BAB 26

3.8K 109 0
                                    

Seperti biasa jangan lupa untuk tekan vote ya readers sekalian. Dan jangan lupa juga singgah baca 'Dia Lah Suri Hatiku' and kalau sudi vote sekali untuk setiap bab ya. Ok have fun guys. 


           HANI duduk di sebelah suaminya itu yang sedang menonton tv. Tangan Ryan secara automatik naik memeluk bahu isterinya. "Buat apa dalam bilik tadi?" Ryan bertanya. Balik sahaja mereka dari solat terawih tadi Hani terus masuk ke bilik mereka. "Tak ada apa-apa." Jawab Hani sebelum kembali senyap semula.

Ryan sesekali memandang Hani. Bibir Hani dari tadi asyik bergerak-gerak. Dia perasan sejak Hani duduk di sebelahnya. "Cakap lah apa Sayang nak cakap." Ujarnya memberi kebenaran.

"Ummm saya tak tahu nak cakap macam mana tapi tolong. Abang jangan marah ya." Pesan Hani. Ryan angguk sahaja. 'Dia nak cakap apa? Dia mengandung ke?' Soalnya dalam hati lalu matanya jatuh memandang perut Hani. Kempis. Mustahil ada baby dalam tu. Bisiknya dalam hati.

"Abang... boleh tak kita pindah KL semula? Abang ok ke kalau terpaksa pindah KL balik?" Hani bertanya perlahan. Dia takut jika Ryan memarahinya kerana suaminya itu sudah bersusah payah nak minta pindah di Johor dan sekarang dia pula senang-senang nak pindah KL semula.

Ryan kecewa bila apa yang Hani katakan bukanlah apa yang dia harapkan. Tapi dia cuba mengawal emosinya. 'Mungkin belum masanya lagi untuk kami ada anak.' Desisnya.

"Kenapa nak pindah KL semula? Sayang kan masih belajar." Tanya Ryan. "Sebenarnya saya ada isi borang minta tukar tempat belajar. Saya nak pindah KL balik sebab susah nak jumpa family kita." Beritahunya. Bila duduk jauh dengan keluarganya dia sedih juga. Tak dapatlah dia nak kacau abangnya dan susah untuk berjumpa dengan kawan-kawannya.

"Bila pindah?" Ryan bertanya. "Lepas raya dah mula belajar dekat KL." Beritahu Hani dengan kepala yang tertunduk. Dia takut jika Ryan tidak bersetuju. "Sayang kenapa baru harini bagitahu Abang?" Ryan bertanya kerana kurang dari 12 hari lagi sebelum mereka beraya. "Sebab..." Hani terdiam bila dagunya dipegang oleh suaminya.

"Kenapa ni? Sayang takut ke? Takut Abang marah?" Ryan bertanya dan Hani pula menangguk perlahan. "Saya baru dapat tahu kelmarin. Tapi sebab Abang sibuk saya tak sempat nak bagitahu kelmarin. Abang marah ke?" Soal Hani.

Ryan senyum sahaja lalu mencium dahi Hani. "Tak. Abang tak marahlah Sayang. Baguslah dapat pindah KL. Senang kita nak lawat family. Lagi 4 hari kan sebelum cuti raya Sayang mula?" Hani angguk.

Dia terfikir sebenarnya nak minta pindah ke KL. Jadi dia jumpa sendiri pihak yang bertanggungjawb pasal hal itu. Hani terus isi borang untuk proses berpindah tempat pengajian dan mujurlah dia lulus. Bolehlah dia dan Ryan pindah ke KL semula. Dekat dengan keluarga mereka.



"Tak pa. Nanti Abang cari rumah untuk kita ya." Katanya. Dia banyak kawan di KL jadi senanglah dia minta tolong mereka carikan dia rumah nanti. "Kenapa tak duduk rumah mama je?" Hani bertanya.

"Tak kan lah Abang nak ajak Sayang duduk rumah mama pula. Lebih baik kita ada rumah sendiri. Lagi senang. Lagipun Abang tahu Sayang tak selesa kan dengan abang Razali tu. Dia kan duduk sana. Sayang terpaksa lah selalu pakai tudung." Ujar Ryan. Biarlah dia berumah sendiri. Itu yang lebih baik. Jika ada masalah di antara mereka senang nak selesaikan. Tak perlulah orang tuanya masuk campur. Dia tahu macam mana nak handle.

Berumah sendiri itu lebih baik dari tinggal dengan mentua mahupun keluarga sendiri. Boleh buat apa sahaja tanpa dilarang oleh keluarga. Banyak dah kes mentua tak suka menantu. Lebih-lebih lagi perempuan. Banyak ja suami 'buta' oleh ibunya sendiri dan tak tahu isteri sendiri telah didera oleh ibunya. Namun Datin Fauzian ok sahaja dengan Hani. Dia merestui perkahwinan anaknya itu tapi Ryan nak juga duduk rumah sendiri. Nak berdikari. Belajar menjaga keluarga sendiri. Mendidik isteri tanpa orang tua masuk campur. Itu yang terbaik.







