BAB 76

2.8K 117 3
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 70 votes diperlukan untuk open chapter 77




      SELEPAS bersarapan mereka semua terus  masuk ke dalam taman tema air berkenaan. Memang teruja lah si kembar itu. Begitu juga Haikal. Budak kecil itu memang tidak sabar mahu bermain-main bersama Aryan dan Haziqah.

"Meh sini beg tu Abang bawa." Ryan terus mengambil beg yang disendang oleh Hani. Di dalamnya ada pakaian anak-anaknya serta pakaian suaminya untuk ditukar nanti. Pakaian Hani pun ada juga. "Sayang nak mandi kolam juga ke nanti?" Ryan bertanya setelah mereka berdua melangkah masuk ke dalam.

Hani terus menggeleng kepalanya. "Tak. Saya saja bawa sebab takut nanti baju basah terkena percikan air." Dia malas mahu bermandi-manda. 

Bila mereka turun ke ruang lobi kelihatan ahli keluarga yang lain telahpun turun. "Abang Razali mana?" Ryan bertanya. Tidak pula dia melihat kelibat abang sulungnya itu. Selalunya Razali lah yang paling awal sampai. Tapi hari ini tidak pula.

"Dia naik kejap ambil barang tertinggal." Syaza yang kebetulan terdengar terus menjawab. Ryan mengangguk sahaja lalu melepaskan pegangan tangan anaknya itu.

Haziqah terus sahaja menghampiri Haikal. Dia memandang budak lelaki itu sambil tersenyum. Haziqah memang suka berkawan dengan Haikal sebab Haikal jenis yang suka layan budak.

Selama ini dia sunyi kerana dia merupakan anak tunggal, tapi kini tidak lagi kerana dia ada sepupunya iaitu Haziqah dan Aryan, serta adiknya yang bakal lahir itu.

Syaza masih di awal kehamilan dan kemungkinan akan melahirkan tahun hadapan. Hani pun bakal melahirkan tahun hadapan. Kemungkinan pada awal tahun. Dan sudah tentu anak Hani dan Syaza akan seumur.

Aryan pula setiap sahaja di sebelah mamanya. Sesekali dia memandang kakak kembarnya itu sebelum dia memandang mama dan papanya semula. Aryan tidak lah berapa rapat dengan Haikal. Tapi kalau bab mainan laju je dia nak dekat dengan Haikal.

Selepas sahaja berjalan-jalan di sekitar taman tema air itu Hani lantas duduk berehat. Lenguh kakinya berjalan tadi. Jadi dia sekadar memerhati sahaja anak-anaknya yang sedang bermandi-manda di kolam itu bersama Aryan.

"Aryan jangan main jauh-jauh tu. Main dekat dengan abang Haikal dengan kakak je." Hani memberitahu. Aryan mengangguk sahaja lalu menghampiri kakaknya semula.

Ryan yang tengah bersandar di tepi kolam itu segera memandang ke arah anak-anaknya sebelum dia menoleh memandang Hani pula. Lama dia memerhati isterinya itu dari jauh.

Hani, Datin Fauzian dan Syaza tidak turut serta bermandi-manda. Ketiga-tiga wanita itu sekadar menjadi pemerhati sahaja. Tapi Syaza dan Datin Fauzian duduk bersama manakala Hani seorang diri. Dia mahu duduk berhampiri dengan anak-anaknya supaya senang dia memantau anak kembar mereka.

Hani yang ketika itu sedang memandang ke arah anak-anaknya perasan akan ada mata yang sedang memerhati dirinya. Matanya bergerak memandang sekeliling sebelum matanya berhenti pada sepasang mata yang sedang merenung dirinya.

Dia termalu sendiri melihat renungan suaminya dari jauh itu. Ryan tersengih sahaja lalu melangkah keluar dari kolam berkenaan. Dia terus sahaja menuju ke tempat isterinya itu.

Tuala yang berada di atas meja itu dia ambil sebelum digunakan untuk mengelap muka dan rambutnya yang masih basah itu. Ryan terus melabuhkan punggungnya di sebelah Hani. Tangan kanannya serta merta diletak di atas bahu isterinya.

Hani biarkan sahaja kerana dia masih memandang pergerakkan suaminya yang sedang mengeringkan rambut itu.

"Kenapa tengok Abang macam tu?" Ryan bertanya dengan senyuman. Hani pula tersenyum sahaja sambil menggelengkan kepalanya. Dia terus menoleh semula memandang Aryan dan Haziqah.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now