BAB 96

3.2K 131 11
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 85 VOTES diperlukan untuk buka bab seterusnya. And sekali lagi i nak ingatkan dekat korang: SELAGI TAK REACH TARGET AUTHOR TAK KAN PUBLISH NEW CHAPTER. So tak payah lah korang komen benda yang sama ya which is suruh author update if belum capai target ya.






         SELEPAS bersarapan pagi terus Ryan mengajak isterinya untuk duduk di hadapan tv. Tv yang tengah siarkan berita pagi itu dibiarkan sahaja. Entah apa motifnya memasang tv di awal pagi ini. Bukannya dia tengok pun.

Sejak bersarapan tadi Hani senyap sahaja. Langsung tidak bercakap dengan suaminya sehingga kini. Dan kini duduk berhadapan pula dengan suaminya.

Ryan menghembus nafasnya dengan berat. Dia tidak tahu mahu mula dari mana. "Sayang tanya lah. Apa-apa je. Abang jawab. Jawab dengan jujur." Ujarnya. Terus Hani menoleh memandang Ryan.

"Kenapa awak sanggup curang dengan saya?" Itu persoalan Hani menyebabkan Ryan dia seribu bahasa. Dia tidak tahu macam mana mahu menjawab. "Kenapa diam? Tadi beria kata nak jawab apa je yang saya tanya kan. Habis sekarang ni. Jawab lah." Bengis sahaja rupa Hani ketika ini.

"Sumpah demi Allah Sayang. Abang sumpah yang Abang tak curang pun. Selama ni Abang tolong dia berubat je. Tak lebih daripada tu Sayang." Ujar Ryan

"Saya tahu awak cuba nak tolong dia tapi... awak khianat kepercayaan saya. Selama ni saya cuba husnuzon tau. Tapi kelmarin, hati saya tergerak nak tengok facebook dia. Dan akhirnya terbongkar. Awak tipu saya. Awak dengan si sundal tu bukannya pergi sana untuk dia berubat tapi sebenarnya korang pergi bercuti. As kekasih. Sampai sanggup bagi dia bunga and other things." Hatinya sakit melihat semua itu. Dia nampak muka suaminya yang tersenyum gembira itu. Puteri ada post di story facebooknya.

"You know that Abang tak pernah tipu kan? Sayang percaya dekat Abang kan? Sumpah demi Allah Abang tak curang Sayang. Sumpah demi Allah." Dia bersumpah.

"Jangan nak berani-berani bersumpah. Saya tahu perkara sebenar. Kalau nak sangat kahwin. Pergi lah kahwin. Tapi lepaskan saya. Saya tak nak berkongsi suami dengan perampas. Dan pasal anak-anak. Biar saya je jaga. Awak kahwin lah dengan dia. Saya reda. Nanti bagi je borang kebenaran tu pada saya. Biar saya tanda tangan. Tak perlu nak pergi kahwin lari pergi Siam." Susah untuk Hani mempercayai suaminya sekarang.

"Ya Allah Sayang. Please percaya Abang. Please." Rayu Ryan. Habi geleng kepalanya.

"Selama ni saya percaya awak tau tapi awak tipu saya. Awak sanggup pergi tolong dia berubat sampaikan isteri dengan anak sendiri awak abaikan. Selama ni awak tak pernah pun nak ambil kisah dekat kami. Dan saya tak pernah pun benarkan awak tolong dia sampai ke Kelantan tu. Saya percaya awak tapi awak.... awak khianati saya. 14 tahun tau. Bukan setakat 14 tahun. Saya dah kenal awal lebih daripada tu tapi awak......" Hani tidak menghabiskan ayatnya kerana air matanya yang keluar itu. Sukar untuk dia meneruskan ayatnya.

Jika sampai di sini sahaja lah jodoh mereka berdua,dia reda. Biarlah suaminya itu mencari kebahagian yang sebenar. "Bukan pertama kali dia ganggu rumah tangga kita. Dulu pun begitu juga. Awak tak pernah cuba nak pertahankan. Dan bila dia muncul semula, awak....... awak rela hati pergi ke tempat dia. Saya tahu saya ni cuma pengganti je. Awak kahwin dengan saya pun sebab keluarga kita. Kalau tak sudah tentu awak kahwin dengan dia dan bukannya saya." Kata Hani lagi.

Dia langsung tidak memandang wajah lelaki itu. Hatinya sakit kerana dikhianat seperti ini. "Saya ni sebenarnya yang rampas awak. Tapi tak pa lah. Biarlah kita berpisah je. Awak kahwin lah dengan dia. Hidup bahagia dengan dia. Jaga dia baik-baik. Jangan buat kesalahan kali ke-2. Jadikan perkahwinan kita ni sebagai pengajaran." Itu kata terakhir dari Hani sebelum dia melangkah keluar dari rumah. Memang sejak semalam dia sudah mengemas bajunya.

Dia nekad, dia nekad mahu keluar saya dari rumah itu. "Dan jangan awak nak pura-pura keliru. Saya tahu sebelum ni awak pernah ajak dia tidur di rumah ni. Saya tahu. Sebab itu lah lebih baik saya pergi. Awak tinggallah dengan dia di sini. Anak-anak biar saya yang jaga." Kemudian dia melangkah pergi. Ryan langsung tiada efford untuk menghalang isterinya itu seolah-olah dia gembira Hani pergi.









