BAB 90

3.3K 110 8
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan votes ya. Dah nak dekat dengan ending ni. Tak lama lagi complete lah cerita ni ya. 80 votes sahaja diperlukan untuk buka bab seterusnya. Thank you sudi support and have fun guya.

          "LAH sampai begitu sekali? Nasib laki kau tak kena angkut pergi lokap." Kata Zura. Terhibur juga lah mereka bila dengar cerita Hani. Siapa je yang tak salah sangka kan kalau tengok Ryan yang hendak memanjat tingkap bilik. Memang nampak macam lelaki yang mencurigakan lah.

"Tu sebagai pengajaran lah buat laki kau." Kata Denisha. Hani tersenyum sahaja. "Oh ya Zura kau bila nak tambah? Tak nak menambah ke?" Hani bertanya pada sepupunya itu. "Kau gila ke apa. Syahirah kan seumur dengan Arina. Belum lagi lah aku cadang nak tambah. Tunggu lah dia 2 tahun begitu. Kau pula tak nak tambah?" Soalan itu berbalik semula pada Hani.

"Tak. Cukup lah aku beranak 2 kali. Eh 3 kali. Aku malas nak tambah lagi." Beritahu Hani. "Laki kau tak nak ke tambah Hani? Aku tengok dari gaya kan suami kau tu macam nak anak lagi. Alah Arina pula dah nak setahun kan." Denisha bertanya.

Kerana bila dia tengok dari gaya suami pada kawannya itu seperti mahu menambah anak lagi. Tadi pun masa hantar Hani ke rumahnya susah sunggah Ryan mahu melepaskan isterinya pergi. Macam nak 24/7 melekat dengan Hani.

"Memang. Dia ada kata nak lagi. Tapi aku yang tak nak. Memang banyak kali lah dia pujuk aku. Tapi aku memang tak nak. Nak buat macam mana. Sekarang ni dia dah ok. Tak fikir sangat lagi." Ryan dah tak fikir lagi pasal tambah anak kerana dia tahu jika ada bayi lagi pasti susah dia mahu bermanja dengan Hani. Sudah tentu Hani lebih melayan anak mereka itu.

Mujurlah kini Arina sudah tidak di katil bersama mereka. Arina tidur di katil sendiri. Jadi bolelah dia bermanja dengan isterinya.

Dia dan Hani boleh tidur malam tanpa gangguan dengan suara bayi menangis. Arina sudah jarang menangis malam. Bila Arina tidur sampai ke subuh lah dia tidak akan terjaga. Jarang sungguh Arina menangis tengah malam. Kecuali bila dia tidak menyusu sebelum tidur. Memang tengah malam akan meraung lah menangis.

"Dah tak payah nak cakap pasal hal aku. Kau ni bila nak nikah Mira? Dah nak setahun kan tunang. Majlis bila?" Hani bertanya. Mira bertunang ketika Hani masih mengandung. Dan kini Arina sudah mahu setahun. Berita pasal majlis perkahwinan Mira macam senyap begitu sahaja. Tanpa cerita.

Mira sekadar tersengih sebelum memberitahu. "Minggu depan. Hari jumaat aku nikah. Korang mesti datang tau. Terutama sekali kau Denisha." Dia menunjuk Denisha. "Eh asal aku pula?" Denisha bertanya. "Mana tahu aku boleh kenal kan kau dengan kawan-kawan bakal laki aku tu." Kata Mira. Tak salah pun dia nak carikan lelaki buat kawannya itu.

"Habis Shah tu aku nak buang mana? Gila ke apa. Tak pasal-pasal tak jadi kitorang nak bertunang." Sudah lama Denisha dan Shah berkawan. Sejak dari zaman persekolahan lagi sehingga kini. Lama bukan. Tak kan lah dia nak sia-sia kan Shah yang telah banyak berkorban untuknya.

Terus Zura memukul bahu Mira. "Entah kau ni. Gila ke apa. Penat-penat si Shah tu kerja kumpul duit sebab nak kahwin dengan si Denisha ni kang tak pasal-pasal sebab kau dorang putus pula." Berkawan sudah hampir 10 tahun tak kan lah Denisha mahu mencari yang baru. Kesian dekat Shah atas usaha dia selama ini. 

Mira sekadar tersengih sahaja. "Aku gurau je lah. Tak pasal-pasal nanti si Denisha ni pergi santau aku." Dia tidaklah jahat mana mahu menghancurkan hubungan kawannya itu. Dia bukan talam  dua muka ya. "Tahu pun." Balas Hani pula. 

Tiba-tiba tengah mereka bergosip Arina terus menghancurkan suasana dengan rengekkannya. "Kenapa ni sayang? Nak susu ke?" Bila Hani dekatkan jarinya dengan bibir si kecil itu terus Arina hendak menghisap jarinya. "Mira boleh tak aku pinjam bilik tetamu kejap? Nak susukan Arina ni." Mira sekadar mengangguk lalu membenarkan Hani menggunakan bilik tetamu mengikut keselesaan Hani.

"Nasib lah anak aku dah minum dalam botol susu." Ujar Zura. Jika tidak mesti dia senasib dengan Hani. HAHAHA.




