BAB 92

2.8K 109 15
                                    

 Disebabkan harini author baik eheeee maklumlah the last day of 2021 so author decide nak release this chapter walaupun target sebelum ni belum sampai lagi. Happy new year guys and i wish all the best for you all ♡♡♡

Btw for the next chapter, author akan publish bila chapter ni reach 80 votes ya. Ok bye.

        HANI memerhatikan sahaja suaminya yang sedang tersenyum itu sambil melihat telefonnya. Dia sedar bahawa sejak beberapa minggu ni Ryan lebih banyak menghabiskan masa dengan telefonnya berbanding dengan Hani.

"Abang tengah chat dengan siapa tu?" Akhirnya Hani bertanya. Bila sedar dirinya ditegur dia lantas kelam-kabut menutup telefonnya sebelum memandang Hani. "Tak ada apa. Biasa lah dorang tu ajak lepak. Tapi Abang malas nak keluar." Ryan memberitahu.

Hani angguk sahaja. Dia menilik sahaja wajah suaminya itu. Hendak mencari sama ada Ryan jujur atau berbohong. "Habis tak kan pasal tu nak senyum-senyum pula?" Hani bertanya.

Tambahlah Ryan kalut bila ditanya sebegitu. "Oh pasal tu. Dorang tu apa lagi lah menyakat lah Abang. Konon kata Ab-abang nak manja sangat dengan bini Abang ni sampai tak dapat nak keluar lepak dengan dorang. Alah Sayang dorang bergurau je lah tu. Kan biasa macam tu." Hani dapat menangkap keadaan suaminya yang tiba-tiba seperto takut itu.

"Memang dah lama pun Abang tak lepak dengan dorang. Tu yang asyik menyakat tu." Tambah Ryan. "Bukan Abang selalu ke lepak malam minggu dengan dorang?" Hani menyoal. "Eh? Ye ke? Abang lupa lah. Dah lah tak payah fikir pasal tu. Jom masuk bilik. Budak-budak pun dah tidur kan." Dia terus mengubah topik dan mengajak Hani masuk ke dalam bilik mereka.

Hani masih memandang suaminya dengan curiga. Dia melihat sahaja Ryan yang sedang meletak telefonnya ke atas meja di tepi katil. Dia hairan. Selalunya malam pasti Hani yang akan memegang telefonnya. Tapi kini Ryan seperti menjauhkan telefonnya dari Hani.

"Dekat pejabat tu Abang banyak kerja ke?" Hani kemudian menyoal setelah Ryan berbaring di tepinya. "Ha'ah. Biasa lah dapat projek lagi." Balas Ryan.

Dia kemudian memandang Hani. "Kenapa Sayang tanya Abang macam-macam ni?" Dia bertanya. "Salah ke kalau saya tanya pasal kerja suami sendiri? Ke dah dah jadi kerja orang lain untuk tanya Abang? Tak boleh ke saya tanya?" Hani menyoal.

"Mestilah boleh Sayang. Cuma Abang pelik lah sikit. Selama ni tak pernah pun Sayang tanya macam-macam pasal kerja Abang dekat pejabat tu." Ujar Ryan.

"Ye lah kalau tak tanya nanti entah-entah suami sendiri ada skandal pun saya tak tahu." Balas Hani lalu dia berbaring membelakangi suaminya. Penat lah dia dengan perangai Ryan yang kini berubah. Ryan dah tak macam dulu.

Ryan baru sahaja mahu memanggil Hani, telefonnya sudah berbunyi. Pada mulanya dia biarkan sahaja. "Jawab je lah. Kot-kot hal penting." Tegur Hani. Ryan mengeluh kecil sebelum dia melihat nama yang tertera pada skirn telefonnya.

"Abang pergi luar kejap. Sayang tidur lah ya." Sempat dia mencium dahi Hani sebelum turun dari katil. Laju sahaja dia melangkah ke beranda bilik mereka. Setelah memastikan Hani tidur barulah dia menjawab panggilan itu. Tanpa dia sedari isterinya itu sedang menangis.






   "KAU yakin ke Hani laki kau tu ada perempuan lain?" Mira bertanya. Setelah Hani memberitahu pada mereka lantas sahaja 3 orang kawan baiknya itu bertemu dengannya.

"Kalau tak kenapa sejak dua menjak ni dia asyik nak mengelak je dengan aku. Lepastu asyik keluar senyap-senyap je." Hani sedar yang selalunya Ryan akan senyap-senyap keluar setelah dia tidur dan akan balik sebelum subuh menjelma.

"Entah-entah dia keluar lepak dengan kawan-kawan dia kot. Mungkin dia tak nak ganggu kau tidur. Tu pasal dia keluar senyap-senyap." Ujar Denisha cuba menyedapkam hati kawannya itu.

