BAB 55

3.4K 105 0
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa untuk tekan vote ya. Jemput juga singgah baca DIA LAH SURI HATIKU dan selagi cerita itu tidak reach 400 readers and 60 votes author tak kan sambung update bab 56. Faham? Jika tidak author akan stop update cerita ni ok. 400 readers and 60 votes untuk DIA LAH SURI HATIKU baru sambung update bab 56 ya 🥰 



    RYAN memerhati beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan ketika dia membelok masuk ke taman perumahan tempat dia tinggal.

Bila melihat kanak-kanak tersebut dia terus teringat isterinya di rumah itu. Dirinya makin tidak sabar menunggu kelahiran anak sulungnya ini. Bila dia membelok masuk ke kawasan rumahnya dia tersenyum sendiri melihat si isteri yang sedang menunggu kepulangannya.

Bila dia turun dari kereta Hani terus melangkah menghampirinya. "Abang kek batik ada tak?" Dia terus bertanya. "Kek batik tak de Sayang. Abang belikan kek coklat je. Ada dalam kereta. Lupa nak bagi keluar." Ryan lantas membuka semula pintu keretanya semula.

Bila Hani melihat kotak kek berkenaan dia terus terkejut. "Abang besarnya. Ni kek 1kg ni." Dia ingatkan kek dalam bekas kecil tu rupanya kek besar. "Saja beli." Walaupun dia bingung nak tulis apa atas kek itu tadi.

Hani kemudian hendak mengangkat kek berkenaan tapi dihalang oleh Ryan. "Berat ni. Sayang pegang tangan Abang je." Ujar Ryan lalu tersengih. Hani senyum lalu memeluk lengan suaminya. "Esok kita balik rumah ibu kan?" Hani bertanya.

"Ha'ah. Bulan ni kan Sayang nak beranak. Kita duduk rumah ibu lah sampai habis pantang ya." Ujar Ryan. Hani angguk sahaja. Pasangan suami isteri itu berjalan masuk ke dalam rumah mereka.

Bila masuk ke dalam dia terus ajak Hani duduk sebab dia tahu nanti kaki isterinya pasti cepat lenguh. "Lepas maghrib kita balik rumah ibu ya. Kita rehat dulu baru balik rumah ibu." Ryan memberitahu. Hani angguk sahaja dan melangkah ke dapur. Nak ambil pinggan untuk letak kek berkenaan.

Bila Hani masuk melangkah semula ke ruang tamu dia mendengar suara suaminya sedang bercakap dengan seseorang. Bila Ryan pula nampak Hani menghampirinya dia segera meminta diri untuk menamatkan panggilan berkenaan. "Siapa tu?" Hani bertanya.

"Oh Aiman. Sayang kenal tak? Kawan Abang dengan Wan masa sekolah rendah dulu." Beritahu Ryan. Hani geleng kepala. Mana lah dia ambil kisah pasal kawan-kawannya abangnya dahulu kecuali Ryan sebab Ryan dulu kerap datang rumahnya.

"Dia nak bertunang. Lagi 2 bulan. Besok katanya merisik. Dia jemput Abang datang esok tapi Abang sibuk." Beritahu Ryan. "Merisik? Zura pun esok kena risik. Jangan-jangan..." Hani lantas menghubungi Zura.

Mulut Hani terus terlopong bila Zura menyebut nama bakal tunangnya itu. "Abang betul. Aiman. Bakal tunang dia." Beritahu Hani setelah menamatkan panggilan tersebut.

"Kecil ya dunia ni. Jauh-jauh pun kawan juga. Macam dah tak ada orang lain lah." Ujar Ryan. Hani sekadar menjeling suaminya itu. Kata orang lain tapi diri sendiri tu tak cermin dulu.

"Abang pun apa kurangnya. Nak kata orang konon." Omel Hani. Rya terus tersengih. "Abang lupa lah Yang. Abang lupa yang Abang ni kahwin dengan adik kepada bestfriend sendiri." Katanya sambil tersengih. Hani geleng kepala sahaja.

Sementara itu pula Hajah Rudiah dari tadi asyik menjenguk di tingkap rumahnya. Menunggu kepulangan anak dan menantunya. "Awak tu duduk lah. Malam nanti kan adik dengan Ryan tu balik." Ujar Haji Haris. Dia sudah menggeleng kepala melihat karenah si isterinya yang dari tadi tidak mahu duduk diam menunggu kepulangan anak dan menantu lelaki mereka itu.

"Ish biarlah. Kot-kot mereka balik sekarang ni." Sejak 2 hari lalu lagi dia sudah teruja menanti kepulangan Hani dan Ryan. Malah bilik Hani dia sudah tolong kemas. Barang-barang yang diperlukan untuk sesi berpantang anaknya juga sudah dia siapkan. Semuanya sudah lengkap.

Haji Haris geleng kepala lagi lalu menyambung menonton televisyen. Perlawanan bola sepak yang sedang disiarkan memang kegemarannya. Bila ada siaran langsung perlawanan bola sepak pasti dia tak akan tinggal untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Tak kira waktu subuh sekalipun. Dia sanggup bangun walaupun kerap kali dimarahi oleh isterinya itu.





"SEMUA dah kemas?" Ryan bertanya pada Hani. Dia malas lagi nak ulang-alik dari rumah mentuanya ke rumah mereka jika ada barang tertinggal. Walaupun cuma mengambil masa 1 jam sahaja Ryan tetap malas. Dia malas nak hadap kesesakan lalu lintas.