             RYAN tersenyum sahaja bila isterinya masuk ke dalam keretanya. "So macam mana? Seronok? Puas bergosip hari ini?" Dia bertanya. Semalam Hani yang minta Ryan untuk hantar dia ke rumah Mira konon sebab ada nak digosipkan. Rupanya Mira mahu memberitahu mereka pasal dia yang bakal melangsungkan majlis perkahwinannya tidak lama lagi. 

"Abang ni sengaja kan nak sindir saya." Ujar Hani. "Mana ada lah  Sayang. Abang tanya je lah." Balas Ryan. Dia terlupa lah kalau isterinya itu period, mood dia lain macam. Pantang diusik sikit. Mula lah tu nak merajuk. 

"By the way nanti singgah pasar raya kejap." Beritahu Hani. "Buat apa? Nak beli apa? Bukan kelmarin kita baru je ke beli barang Sayang?" Ryan bertanya sambil dia memandu keretanya meninggalkan kawasan rumah milik kawan kepada isterinya.

"Tahu. Tapi teringin lah nak makan sambal udang petai. Yang Abang punya resepi." Hani memberitahu. Sebab tadi masa dia tengah scroll tiktok dia ternampak ada perempuan masak sambal udang. Terus terliur lah dia.

Ryan terus menjongket keningnya sebelah sambil memandang Hani dengan pelik. "Sayang mengandung ke lagi?" Dia bertanya sambil melekapkan tangan kirinya ke atas perut isterinya.

Lantas Hani memukul tangan suaminya itu. "Abang ni saya tengah periodlah. Macam mana pula boleh mengandung." Asal dia request Ryan untuk masak mesti suaminya itu fikir dia mengandung.

Tak kan lah mengidam sikit terus kata mengandung. Mengidam nak makan sesuatu tu tak semestinya mengandung. Sudah dia ternampak video orang masak sambal udang memang lah dia terus teringat akan sambal udang petai yang Ryan selalu masak buatnya.

Ryan terus ketawa lalu dia mencubit pipi isterinya itu. "Tahu lah. Baru semalam kita ehem-ehem kan. Pagi tadi Sayang dah period. Mana ada lah yang lekat. Jadi beli udang je? Tak nak beli barang lain?" Dia bertanya. Dipandang dahulu pipi isterinya yang sudah memerah itu sebelum dia fokus semula pada pemanduannya.

Arina tertawa riang bila tubuhnya diletakkan ke tempat duduk yang ada di dalam troli berkenaan. Seronok sahaja dia. Ryan tersenyum suka melihat keterujaan anaknya itu. Suka sangat kan Arina dapat duduk dalam troli tu.

Padahal mereka nak beli udang je. Tapi nak juga guna troli. Gara-gara Arina lah. "Arina behave ya." Ryan berpesan. Bayi itu sekadar tertawa sahaja. "Eeeeeee." Arina mengomel sendiri dengan bahasa bayinya.

Hani terus menoleh memandang Arina. Bila Arina terpandang mamanya teruk dia merengek mahu mamanya. "Mamamamama." Rengeknya. Tangan terus diangkat ke udara.

"Kejap lah. Tangan mama kotor ni sayang. Kejap ya." Selepas memasukkan udang yang sudah dia pilih ke dalam plastik berkenaan dia bergerak ke tempat mencuci tangan sementara suaminya pula pergi menimbang udang berkenaan.

"Papa masak apa?" Haziqah bertanya pada Ryan. Selepas sahaja membeli udang terus mereka mengambil Aryan dan Haziqah dari rumah Datin Fauzian kemudian barulah mereka balik ke rumah mereka.

"Papa nak masak sambal udang ni. Kakak suka kan sambal udang." Haziqah terus melompat-lompat dengan penuh riang. "Yeayy udang." Teruja sekali dia dengan udang. Mujurlah dia dan Aryan tidak mempunyai alahan seperti Hani.

"Dah pergi dalam main dengan Aryan tu. Tapi jangan bising tau. Mama tengah tidurkan adik tu." Pesan Ryan. Haziqah mengangguk sahaja lalu melangkah ke ruang tamu.

Sayup-sayup kedengaran suara Haziqah menyampaikan berita pada kembarnya itu. Kecoh sungguh mulut Haziqah. Dia bercakap mengalahkan budak umur 3 tahun. Lurus sahaja percakapan dia walaupun kadang-kala pandai tersasul juga.

Tapi tak apa lah. Budak baru belajar kan. Biasa lah tu. Jadi memang jika Haziqah mahupun Aryan tersasul pasti Hani atau Ryan akan cepat-cepat membetulkan percakapan anak mereka supaya mereka tidak terbiasa pula.

Sedang dia tengah membuang kulit udang berkenaan kedengaran suara seseorang memberi salam. Ryan segera mencuci tangannya lalu menuju ke luar rumah.

Keningkan berkerut melihat pemilik suara yang memberi salam tadi. "Puteri?"

-------
Korang nak tahu tak apa jadi seterusnya? Kalau nak tekan vote ya. Eheeee

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now