       KINI sudah hampir 2 minggu sejak Hani keluar dari rumah mereka itu. Anak-anak semuanya dia yang jaga. Semua masih duduk di rumah ini. Mereka tidak tahu yang Hani telahpun tinggalkan rumah berkenaan. Ryan tipu mereka. Konon mama mereka itu ada urusan dan akan balik nanti. Tapi hakikatnya Hani tak kan balik lagi.

"Papa tipu kan sebenarnya? Mama bukannya ada urusan pun kan? Mama nak berpisah dengan papa kan? Mama nak papa ceraikan mama kan?" Selama ini Haziqah diam sahaja. Kini dia telah bersuara. Dia tahu apa yang berlaku sebenarnya. Tapi selama ini dia diamkan sahaja dirinya.

"Ap-apa maksud kamu along? Papa tak tipu tau. Mama kamu memang ada urusan. Nanti dia balik lah tu." Ryan tak sangka pun yang Haziqah tahu hal sebenar.  "Malam papa pergi Kelantan, mama mengadu dekat along. Dia sedih sebab papa dah abaikan mama. Mama dah tahu dari awal sebenarnya. Tapi mama husnuzon je. Tapi sekarang mama dah tak nak balik sini lagi. Ini semua salah papa dengan perempuan sund-" Dia terkejut bila pipinya ditampar oleh Ryan.

Ryan pun turut terkejut sama. Dia tak menyangka yang tangannya itu telah menampar anaknya. Selama ini dia tidak pernah pun naik tangan dekat anak-anaknya. Tapi harini, anak gadisnya itu dia telah tampar.

Mata Haziqah terus berkaca. "Papa tampar along sebab nak pertahankan si sundal tu. Hah baguslah. Pergi lah papa kahwin dengan dia tu. Tapi papa kena ingat. Bila papa ceraikan mama dan kahwin dengan si sundal tu, saat tu.... papa dah hilang anak perempuan papa. Saya tak nak anggap papa sebagai bapa saya. Along anggap je bapa kandung dah mati." Haziqah meninggikan suaranya itu.

"Selagi papa tak cari dan minta maaf dekat mama. Selagi tu saya tak nak anggap papa as my own father. Jangan sampai along dengan adik-adik buang papa. Kami boleh hidup dengan mama. We doesn't need someone like you. Sudahlah curang. Kaki pukul pula tu." Dan kemudian Haziqah naik ke atas.

Ryan terduduk di sofa. Dia speechless sebab tak menyangka dia menampar anaknya hanya kerana Haziqah tidak menyukai Puteri. Tapi memang patut pun Haziqah marah. Dia nak mempertahankan mamanya. Her mother deserve better man.

Ryan masih terduduk di sofa itu tika Puteri tiba-tiba muncul. Wanita itu masuk sahaja ke rumahnya tanpa salam mahupun kebenaran dari tuan rumah. Dan tiba-tiba pula Ryan ditampar oleh Puteri.

"APA NI?" Ryan terus menolak Puteri. "Itu balasan sebab tinggalkan i sorang-sorang dekat hotel tau. Benci lah. You kena pujuk i tau. Kalau tak i tak nak dekat you dah." Suara gediknya digunakan.

Ryan makin stress bila mak lampir tu muncul. "Kau diam boleh tak? EIII SIAL betul lah kau ni betina. Aku tengah serabut fikir pasal family aku. Kau boleh pula menggedik dekat sini. Pergi balik lah sebelum aku heret kau keluar." Dia sudah lama sabar sejak tadi dan sekarang memang dah tak boleh sabar.

Puteri terus terdiam. Terus berlakon serupa dia menangis. "Sampai hati you marah i. Ni mesti sebab isteri you tu kan? I dah kata kan dari dulu ceraikan je dia and kahwin dengan i." Marah Puteri. Serentak dengan itu rambutnya ditarik oleh seseorang.

"Kau jangan nak cakal buruk pasal mama aku lah sundal." Makin kuat Haziqah menarik rambut Puteri. Kuat sekali dia tarik sehingga Puteri teriak. Bukan dia sorang je yang tarik. Arina pun tolong juga. "Sakitlahhhh." Puteri cuba sedaya upaya untuk tolak budak berdua itu.

Dan dengan sengaja dia tolak Arina sehingga gadis itu terjatuh dan dahinya terkena bucu meja. Haziqah menjerit lalu menghampiri adiknya itu. Mata Ryan membulat bila tengok dahi anaknya berdarah.

"Papa bawa adik pergi hospital papa." Rayu Haziqah sambil menangis. Arina sudah tidak sedarkan diri, dengan dahinya yang berdarah itu. Makin lah Haziqah menangis.

Ryan berdiri lalu memandang Puteri. "KAU BUAT APA DEKAT ANAK AKU SIAL. Kalau ada apa-apa jadi dekat anak aku. Kau bertanggungjawab." Dia menengkin Puteri dan kemudian mencempung tubuh Arina. "Haziqah pergi ambil kunci dengan dompet papa." Anak gadisnya itu angguk sahaja lalu kelam-kabut naik ke atas.


Oh My HusbandWhere stories live. Discover now