"Kalau tinggal boleh balik semula juga kan." Ujar Hani sambil dia membuka pintu kereta bahagian penumpang. Tak kan bahagian pemandu pula. Dia malas lah nak drive. Lagipun suami dia ada kan boleh bawa kereta.

"Yang kena patah balik tu Abang juga. Bukan Sayang." Omel Ryan lalu turut sama masuk ke dalam keretanya. Dia mengambil tempat di bahagian penumpang.

"Kalau nak rehat kejap, rehatlah. Sampai nanti Abang kejutkan." Pesan Ryan. Hani terus geleng kepala. Petang tadi dia ada tidur kejap . Jadi matanya tak mengantuk lagi. Malahan itu perjalanan mereka cuma mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Kalau mengantuk pun dia boleh tahan lagi sebab sampai rumah ibunya pasti dia terus tidur.

Hani tersenyum lebar bila melihat ibunya sedang berdiri di hadapan pintu rumah. Kelihatan seperti sedang menunggu mereka berdua. Turun sahaja dari kereta Hani terus menghampiri ibunya.

"Sampai pun korang. Lama ibu tunggu tau." Ujar Hajah Rudiah. Hani senyum sahaja lalu bersalam dengan ibunya. Ryan pula baru sahaja turun dari kereta. Isterinya itu terlebih dahulu turun bila dia memberhentikan kereta di garaj. Teruja sungguh nak jumpa ibu punya pasal.

Ryan turun lalu menghampiri ibu mentuanya itu. Dia bersalam seperti biasa sebelum bertanya. "Ikhwan mana ibu? Tak nampak pun kereta dia." Soalnya. "Oh dia keluar kejap. Nak isi minyak motor abah tu." Beritahu Hajah Rudiah. "Jom lah masuk. Ibu dah masak tau." Teruja punya pasal sampai banyak makanan dia masak. Segala-gala jenis masakan dia masak untuk anak dan menantunya ini.

Selesai sahaja makan malam Ryan duduk melepak bersama Haji Haris di beranda rumah. Saja ambil angin malam. "Kamu tu dah nak jadi bapa tak lama lagi. Dah sedia ke?" Haji Haris bertanya. "Insyaallah dah bersedia abah." Jawabnya. Haji Haris terus senyum lalu pegang bahu menantunya itu.

"Nanti bila adik masuk dalam delivery room tu kamu temankan dia. Kesian dia nanti tak ada kawan dalam tu. Bagi dia semangat. Jangan biar Hani sorang je ya. Faham?" Ryan angguk sahaja. Dia memang dah janji nak temankan Hani nanti. Nak bagi sokongan pada si isteri yang bakal melahirkan anaknya nanti. Tak kan pula dia duduk di luar menunggu Hani yang sedang berjuang di dalam demi melahirkan anak mereka. Dia kena berada di samping isterinya.

Ryan nak berkongsi bersama Hani detik kebahagiaan mereka bila anak mereka lahir. Dia juga nak potong tali pusat anaknya dan melihat sendiri bagaimana uri anak-anaknya keluar. Kalau boleh dia nak basuh dah tanam sendiri uri anaknya itu.

Lama juga lah Ryan bersembang dengan Haji Haris dan juga Ikhwan. Banyak yang mereka sembangkan mengenai hal lelaki. Haji Haris pula selamba sahaja bagi nasihat berhubungan dengan hal dalam kelambu pada Ryan. Ikhwan tika itu sengih sahaja sambil dengar. Macam lah dia ada pengalaman. Sempat lah dia usik adik iparnya itu. HAHAHA. Padan muka. Tu lah kahwin dengan adik kawan baik sendiri. Tanggunglah usikan dari si abang tu.

Dalam jam 1 pagi baru Ryan masuk bilik sebab asyik bersembang dengan Ikhwan. Haji Haris lama dah tidur sebab kena bebel oleh Hajah Rudiah. Dah lama kan Ryan tak sembang dengan Ikhwan macam dulu. Dulu tika belum kahwin, masa baru lepas spm memang kadang-kala sampai ke pagi Ikhwan dan Ryan tak tidur sebab main game tapi sekarang bila dah kahwin lepastu masing-masing dah bekerja memang jaranglah mereka lepak sampai ke pagi macam dulu.

Ryan perlahan-lahan menutup pintu bilik lalu menuju ke katil. Baru sahaja dia membaringkan dirinya itu Hani menegur. "Dah jam berapa ni Abang baru nak tidur?" Soalnya. "Dekat jam 1 dah ni Sayang. Sembang dekat Ikhwan tadi. Tu yang lambat." Ujarnya. 

"Kenapa tanya?" Soal Ryan. Hani geleng sahaja. "Sayany takut Abang tidur dalam bilik Ikhwan ke?" Soalnya Ryan. "Ish tak de lah." Ujar Hani. Ryan senyum sahaja lalu mengusap kepala Hani. "Tu kan dulu sebelum kita kahwin. Sekarang kan Abang dah jadi suami Sayang. Mesti lah tidur dengan Sayang. Tak kan dengan Ikhwan pula." Ujarnya lalu mencium dahi Hani.

"Dah lah tak payah fikir. Tidur ya." Kata Ryan sebelum dia tunduk mencium perut isterinya pula.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now