuk mengejarnya. Mati lah nakk!

                              (づ。◕‿‿◕。)づ

Sampai sahaja di perkarangan sekolah semua mata memandang ke arah Putera Zack dan Nik yang melepasi pagar sekolah. Semua yang memandang ke arah mereka mula berbisik-bisik sesama mereka. Mana tidaknya..sewaktu ini penampilan Putera Zack dan juga Nik bagaikan langit dan bumi. Tidak dapat dinafikan bahawa Nik juga mempunyai rupa paras yang segak. Matanya tidaklah begitu besar dan tidak begitu sepet, kulitnya juga agak cerah bagi seorang lelaki.

  "Nik bawak siapa tu masuk sekolah kita? Euww! Gross!" ujar salah seorang pelajar perempuan di situ apabila mereka berselisih. Namun pelajar perempuan tersebut terkedu seketika apabila terpandang mata kelabu cair milik Putera Zack.

  "Nisya, jangan sampai aku report  dekat pengetua yang kau menghina pelajar lain kat sekolah ni," ucap Nik dengan nada mendatar. Matanya mencerlung ke arah Nisya dengan berniat untuk memberikan denda kepadanya. Belum sempat Nik mengatakan apa2 tangannya terus ditarik oleh Putera Zack ke arah tandas lelaki yang berdekatan.

  "Hmphh..dasar nerd cengeng!" ejek Nisya apabila mereka sudah beberapa tapak menjauhinya. Penakut!

                             (づ。◕‿‿◕。)づ

  "Sekarang ni kau dah kenapa pulak? Aku baru nak kasi denda berat sikit dekat diva sekolah tu," ujar Nik sambil membayangkan muka kerut si Nisya apabila terpaksa melakukan denda tanpa kerelaan hatinya.

  "Aku tak tahu, tapi muka dia macam familiar , aku rasa macam pernah tengok muka dia dulu..serius!" ujar Putera Zack bersungguh-sungguh. Dia mula memandang wajah baharunya di cermin. Dia juga perasan bahawa perempuan tadi seakan terkejut apabila bertentang mata dengannya. Kejap..mata? Mata!

  "Nik..aku lupa nak pakai contact lens!"  Putera Zack gelabah sambil menggoncangkan bahu rakan baiknya itu.

  "Patutlah aku rasa macam ada benda yang tak kena dari pagi tadi!" ucap Putera Zack lagi sambil menanggalkan cermin mata besarnya.

  "Hahaha..kau tetap macam dulu Zack," ujar satu suara daripada dalam tandas.

  "Woi..Anas!" Ujar Putera Zack terkejut dengan kehadiran sepupu jauhnya yang tiba2 sahaja muncul daripada tandas. Lantas dirangkul bahu sepupunya itu

  "Apa kau buat kat sini Anas?" soal Putera Zack dengan nada terkejut dan teruja.

  "Ermmm..buang air besar?" ujar Anas dengan niat bergurau.

  "Ishh.. bukanlah, maksud aku..apa yang kau buat dekat sekolah ni? Ayahanda suruh ngintip aku ke?!"soal Putera Zack dengan suara yang agak kuat.

  "Aku sekolah sini lah bongok," ucap Anas sambil melayangkan buku lima ke atas kepala sepupunya. Sepupu sendiri sekolah mana pun tak tahu.

  "Ouh..abang Anas ni sepupu Putera Zack ke? Kenapa saya baru tahu?" soal Nik kerana selama ini dia tidak pernah tahu bahawa Anas juga merupakan kerabat diraja seperti Zack.

  "Hahaha..buat apa nak war2 kan yang aku ni putera? Lagipun memang tujuan aku untuk sekolah dekat sini sebab aku nak rasa macam mana jadi rakyat biasa..aku malas asyik diberi keistimewaan hanya sebab aku kerabat diraja. Bila aku boleh tahu potensi sebenar aku kalau setiap kali aku akan diberi peluang untuk menang?" ucap Anas sambil tersenyum ke arah Zack dan Nik yang muda 2 tahun daripadanya.

  "Ada betulnya jugak kata2 abang Anas tu," ucap Nik sambil cuba mendalami lagi maksud kata2 Anas sebentar tadi.

  "Hahaha..tak payah ambik serius sangatlah apa yang aku cakap tadi tu," ujar Anas sambil tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi.

  "Haa..kau terlupa nak pakai contact lens kan? Aku ada lah terbawak contact lens lebih untuk emergency..tak tahu pulak yang kau masuk sekolah ni," ucap Anas lagi sambil menghulurkan kotak yang berisi contact lens  berwarna coklat .

  "Kau pun tak berubah..sentiasa prepare semua benda..semua ada dengan kau. Macam doraemon," ucap Putera Zack sambil mengambil kotak tersebut daripada Anas. Putera Anas Zarfan.

  "Thanks  bro," ucap Putera Zack dengan secalit senyuman.

  "Always be my pleasure," ucap Anas kembali. Lalu mengenyit sebelah matanya yang sudah sedia ber contact lens  berwarna coklat ke arah Putera Zack. Dengan membawa maksud..Good Luck!

Be continue...

                                           ~RoyalNerd👑~

RoyalNerdWhere stories live. Discover now