BAB 94

2.8K 115 5
                                    

   Welcome back to another chapter. Seperti biasa, 80 votes sahaja diperlukan untuk buka bab 95. We almost at the ending ya. 7 chapter to go. Bab 101 is the ending. 

But before korang start baca, author nak tegaskan sedikit dekat sini berkaitan dengan keseluruhan cerita ini. First, cerita ini tiada kaitan dengan yang masih hidup atau sudah meninggal dunia. Author tidak ambil kisah hidup orang lain untuk dijadikan jalan cerita tanpa kebenaran mereka serta author bukannya jenis nak guna kisah hidup orang lain as my own stories ya. Jadi, memang keseluruhan cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa. Seterusnya, berkaitan kes Ryan curang tu, memang 100% author tak tuduh or kaitkan dengan sesiapa. Author sengaja buat dia jadi curang supaya boleh memberi pengajaran kepada kita semua. Ada sebab author buat cerita ini, which is untuk bagi pengajaran pada kita. Tak kisah lah lelaki mahupun perempuan, perbuatan curang itu pasti ada kan? Kita tidak boleh lah selalu nak salahkan lelaki (author bukan nak back up kaum lelaki ya or kaum wanita. I'm neutral here) perbuatan curang ini tidak akan berlaku jika satu pihak sahaja yang terlibat. Begitu juga dengan hubungan Ryan dengan Puteri. Kalau Puteri tidak terhegeh-hegeh minta tolong pada Ryan, manakala kalau Ryan tidak terlalu baik, semua ini tidak akan terjadi. Korang faham kan maksud author? Ok itu je lah author nak cakap.

   











      "KAU biar betul Hani? Kau betul-betul ke benarkan laki kau tu temankan Puteri berubat di Kelantan tu?" Tanya Zura. Denisha dari tadi sudah tahan geram mahu memukul suami kepada kawan baik mereka itu. Sakit hatinya bila mendengar cerita Hani itu.

Hani mengangguk dengan lemah. Mujurlah anak-anak semua di sekolah, tidaklah dia perlu membawa anak-anaknya. Pasal dia dan Ryan tengah bergaduh ini, anak-anak tidak tahu. Mereka berdua buat biasa sahaja di depan anak-anak. Langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi yang mereka tengah bergaduh.

Tapi mereka berdua tidak tahu, sebenarnya Haziqah tahu. Dia tak sengaja terdengar suara papa dan mama bergaduh tempoh hari. Dia kenal siapa Puteri. Walaupun tidak pernah berjumpa dengan wanita itu, dia tidak suka akan perangai Puteri yang telah menganggu rumahtangga mama dan papanya.

Dia diamkan sahaja diri mengenai hal ini. Tidak bertanya pada mama atau papa. Adik-beradiknya tidak tahu pasal hal ini. Terutama sekali Aryan yang berada di asrama itu.

"Asal kau benarkan weiii? Kau tak ingatkan dulu pun dia pernah ganggu rumahtangga korang." Jika Puteri ada di hadapan mereka sudah pasti wanita itu teruk dibelasah oleh Zura. Zura ni memang ganas sikit. Walaupun dah bersuami dan ada anak 2 masih ada lagi perangai nakal dia itu.

"Kau ni sihat tak sebenarnya Hani? Tak kan senang-senang kau nak benarkan laki kau teman perempuan sundal tu pergi berubat dekat Kelantan tu? Entah-entah dia ajak suami kau kahwin dekat siam." Tanya Mira pula.

( Nanti author akan bagi 1 special chapter lepas epilog cerita ni tentang kenapa si Puteri datang ke rumah mereka yang masa before changing time to 9 years later tu * rujuk bab 90 *)

Terus Hani memukul kepala Mira. "Kau jangan nak buat aku overthinking ya. Aku ada sepupu kerja dekat sempadan antara Thailand dengan Kelantan tu. Dia kenal lah laki aku. Memang susah lah Ryan nak lepas pergi Thailand tu kalau Puteri ajak dia pergi situ. Lagipun dekat Kelantan tu banyak saudara aku belah arwah ibu aku. Aku dah pesan dekat dorang untuk pantau suami aku tu." Gaya macam polis sahaja sedang memantau suspek. Mujurlah Ryan tidak berapa kenal mahupun rapat dengan keluarga isterinya yang tinggal di Kelantan itu.

"Kau minta tolong dekat Azril ke tengok-tengokkan laki kau di situ?" Zura bertanya. "Ya. Azril tu kan banyak anak buah sekitar Kelantan tu. Bagi je gambar laki aku tu. Mesti dorang akan nampak punya." Macam gaya mafia pun ada juga. Tapi ini bukan pasal mafia ya. (Kisah mafia akan author publish kemudian but in english lah )

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now