BAB 95

3.2K 126 25
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 80 votes sahaja diperlukan untuk buka bab 96. And before that, author nak ingatkan dekat korang sesuatu. Selagi tak reach target selagi tu author tak publish bab seterusnya. So kalau korang komen suruh update bab seterusnya tapi tak reach target, author tak nak publish ya. Penat lah selalu jawab soalan yang sama.








                    KECOH terus rumah Denisha kerana Hani yang sedang menangis itu. "Hani kau bersabar lah. Tak mau lah nangis macam ni. Kang aku pun ikut nangis sekali." Beria Zura memujuk dari tadi. Selepas sahaja rahsiah itu terbongkar Hani terus ke rumah Denisha memandangkan rumah Denisha tidak lah jauh sangat dari rumahnya.

Mujurlah anak-anak semua berada di rumah Razali. Sengaja Razali mengajak anak- anak buahnya tidur di rumahnya. Ada hikmah juga Hani menghantar anaknya bertiga itu ke sana.

"Aku tak sangka tau. Apa yang aku fikirkan selama ni terjadi tau." Tadi tiba-tiba pula tergerak hatinya mahu melihat facebook milik Puteri. Dia menggunakan fake account miliknya kerana akaun sebenarnya telahpun diblocked oleh Puteri.

Alangkah dia terkejut melihat post terbaru Puteri itu. Gambar Puteri tersenyum dengan sejambak bunga. Apa yang lebih pelik mengenai gambar itu adalah caption Puteri. 'Thank you Sayang. After 14 years we back together again.' Hani terus dapat tangkap maksud caption itu. Suaminya, suaminya berlaku curang dengannya.

Dia tahu orang yang mengambil gambar itu ialah suaminya kerana nampak jelas tangan kanan Ryan yang mempunyai cincin kahwin mereka di dalam gambar itu. Ryan letak tangannya di atas meja.

Dia pun apa lagi terus menghubungi Ryan. Dan lebih mengejutkan kedengaran jelas suara Puteri tertawa. Memang dia terus matikan telefon dan pergi ke rumah Denisha. Denisha lah yang menghubungi Zura dan Mira untuk datang ke rumahnya.

"Aku tak sangka wei semua ni terjadi. Dia suami kau kot. Dah hampir 14 tahun korang kahwin. Tak sangka pula dia boleh curang. Dengan bekas kekasih dia pula tu. Isteri orang pula tu. Entah-entah selama ni bukannya dia tolong pun betina tu. Entah-entah sengaja pergi Kelantan tu untuk holiday weii." Ujar Zura. Sakit hatinya bila sepupunya itu dicurangi sebegini.

"Ya memang pun. Aku dah syak dari awal-awal dia muncul lagi. Tapi aku tak fikir sangat sebab takut jadi fitnah pula. Tapi apa yang aku nampak harini.... hati aku tergerak tau nak tengok facebook dia tu. Tak sangka pula kebenaran terbongkar." Ujar Hani. Telefonnya yang sejak dari tadi berbunyi itu dia biarkan sahaja. Kawan-kawannya pun tak rimas dengan bunyi itu kerana mereka tahu itu pasti si curang itu cuba menghubungi Hani.

"Korang jangan bagitahu anak-anak aku ya. Senyap je. Aku tak nak dorang terbabit. Biar aku je dengan Ryan settlekan hal ni." Pesan Hani. Dia tidak mahu bergaduh di hadapan anak-anaknya. Takut mereka trauma pula.

"Ya kami faham. Habis malam ni kau tidur sini ke?" Denisha bertanya. "Aku rasa aku tidur hotel je. Tak kan aku nak ganggu kau dengan laki kau pula." Segan lah dia duduk rumah kawannya itu. "Ish tak ni. Tak ganggu lah. Lagipun bahaya kau duduk dekat hotel sekarang ni. Tiba-tiba perempuan gila tu serang kau macam mana? Lagipun sayang je duit kau tau." Ujar Denisha. Dia tidak mahu lah ada apa-apa terjadi dekat kawannya ini.

"Ya betul tu cakap Denisha ni. Kau duduk dulu lah sini. Si curang tu tak kan cari kau lah dekat sini." Pesan Zura sebab dia tahu pasti Ryan akan mencari ke rumahnya dan ke rumah keluarga mereka bila sampai di KL ini. Pasti dia tidak menyangka Hani akan berada di rumah Denisha ini.

Hani angguk sahaja. "Dan jangan bagitahu abang aku ya. Teruk nanti dia kerjakan Ryan tu." Walaupun dia marah dekat suaminya itu, dia tetap risau juga jika Ikhwan memukul kerana pukulan Ikhwan tu boleh tahan juga lah. Boleh masuk wad icu.

Zura angguk sahaja. "Dah kau pergi lah rehat dulu. Baju-baju kau jangan risau lah. Pinjam je  baju aku. Macam tak biasa kan." Dulu mereka memang suka share baju. Sampaikan baju sendiri bertukar tuan.




      PINTU rumah Denisha diketuk dengan kuat mengakibatkan orang rumah itu terjaga. Zarul, suami pada Denisha keluar pergi melihat siapa yang mengetuk pintu rumahnya tengah-tengah malam begini.