"Dah nak dekat 15 tahun aku kahwin dengan dia. Selama ni kalau dia nak keluar malam lepak dengan kawan-kawan dia pun mesti dia akan chat atau call aku. Tapi sekarang tak." Beritahu Hani. Jika Ryan keluar malam ketika Hani sudah tidur, Ryan akan meninggalkan nota dekat isterinya. Jika tidak bila sampai di kedai mamak tempat dia dan kawan-kawannya selalu lepak pasti Ryan akan hubungi atau chat Hani.

"Mungkin dia tak nak kau risau lah tu. Kau pun tahu kan dia keluar selalu lepak dengan kawan-kawan dia je. Mana ada perempuan lain lah." Zura sekali lagi cuba bersangka baik terhadap suami kepada sepupunya.

Hani terus geleng kepala. "Aku selalu juga call Abang aku tanya sama ada dorang selalu lepak malam. Tapi abang aku kata tak. Hujung minggu je dorang lepak. Bukannya tiap malam. Aku dah cuba berhusnuzon tapi tak boleh. Aku tetap fikir dia ada perempuan lain." Hani sudah banyak kali berfikir baik akan suaminya itu tapi tiap kali Ryan kata dia keluar lepak malam pasti dia terus terfikir suaminya itu ada perempuan lain.

Ryan pun dah jarang makan di rumah. Tiap kali balik kerja pasti dia cakap dia sudah makan. Lelaki itu memang jarang makan di luar. Dia selalu makan di rumah tapi sejak dua menjak ini dia lebih suka makan luar.

"Korang rasa masakan aku dah tak sedap ke?" Hani bertanya pendapat dari kawan-kawannya itu. "Masakan kau sedap je. Kenapa? Ryan hina masakan kau ke?" Mira bertanya.

Lantas Hani menggelengkan kepalanya. "Tak. Tapi dia dah jarang makan dekat rumah. Selalu balik kerja dia cakap yang dia dah makan kat luar. Selalunya dia selalu makan dekat rumah tau. Aku pun tak tahu kenapa dia dah tak makan dekat rumah lagi." Hani sudah hampir menangis tiap kali Ryan langsung tidak menyentuh lauk yang dia masak. Akhirnya dia sahaja yang makan bersama anak-anaknya.

Sedang dia mengadu pada mereka pasal perangai Ryan yang dah berubah itu, kedengaran bunyi telefonnya. Dia segera mengangkat bila nama yang tertera ialah suaminya.

Bahunya terhinjut sedikit bila Ryan terus memarahi dirinya. "Dekat mana tu? Tak reti nak balik ke? Dah lupa diri tu ada suami?" Ryan bertanya. "Saya jumpa kawan-kawan jap. Kenapa Abang? Abang balik tengah hari ke?" Hani bertanya.

"Kalau dah Abang call ni tentu lah Abang balik tengah hari. Dah balik cepat. Masak." Kata Ryan lalu mematikan panggilan berkenaan.

Terus Hani cepat-cepat mengemas makeup yang dia bawa bersama. Kemudian dia memanggil pula Haziqah dan Arina yang sedang bermain dengan sepupu mereka itu. . "Aku balik dulu lah ya. Nanti sambung. Along, adik  jom balik." Lantas dua beradik itu menghampiri mama mereka.

"Jom balik. Papa ada balik tengah hari." Haziqah dan Arina sekadar mengangguk sahaja lalu Haziqah memasukkan semula bukunya ke dalam begnya. Tadi dia ada sempat buat kerja rumahnya.

Dahi Hani sedikit berkerut bila melihat ada sebuah kereta di dalam garaj kereta di mana dia selalu meletakkan keretanya itu. Setahu dia suaminya itu tidak membeli kereta baru.

"Assalammualaikum." Hani memberi salam setelah dia melangkah masuk ke dalam rumahnya. "Waalaikumsalam. Balik pun." Seperti biasa dia akan menyambut tangan Hani yang mahu menyalami tangannya itu.

"Sorry. Lepak rumah Zura tadi. Dia ada minta tolong. Abang baru sampai ke?" Hani bertanya. "Ha'ah." Balas Ryan. Hani hairan seketika kerana tadi tika Ryan menyuruh dia balik kedengaran seperti suara suaminya itu marah. Tapi kini lembut sahaja seperti dulu.

"Kenapa pandang Abang macam tu Sayang?" Segera Hani menggelengkan kepalanya. "Tak de apa. Oh ya kat garaj tu kereta siapa? Abang tak beli kereta baru lagi kan?" Hani bertanya.

Ryan geleng kepala sahaja lalu tersenyum. "Tak. Tu kereta Puteri." Dia memberitahu. "Puteri?"

--------------

Selagi tak capai target author tak kan update bab seterusnya dan lepasni stop tanya bila author nak update and also stop suruh author update ya. I ni tak jahat sangat ya sebab tak nak update but selagi tak capai target tu, i tak kan update ya. Kalau nak new chapter, sila update ya. Mudah je kan permintaan author ni. 

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now