SPECIAL CHAPTER 1

Start from the beginning
                                    

"By the way nanti singgah pasar raya kejap." Beritahu Hani. "Buat apa? Nak beli apa? Bukan kelmarin kita baru je ke beli barang Sayang?" Ryan bertanya sambil dia memandu keretanya meninggalkan kawasan rumah milik kawan kepada isterinya.

"Tahu. Tapi teringin lah nak makan sambal udang petai. Yang Abang punya resepi." Hani memberitahu. Sebab tadi masa dia tengah scroll tiktok dia ternampak ada perempuan masak sambal udang. Terus terliur lah dia.

Ryan terus menjongket keningnya sebelah sambil memandang Hani dengan pelik. "Sayang mengandung ke lagi?" Dia bertanya sambil melekapkan tangan kirinya ke atas perut isterinya.

Lantas Hani memukul tangan suaminya itu. "Abang ni saya tengah periodlah. Macam mana pula boleh mengandung." Asal dia request Ryan untuk masak mesti suaminya itu fikir dia mengandung.

Tak kan lah mengidam sikit terus kata mengandung. Mengidam nak makan sesuatu tu tak semestinya mengandung. Sudah dia ternampak video orang masak sambal udang memang lah dia terus teringat akan sambal udang petai yang Ryan selalu masak buatnya.

Ryan terus ketawa lalu dia mencubit pipi isterinya itu. "Tahu lah. Baru semalam kita ehem-ehem kan. Pagi tadi Sayang dah period. Mana ada lah yang lekat. Jadi beli udang je? Tak nak beli barang lain?" Dia bertanya. Dipandang dahulu pipi isterinya yang sudah memerah itu sebelum dia fokus semula pada pemanduannya.

Arina tertawa riang bila tubuhnya diletakkan ke tempat duduk yang ada di dalam troli berkenaan. Seronok sahaja dia. Ryan tersenyum suka melihat keterujaan anaknya itu. Suka sangat kan Arina dapat duduk dalam troli tu.

Padahal mereka nak beli udang je. Tapi nak juga guna troli. Gara-gara Arina lah. "Arina behave ya." Ryan berpesan. Bayi itu sekadar tertawa sahaja. "Eeeeeee." Arina mengomel sendiri dengan bahasa bayinya.

Hani terus menoleh memandang Arina. Bila Arina terpandang mamanya teruk dia merengek mahu mamanya. "Mamamamama." Rengeknya. Tangan terus diangkat ke udara.

"Kejap lah. Tangan mama kotor ni sayang. Kejap ya." Selepas memasukkan udang yang sudah dia pilih ke dalam plastik berkenaan dia bergerak ke tempat mencuci tangan sementara suaminya pula pergi menimbang udang berkenaan.

"Papa masak apa?" Haziqah bertanya pada Ryan. Selepas sahaja membeli udang terus mereka mengambil Aryan dan Haziqah dari rumah Datin Fauzian kemudian barulah mereka balik ke rumah mereka.

"Papa nak masak sambal udang ni. Kakak suka kan sambal udang." Haziqah terus melompat-lompat dengan penuh riang. "Yeayy udang." Teruja sekali dia dengan udang. Mujurlah dia dan Aryan tidak mempunyai alahan seperti Hani.

"Dah pergi dalam main dengan Aryan tu. Tapi jangan bising tau. Mama tengah tidurkan adik tu." Pesan Ryan. Haziqah mengangguk sahaja lalu melangkah ke ruang tamu.

Sayup-sayup kedengaran suara Haziqah menyampaikan berita pada kembarnya itu. Kecoh sungguh mulut Haziqah. Dia bercakap mengalahkan budak umur 3 tahun. Lurus sahaja percakapan dia walaupun kadang-kala pandai tersasul juga.

Tapi tak apa lah. Budak baru belajar kan. Biasa lah tu. Jadi memang jika Haziqah mahupun Aryan tersasul pasti Hani atau Ryan akan cepat-cepat membetulkan percakapan anak mereka supaya mereka tidak terbiasa pula.

Sedang dia tengah membuang kulit udang berkenaan kedengaran suara seseorang memberi salam. Ryan segera mencuci tangannya lalu menuju ke luar rumah.

Keningkan berkerut melihat pemilik suara yang memberi salam tadi. "Puteri?" Puteri senyum sahaja lalu masuk ke dalam rumah lelaki itu tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu. Datang rumah pun tak diundang, senang-senang sahaja dia masuk ke dalam rumah tuan rumah tanpa kebenaran dari tuan rumah.

"Kau buat apa datang sini?" Ryan bertanya. Dia terus bertanya sebab malas nak dengar Puteri yang suka buat-buat cerita itu. Ingat ni ceramah ke nak bagi mukadimah bagai? Straight to the point lah senang. Jimat masa.

"Kahwin dengan i please." Rayu Puteri tiba-tiba. Hampir sahaja Ryan terjatuh dari sofa berkenaan. Dah kenapa perempuan ni tiba-tiba nak lamar dia pula. Heiii dia dah beristeri lah. Anak pun dah 3 orang. "Kau gila ke apa? Aku dah ada isteri kot. Anak dah 3 orang." Ujar Ryan.