Matanya membuat bila melihat Ryan di hadapan pintu rumahnya dengan wajah yang bengis. "Mana isteri aku? Aku tahu kau sorokkan dia kan? Bagi dia balik pada aku." Tiba-tiba sahaja dia memarahi Zarul dan mahu melangkah masuk.

"Ni dah menceroboh ni. Tak boleh macam ni." Ujar Zarul. Dia menahan Ryan untuk melangkah masuk. "Ahhh aku tak kira. Aku nak isteri aku juga. HANIIII! Baik Sayang turun sekarang sebelum Abang naik atas tu heret Sayang balik." Ugutnya.

Hani sudah mahu turun bila Denisha menghalangnya. "Tak payah lah. Nanti lari lah laki kau tu. Biar laki aku je settlekan." Halang Denisha. Dia bukan apa takut pula mengamuk si Ryan tu sehingga sanggup mencederakan Hani pula. "Tak pa. Aku tahu nak handle. Kau jangan risau lah. Dia tak berani punya nak cederakan aku." Ujar Hani. Kemudian dia turun ke bawah.

"Tak malu ke datang rumah orang buat kecoh? Nak menceroboh masuk pula tu." Hani muncul dari atas. Dipandang wajah suaminya itu. Wajah si curang itu. Terus mata Ryan berubah sedih. Nada suara pun turut berubah. "Sayanag jom balik. Kita bincang elok-elok dekat rumah. Jom." Lembut sahaja suaranya memujuk Hani untuk balik.

Hani mengeluh kecil sebelum memandang Denisha. "Aku balik dulu lah ya. Sorry ganggu korang berdua." Dia dah fikir awal-awal. Lebih baik perkara ini diselesaikan dengan segera. Denisha angguk sahaja dan cakap hati-hati pada kawannya itu.

Apabila Ryan mahu menarik tangannya mengajak masuk ke dalam kereta milik suami itu, Hani tolak tangan suaminya itu. "Tak pa. Saya naik kereta sendiri. Jumpa di rumah." Beritahunya lalu masuk ke dalam keretanya 

Sampai sahaja di rumah, Hani terus naik ke atas. Dihiraukan sahaja Ryan yang tengah menunggu dia di ruang tamu. Ryan balik dahulu guna keretanya kerana Hani ke situ dengan kereta sendiri.

"Sayang kejaplah. Bagi Abang explain, please." Ryan merayu. Dipegang tangan kanan isterinya itu. "Lepas lah. Saya nak naik atas tidur. Esok pagi je kita bincang. Jangan pula time saya tidur ni awak keluar senyap-senyap jumpa si sundal tu." Mulutnya sudah tidak menapis lagi perkataan itu. Dia cakap terus supaya suaminya tahu yang kali ini dia benar-benar marah.

Dia setuju balik rumah pun kerana dia tidak mahu membuat kecoh lagi di rumah kawannya itu. Seganlah jika dia dan Ryan bertengkar tetapi didengari oleh kawannya itu.

Ryan terpaksa akur. Dia mengekori isterinya naik ke atas. Tapi bila sampai di hadapan pintu bilik Hani terus menolak suaminya keluar. "Awak tidur di bilik tetamu. Saya tak nak tidur sebilik dan sekatil dengan lelaki curang." Katanya lalu pintu itu ditutup kuat di hadapan wajah Ryan.

Dia terus sahaja terduduk di hadapan pintu bilik sambil menangis. Dia bersetuju balik pun sebab tak nak buat kecoh di rumah kawannya itu. Malu lah dekat Denisha jika dia bergaduh dengan Ryan di hadapan kawannya itu.

Ryan mengeluh sendiri. Walaupun dihalau dia tetap juga duduk di tepi pintu bilik mereka. Dia tahu salahnya juga kerana menipu isterinya. Selepas sahaja dia ditumbuk oleh sepupu isterinya itu terus sahaja dia balik. Hisyam, sepupu Hani yang bekerja sebagai polis itu pergi bertemu dengannya petang tadi. Dia terus sahaja menumbuk Ryan apabila Ryan membuka pintu bilik hotelnya itu.

'Ini balasan kau sebab curang dengan sepupu aku.' Ujar Hisyam lalu dia berlalu pergi setelah menumbuk Ryan. Kemudian barulah Ryan sedar yang Hani telahpun mengetahui perkara sebenar. Dia terus kemas baju dan check out. Langsung tidak kisah akan Puteri sudah. Dia tidak memberitahu Puteri bahawa dia balik ke KL. Ketika perjalan balik ke KL dia sedaya upaya cuba menghubungi isterinya namun tidak dijawab. Pada masa yang sama Puteri menghubungi dia. Tapi, Ryan tidak menjawab pun panggilan dari Puteri itu.

Bila sampai KL dia terus ke rumah Ikhwan. Di sana pun, dia ditumbuk juga. Ikhwan sudah tahu. Keluarga sudah tahu. Dia yakin yang Hisyam telah menyebarkan hal ini pada keluarga isterinya.

Mujurlah tika dia balik ke rumah, anak-anaknya tiada di rumah. Sekurang-kurangnya tidak lah anak-anak mereka perlu mendengar dia dan isterinya bertengkar.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now