     HANI lantas memeluk ibunya bila sampai sahaja di rumah. Sudah 2 bulan sejak dia dan Ryan nikah dan dia pindah ke Johor. Kini balik semula ke KL. Di mana dia sepatutnya. "Kenapa ni adik? Jangan lah nangis." Ujar Hajah Rudiah sambil mengusap kepala Hani yang bertudung itu. "Rindu." Ujar Hani. "Alah baru 2 bulan kot. Nanti adik biasalah tu duduk jauh dari ibu." Kata Hajah Rudiah. Biasalah Hani baru sahaja berpisah dengannya. Hani bukan lagi tanggungannya. Kini di bawah tanggungjawab Ryan.

"Kamu dah cari rumah ke Ryan?" Hajah Rudiah bertanya. Ketika Datin Fauzian datang melawat 2 hari lepas besannya itu ada mengatakan yang anak dan menantunyan berpindah ke KL semula kerana Hani meminta tukar tempat pengajiannya. Hajah Rudiah juga dengar yang Datin Fauzian memberitahu Ryan dan Hani tak duduk dengan mereka. Ryan nak ajak Hani duduk rumah sendiri.

"Dah ada ibu. Lepas raya lah kami pindah." Maklumlah semua sibuk. Ryan dengan kerjanya Hani pula sibuk nak buat biskut raya walaupun Ryan cakap beli sahaja. "Hmm ye lah. Sekarang pun kamu sibuk. Esokkan dah nak raya. Oh ya kamu raya mana tahun dia? Dekat tempat kamu ya Ryan?" Tanya Hajah Rudiah.

Hani segera memandang suaminya. Mereka dah bincang awal-awal lagi. "Tak. Sini lah. Raya ke-3 baru balik tempat mama. Duduk sana sampai kami pindah lah." Jawab Ryan. Dia tak kisah pun raya belah mana dulu. Lagipun mereka dah buat persetujuaan bahawa raya pertama dan kedua di rumah keluarga Hani dan selebihnya di rumah keluarga Ryan.

Lagipun tahun ni kawan-kawan Ryan dan Ikhwan nak datang beraya di rumah Ikhwan pada raya kedua. Kebanyakkan dari mereka tak dapat datang masa majlis Ryan dan Hani. Jadi mereka datang nak jumpa sendiri dengan Hani dan mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru itu.



Balik sahaja dari masjid Ryan dan Ikhwan bersantai di beranda rumah. Sudah lama mereka tidak bersembang. Sejak Ryan berkahwin dengan adiknya, Ikhwan rasa kekok dah nak bercakap dengan Ryan.

"Habis macam mana dengan adik aku? Kau boleh handle?" Ikhwan bertanya. "Bolehlah. See the leg lah." Jawab Ryan dengan bangganya.

"Eleh mamat ni." Dia memandang Ryan dengan muka menyampah. Ryan ketawa sahaja. Kemudian mereka berdua senyap. Hanya memerhati budak-budak yang tengah bermain dengan mercun. Awas nanti terkena jari. Habislah tak dapat raya esok. HAHAHA.

"Bila kau nak bagi adik aku anak?" Tanya Ikhwan. "Hah? Apa dia?" Ryan tak dengar sebab tadi budak-budak tu letupkan mercun. "Kau bila nak bagi adik aku anak? Nak juga dukung baby." Ikhwan bertanya lagi. "Kau kahwin lah. Dukung anak sendiri. Asal nak dukung anak aku pula?" Soal Ryan. Dia memanglah nak ada anak sendiri tapi belum ada rezeki.

"Lambat lagi aku nak kahwin. Baru 25 kot. Muda lagi. Bukan macam kau adik aku yang baru 20 tu pun kau ajak kahwin." Gurau Ikhwan. "Aku bukan tak nak ada anak tapi bini aku tu kan masih belajar lagi. Adik kau tu kan tengah belajar. Kang banyak masalah timbul kalau dia mengandung time belajar. Tunggulah habis belajar dulu." Banyak dah dia tengok kawan-kawannya yang mengandung masa belajar berhenti di tengah jalan kerana alahan mengandung yang teruk dan susah nak berpisah dengan anak sendiri.

"Ikut suka kau lah Ryan." Ujar Ikhwan. Ryan tertawa kecil bila abang iparnya itu tidak berpuas hati. Kalau nak dukung bayi kahwin. Apa susah. Lagi seronok dukung anak sendiri dari anak orang lain kan?

    

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now