"I tahu pun you janji kan nak tolong i. So please Ryan. I sanggup jadi isteri kedua. I sanggup bermadu dengan bini you too. Tolong lah kahwin dengan i. You janji kan." Rayu dia lagi. Bila dia melutut di hadapan Ryan, segera lelaki itu menjarakkan dirinya dari Puteri.

"Makcik ni gila ke?" Tiba-tiba sahaja Haziqah menyampuk. Dia pandang tajam wanita yang tengah melutut di hadapan papanya itu sebelum dia berlari ke dapur. "Mama ada oyang gila kacau papa." Riuh suaranya mengadu pada Hani.

"Ya tahu. Aku janji nak tolong kau. But bukan dengan kahwin dengan aku. Aku sayang wife aku dan aku tak akan curang dengan dia." Beritahu Ryan. "Hei tak malu ke kacau suami orang? Dah tak ada lelaki lain ke dekat luar sana?" Hani muncul dari dapur bersama Haziqah dalam dukungannya. Budak kecil itu menjelir lidahnya pada Puteri.

"I pregnant and this baby anak you. Jadi you kena bertanggungjawab Ryan." Ryan sudah bingung sendiri. Sejak bila pula dia menjalinkan hubungan itu dengan perempuan selain isterinya. Selama 4 tahun ini, tak pernah pun dia berjumpa dengan Puteri. Tiba-tiba wanita itu muncul dan tuduh dia telah mengandungkannya. Itu yang Ryan pelik tu.

"Sayang, you know Abang tak pernah curang kan?" Ryan terus memandang Hani. "Tahu. 4 tahun dia hilang tiba-tiba muncul nak suruh laki orang bertanggungjawab dekat baby dalam perut dia itu. Apahal? Tak malu ke." Ujar Hani. Dia berkata demikian seolah-olah Puteri tiada di hadapannya.

Haziqah dari tadi tidak berhenti bergerak. Jadi Hani turunkan budak itu. Haziqah berdiri di hadapan Puteri lalu kata. "Tak malu." Kemudian dia berlari ke tempat papanya pula. Selamba dia memanjat kaki papanya untuk duduk di riba papanya. "Papa mama punya." Dia memberitahu.

Ryan sudah ketawa melihat gelagat anaknya itu. Bila dia usap kepala Haziqah, anak sulungnya itu terus bersandar di dada bidangnya itu. Dia nak juga menyibuk hal orang dewasa.

"Baik kau terus terang je lah. Tu anak siapa. Kalau kau terus terang dekat kami berdua, aku tolong cari lelaki itu. Dia wajib bertanggungjawab dekat kau." Beritahu Ryan. "He was my one nighy stand Ryan. Macam mana nak cari." Beritahunya.

Kebetulan pula masa itu tv tengah pasang berita. Puteri terus menoleh memandang tv. Wajah lelaki itu, wajah yang dia kenali. "He's the one right?" Teka Ryan. Lambat-lambat Puteri mengangguk. "Jadi apa lagi? Pergi lah kejar dia tu. Minta kahwin dengan dia and stop kejar laki aku. And please keluar dari rumah i." Halau Hani. Tak senang dia nak masak kalau ada parasit dalam rumah mereka itu.

Bila Puteri sudah keluar, Ryan terus kunci pintu dan ke dapur untuk menolong Hani memasak. Haziqah sekadar jadi penonton sahaja. Budak itu duduk di atas kerusi itu sambil makan epal yang dikupas oleh Ryan tadi.

"Kakak, lain kali kalau mama dengan papa berbual dengan tetamu jangan menyampuk ya. Tak baik perangai macam tu." Tegur Ryan. Masa kecil ni lah anak-anak harus dididik. Nanti besar susah mahu didik.

"Tak nak. Dia jahat. Kakak tak suka." Beritahu Haziqah. Kanak-kanak tidak pernah menipu. Selalunya mereka akan cakap dengan jujur.

Seminggu kemudian mereka dapat berita tentang Puteri dan lelaki itu nikah. Majlisnya memang dibuat secara besar-besaranlah. Maklumlah anak kesayangan kan. Memang meriah lah majlis dia. Pasal kandungan Puteri itu pula, tidak ramai yang tahu kerana Datin Syahida takut keluarga mereka bercakap buruk pasal Puteri.

Tapi sebenarnya dia tetap juga menjadi perbualan hangat antara keluarga kerana Puteri menjadi isteri kedua. Walaupun dia tidak diterima dan tidak disukai oleh keluarga lelaki itu, lelaki itu terpaksa juga berkahwin dengan dia kerana dia mengandungkan anak lelaki itu.

Tika majlis mereka, Ryan dan Hani tidak datang. Bukan sebab tidak dijemput tapi kerana mereka sekeluarga pergi bercuti ke Bali. Family day mereka kali ini dibuat di Bali. Lagipun kalau mereka tak pergi ke Bali pun, Ryan bukannya mahu pergi pun majlis Puteri itu. Sedangkan tika majlis dia dan Hani dulu pun wanita itu tidak pergi. Jadi buat apa dia bazirkan masanya untuk datang ke majlis perkahwinan bekas kekasihnya itu.

  

By the way kan, siapa nak novel KING HAIDAR? I bagi free tau but ada syarat. Eheeeee

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now