SPECIAL CHAPTER 1

4.4K 92 12
                                    

Apa sebab Puteri datang ke rumah mereka setelah beberapa  tahun menghilang pada bab 90. Semuanya bakal terjawab di dalam bab ini.

Puteri duduk termenung di rumah parentsnya. Dia baru sampai dari Singapura. Selama 4 tahun dia duduk di Singapura. Cuba membawa diri setelah Ryan berkahwin dengan Hani. Dia kecewa dengan lelaki itu jadi kerana mahu mengubati hatinya dia membawa diri ke Singapura. "Haih princess, dari tadi asyik termenung je. Kenapa?" Dato Fakrul bertanya pada satu-satunya anaknya itu. Puteri anak tunggal dan semestinya anak kesayangan. 

"Tak de apa lah daddy. Cuma rasa macam menyesal pula balik sini semula." Beritahunya. Tadi tika dia nak makan tengah hari, dia tak sengaja ternampak Ryan dan Hani serta anak mereka 3 orang itu. Terus dia rasa cemburu melihat kemesraan antara Ryan dan Hani itu. Dia cemburu tengok Ryan suapkan Hani makan tadi. Dulu masa mereka masih couple, Ryan tak pernah buat semua itu. 

Tapi mestilah Ryan tak buat semua itu. Masa itu dia dan Puteri hanya pasangan kekasih. Manakala kalau Ryan dengan Hani pula, mereka merupakan pasangan suami isteri. Kan dapat pahala tu kalau suap isteri makan. 

"Kenapa pula? Dah jumpa teman hidup ke dekat sana?" Dato Fakrul bertanya. "No. Bukan pasal tu lah." Beritahu Puteri. "Habis pasal apa? Pasal lelaki tak guna tu ke? Dia janji nak kahwin dengan kamu kan dulu. Tapi sekarang budak tu juga dia pilih. Tu lah dulu mom suruh kahwin dengan dia kamu tak nak pula." Datin Syahida yang baru muncul dari tingkat atas itu menyampuk. 

"Mom dulu juga yang tak nak kan." Balas Puteri. "Itu dulu kan. Sekarang ni kamu pergi lah goda dia balik. Jadi isteri kedua dia pun tak apa. Mom tak kisah lah." Ujar Datin Syahida. "Awak jadi isteri kedua saya tak bermaksud anak kita pun kena cari laki orang juga. Ramai lagi kan lelaki bujang kat luar sana tu. Awak ni memang keturunan suka merampas ke?" Setepek Dato Fakrul memberi pada isteri mudanya itu. Datin Syahida terus koyak. Dia senyap. Tidak tahu apa yang dia nak cakap lagi. Dia lah punca kenapa isteri pertama dan suaminya itu berpisah. Sekarang dia cuba nak hasut anaknya pula untuk menghancurkan rumah tangga orang lain pula. 

"I cakap je pun. Yang you nak perli i ni kenapa?" Marahnya. "Malas lah i nak bertengkar dengan you ni Ida. Kang tak pasal-pasal awak jadi janda lagi." Kemudian Dato Fakrul naik ke atas. 

Walaupun dia bukan ayah kandung kepada Puteri, dia tetap menganggap Puteri sebagai anak kandungnya. Dia tidak mempunyai anak dengan bekas isterinya dahulu kerana dia ada masalah. Puteri merupakan anak kepada bekas suami pada Datin Syahida dahulu. Puteri masih lagi berjumpa dengan ayah kandungnya tapi kini sudah jarang kerana ayah kandungnya fokus pada anak-anak barunya, adik beradik tiri pada Puteri. 

"Hah tengok lah tu. Mula lah bapa you tu nak cari pasal dengan mom ni." Ujar Datin Syahida. Puteri diam sahaja lalu naik ke atas. Dia malas nak dengan mamanya itu membebel. Tika dia masuk ke dalam biliknya, tiba-tiba sahaja tekaknya loya. Terus dia berlari ke bilik air. Bila dia selesai membasuh mulutnya terus matanya membulat.

"No tak boleh. Impossible. I take pills that morning." Dia yakin dia tengah mengadung sekarang ini. Hasil hubungan dia dengan seorang Dato yang dia jumpa di hotel tempoh hari. 





           RYAN tersenyum sahaja bila isterinya masuk ke dalam keretanya. "So macam mana? Seronok? Puas bergosip hari ini?" Dia bertanya. Semalam Hani yang minta Ryan untuk hantar dia ke rumah Mira konon sebab ada nak digosipkan. Rupanya Mira mahu memberitahu mereka pasal dia yang bakal melangsungkan majlis perkahwinannya tidak lama lagi. 

"Abang ni sengaja kan nak sindir saya." Ujar Hani. "Mana ada lah  Sayang. Abang tanya je lah." Balas Ryan. Dia terlupa lah kalau isterinya itu period, mood dia lain macam. Pantang diusik sikit. Mula lah tu nak merajuk. 

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now